21-09-2007 10:03:02 PM
Oleh SA'ODAH ELIAS
PUTRAJAYA: Baru beberapa jam selesai mengkebumikan jenazah anak mereka yang meninggal dunia akibat deraan seksual, Jazimin Abdul Jalil dan isterinya Norazian Bistaman kini menghadapi kemungkinan didakwa kerana cuai.
Kurang ajar betul statement tuh ... sungguh biadap.. tidak berperikemanusian....hampeh... celaka betul....Maaf aku tepaksa mulakan post kali nih dengan hamunan caci maki. Aku tengah marah ... yup... Aku memang marah dengan statement media pasal kecuaian ibu-bapa Nurin. Dahlah kehilangan anak yang disayang skarang kerajaan mahu saman mereka atas dasar kecuaian pulak.. hei common larr bro... Jazimin Abdul Jalil and Norazian Bistaman have suffered enough laaa, they are greiving even all Malaysian greiving rite now... tapi bila baca satement ketua polis Malaysia tuh seolah-olah akan ada satu lagi tindakan paling bodo kerajaan akan di ambil... apa nak jadi dengan Malaysia nih.. aku benar-benar confused .. aku kagum dengan tahap pemikiran manusia-manusia di Malaysia ini.. semakin maju negara ini semakin hilang nilai-nilai insan dalam hati masing-masing... cukup dengan semua penderitaan yang ditanggung oleh kedua-dua ibu bapa Nurin sekarang ditambah dengan kerunsingan berhadapan dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas pihak polis...
Okey okey, ya mungkin benar ibu bapa Nurin telah sedetik lalai ... tapi itu semua telah terbalas dengan kehilangan Nurin buat selama-lamanya... cukup lah jangan disiksa batin mereka berdua.Ibu mana yang tidak sayang kan anak yang dikandung selama 9 bulan ... dijaga dibelai ketika kecil... ibu mana yang sanggup kehilangan anak-anak merka walau sedetik pun...
Tapi sejurus mayat Nurin dikebumikan Ketua Negara Musa Hassan dengan angkuh dan bangganya memberitahu akhbar bahawa ...
"Jika ada kecuaian, kita akan cadangkan kepada Peguam Negara agar tindakan undang-undang diambil ke atas mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Suruhanjaya Polis yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Kementerian Keselamatan Dalam Negeri hari ini.
Aku benar-benar sedih dan kesal dengan tidakan Ketua Polis Negara melemparkan kata-kata sebegitu di saat kedua ibu bapa Nurin sedang dalam keadaan sedih dan tertekan.. sebagai seorang insan yang waras kata-kata takziah dan simpati yang perlu dilafazkan sebagai tanda bertanggung jawab dan simpati tehadap manusia lain ....
Aku juga benar-benar terharu ... bila Jazmin hanya mampu membidas bahawa mereka terlalu sayangkan anak-anak mereka.
"Kepada sesiapa yang menuduh saya dan isteri saya sebagai keluarga yang cuai, apa yang mampu saya kata ialah - kami terlalu menyayangi keempat-empat anak perempuan kami," kata Jazimin yang dipetik daripada akhbar terbabit.Sekarang ini bukan masanya untuk menunding jari menuduh sapa yang salah.. ada misi penting yang perlu polis selesaikan .. cukup.. telah terlalu banyak sandiwara semasa yang membabitkan polis Malaysia ... tolong lakukan, tolong laksanakan tugas kamu.. masyarakat Malaysia sudah tidak mampu di tipu, disogok dan diputar belitkan dengan statement-statement tidak berasas pihak polis agar kewibawaan polis tidak di pertikaikan...
Kalau Ibu bapa Nurin boleh dituduh cuai menjalankan tanggungjawabnya menjaga anaknya.. apa mungkin kita juga boleh mempersoalkan apakah kita juga boleh menyaman pihak polis diatas kecuaian pihak polis menjaga ketenteraman negara sehingga berapa banyak kes kanak-kanak yang hilang tidak dapat diselesaikan... dan betapa ramai lagi kanak-kanak yang akan menjadi mangsa atas ketidakwibawaan polis menyelesaikan kes-kes itu ...
Cukuplah .. kamu pikul tugas penting untuk negara ... jangan mempermainkan amanah yang telah diberikan ... jangan asyik menyalahkan dan mengambil kesempatan atas kepedihan orang lain ...
No comments:
Post a Comment