Saturday, September 22, 2007

Al-Fatihah.. Hanya Syurga tempat mu .... InsyaAllah...


Bapa bawa pulang mayat Nurin Jazlin
21-09-2007 10:06:07 PM

KUALA LUMPUR: Dengan linangan air mata, Jazimin Abdul Jalil, pagi ini menuntut mayat anaknya Nurin Jazlin, 8, dari Hospital Kuala Lumpur untuk dikebumikan selepas solat Jumaat.

Aku betul-betul sebak bila menatapi screen komputer aku pagi tadi... kelopak mata nih dah tak lalu untuk menampung air mata yang bergenang-genang ... aku sedih.. hati mana yang tak hiba bila mengenangkan tubuh kecil Nurin yang sudah rapuh didera itu... Syurga sahajalah tempat mu Nurin.. kepada keluarga Nurin diharap banyak-banyakan bersabar dan semoga tabah menghadapi dugaan yng amat berat ini ... dekatkan diri pada Allah...

Sila ke sini dan ke sini untuk melihat foto penuh penkebumian Adik Nurin Jazlin


Sesiapa yang ingin membaca berita penuh mengenai adik Nurin boleh lah melayari laman web yang didedikasikan kepada adik Nurin oleh unclenya Jasni AJ

Al-Fatihah kepada adik Nurin...


No comments: