Monday, September 3, 2007

Bukan Muhrim VS Babi dan anjing... Mana satu boleh pegang

Dah lama sebenarnya aku dok cari article dan nas-nas sohih pasal babi dan anjing nih.. ingat tak citer Mahasiswi UPM yang mengambil gambar sambil tersenyum girang sambil memeluk anak-anak babi dan anjing dulu... maka ramai laaar suara-suara sumbang yang memarahi budak perempuan itu... dan ramai jugak yang mencaci, memaki dan menghina budak perempuan nih..

Bagi aku bila aku bukak e-mail gambar-gambar budak perempuan nih aku sikit pun tak rasa apa... pi lantaklah dengan dia nak tangkap gambar dengan sapa... dan lagi pun budak nih bergambar dengan babi dan anjing jer bukan dia buat perkara yang jijik dan berdosa...

Mungkin betul aku jahil.. tapi mintak tolong keluarkan mana-mana ayat Al-Quran yang menyatakan bila kita pegang babi dan anjing itu kita berdosa... atau haram memegang babi dan anjing... ok... jangan salah faham dengan memegang babi dan anjing dengan memakannya... memang kita nampak jijik bila kita tengok orang Melayu memegang nak-nak kalau dia memeluk binatang-binatang tersebut dengan tersenyum bangga ... tetapi sebenarnya kedua-dua binatang nih kita boleh pegang cuma / hanya tidak boleh dimakan kerana hukum memakan daging binatang-binatang ini adalah HARAM... dan ki ta boleh memegang kedua-dua binatang ini kerana mereka hanya tergolong dalam NAJIS MUGHALAZAH ...

Tahu apa itu NAJIS MUGHALAZAH... tu laaa tahu kutuk orang jer tapi ilmu tak der... so sebelum korang buat sesuatu komen tolong periksa tahap keilmuan korang... tolong buka kitab semak dan kaji sebelum membabi buta menghina orang lain...

Ok NAJIS MUGHALAZAH nih adalah najis berat... Najis ini terdiri daripada anjing dan babi serta benda-benda yang terjadi daripadanya. Antara contoh najis ini ialah air liur, peluh, daging, bulu dan benda yang diperbuat daripada haiwan tersebut.

Cara menyucikan najis mughallazah nih ialah dengan membersihkan bahagian yang terkena najis tadi. Atau dalam erti kata lain korang boleh samak sahaja bahagian yang terkena najis tersebut.... Caranya basuh sebanyak tujuh kali. Sekali daripadanya mesti menggunakan tanah bersih yang dicampur dengan air. Gunakan air mutlak (air yang bersih lagi membersihkan) untuk membuat basuhan seterusnya (sebanyak enam kali) sehingga hilang bau, warna dan rasa. so aku ulang sekali lagi... hukum najis berat ialah apabila korang terkena apa-apa sahaja yang dikategorikan dengan najis berat korang hanya perlu samak sahaja bahagian yang terkena najis itu... dan korang adalah tidak berdosa pun... jadi bila dah samak... korang boleh laaarrr buat aktiviti biasa cam sembahyang, pegang Quran sebab sudah tiada najis lagi yang terlekat di bahagian badan korang ada paham...

Aku tak salahkan sesapa sebab mungkin dari kecik lagi mak bapak dan adat atau environment kita yang telah mendidik kita bahawa kita tak boleh pegang babi ngan anjing sebab haram... tuh semua salah... mereka nih tidak haram dipegang cuma kalau pegang samak balik... binatang-binatang nih juga ada hak untuk hidup dan disayangi ...

Teringat aku kat citer sorang pelacur yang masuk syurga sebab selamatkan seekor anjing... ini citer masa zaman Nabi dulu kalau aku tak salah.... pas tuh citer anjing yang telah tidur didepan gua dalah surah Al Kahfi... ermmm... citer pasal nabi suruh rakan-rakan dia yang bertanyakan soalan boleh tak kita makan dalam bekas anjing jilat... nabi jawab boleh selepas di basuh (mungkin apa yang dimaksudkan ialah di samak) nih semua citer-citer dalam Quran... hmmmm...

Gambar yang dikirimkan itu mungkin bagi kita amat menjijikkan tapi mungkin betul apa yang telah cuba diterangkan... niat sebenar gadis ini mungkin kita ragui (cam biasa aaa... Melayu sentiasa berburuk sangka) tapi bila dia dah terangkan dengan balasan e-mail tuh jadi kita anggap penerangan dia tuh betul dan semua nas-nas yang dikeluarkan itu memang betul... dan kepada yang memaki hamun pompuan tuh diharap boleh laarrr minta maaf.

Aku bukan seorang yang pandai bercakap pasal hukum-hakam... aku hanya sampaikan dari apa yang pernah aku pelajari sikit-sikit dulu.. jadi sila pergi sini .. sebab aku rasa blog nih dengan panjang lebar menerangkan mengenai hukum-hakam mengenai babi dan anjing...

Jadi bagi aku... tolong tutup mulut kamu kalau kamu tidak tahu apa yang betul dan apa yang tidak. Adalah menjadi satu kemaluan yang besar sekiranya bercakap hal-ehwal agama dengan membuta tuli dan tanpa disokong dengan Al-Quran dan hadis.

Haaa.... yang part nih aku memang tak suka dan aku juga sedikit marah...bukan marah sedikit tidak selesa... memang tidak sesuai bagi awek nih mengambil gambar yang kontroversi itu di Malaysia ini yang mengamalkan adat istiadat yang dicipta oleh kita orang Melayu. Mungkin bagi aku gambar itu sedikit kurang ajar apabila ko pegang dan bermanja-manja dengan kedua-dua binatang tersebut di Malaysia (sekali lagi aku tekankan di Malaysia) kita hidup bermasyarakat dan sila hormat dengan adat-istiadat orang Melayu (yang tak berapa pandai tentang hukam-hakam nih cam aku dan suka mengkontroversikan keadaan). Aku bukan nak kutuk korang pulak... tapi bila ada yang kawan-kawan kita tengok mungkin dia juga akan mengikut tanpa tahu tentang hukum-hakamnya... haaa... cam mana... dan bagi aku gambar dia bermesra dengan binatang tersebut seolah-olah mencabar....

Jom aku cuba bawa balik apa yang aku pernah belajar masa kat college dulu... kalau my long term memory masih hebat lagi... dulu masa aku amik Social Psychology ada Dr. tu bagi tau yang setiap negara ada dia punya legal adat resam.. iaitu something yang tidak ada kena mengena dengan undang-undang bertulis negara itu tetapi telah dianggap sebagai seolah-olah 'Legally Acceptable' by dia orang punya penduduk setempat. Apa yek term yang dia orang gunakan ... memang aku dah lupa. Sorry aku memang dah tak ingat apa nama term yang diberikan untuk benda nih... long term memory aku dah semakin teruk. Tanda-tanda penuan semakin terserlah.
Sesuatu perkara tu memang berbeza from culture to culture and what is considered good atau disanjung tinggi in one culture kekadang can be considered very bad dan dicela in another sehinggkan kemungkinan besar korang akan terbunuh. Jadi kalau anda seorang yang suka melancung tolong serba-sedikit tahu tentang budaya negara itu terlebih dahulu sebelum anda mati tak mengucap dinegara itu...

Cam contoh... aku memang terkejut bila first time tengok Pak-pak Arab tua (aku tak sure dari tribe mana) bila dia jumpa kengkawan dia orang, dia akan jilat telinga memasing... sampai hari nih aku tak boleh terima perbuatan yang bagi aku sungguh tidak beradab tu... lepas tuh aku ada tanya kawan aku cam mana orang Arab bila dah delivered baby... dia kata there will be no pantang-pantang.. the women mesti pada keesokan harinya berkerja macam biasa cam amik kayu api ker ... sebab kalau dia tak buat cam tuh dia dikira pemalas... kan ko rasa cam tidak berperi kemanusian tuh... jadi tu larr aku kata... sesetengah benda memang boleh diterima pakai di sesetengah tempat tetapi tidak di negara ini walaupun pada dasarnya benda itu adalah betul dari Fiqah dan Syri'ahnya ...

So... benda yang bebudak tuh buat memang betu-betul salah dari mata masyarkat Melayu di Malaysia ini. Ianya dianggap benar-benar tidak baik atau dalam erti kata kurang ajar adalah terlalu bangsat...

Aku tak salahkan 100% kat budak tuh dan aku aku juga tidak mahu dicategorykan sebagai pembuat tuduhan yang membabi buta... 'mungkin' aku ulang mungkin niat dia baik ... cuba untuk menerangkan kepada orang lain yang jahil mengenai hukum-hukam fiqah najis ini... tapi mungkin caranya adalah salah... mungkin lebih tidak menimbulkan kontroversi sekiranya dia cuba tangkap gambar macam dia tengah belajar dan pegang binatang dengan rasa simpati atau berlakon sedih dan penuh rasa tanggung jawab dan penuh sifat berperikebinatangan (kalau bersifat kemanusian dipanggil berperikemanusian) .... berlakon laa sikit... so dalam masa yang sama dia boleh sampaikan ilmu yang bagi aku amat berguna (kepada mereka yang suka-suka tuduh tanpa siasat dan yang kurang ilmu fiqah nih termasuk aku sekali) iaitu tidak haram memegang babi dan anjing. Kan itu lebih sopan... Lebih manis... nak-nak awek tuh pun awek cun mesti dia boleh menyampaikan ilmu itu dengan mudah...

Nah aku bagi korang satu kes untuk korang uji minda kebodohan korang tuh...

Mana korang rasa lagi haram...

- Korang pegang tangan boyfriend / girlfriend korang atau even sentuh mereka-mereka yang bukan muhrim laaa dengan korang peluk cium babi dan anjing...

hmmmm ... bukan muhrim VS babi dan anjing...???


Jawapan :

Kalau korang pegang babi dan anjing lepas korang samak korang dah telah disucikan dari benda-benda haram tuh tadi. atau korang dah bersih dah dari najis berat ....

TAPI... kalau korang pegang / sentuh boy/girl friend korang, dosa itu akan berkubur sehingga korang betul-betul mintak ampun dengan tuhan...

Wallah hualam. Pikir sendiri.

No comments: