Wednesday, July 18, 2007

Al-Fatihah...

Utusan Malaysia Hari nih Nahas Nuri

Berikut adalah kronologi melibatkan nahas dan pendaratan cemas Nuri sejak 1969:

25 April 1969: Nahas pertama Nuri menyebabkan empat anggota TUDM terbunuh setelah pesawat itu terhempas di Kuching, Sarawak.
11 Mac 1972: Empat anggota terbunuh apabila helikopter Nuri terhempas di Gambang, Pahang.
26 April 1976: Sebelas krew dan penumpang terbunuh selepas helikopter Nuri ditembak komunis sebelum terhempas dalam hutan di Gubir, Kedah.
19 Julai 1980: Sebuah helikopter Nuri terhempas di kawasan hutan dekat Ipoh, Perak tetapi semua 18 penumpangnya terselamat.
25 April 1981: Dua anggota TUDM terbunuh dan 13 lagi cedera dalam nahas helikopter Nuri ketika ribut di 30 batu nautika dari Lapangan Terbang Kuching, Sarawak.
11 Julai 1981: Sebuah helikopter Nuri terhempas di Batu Melintang, Perak, tetapi semua 11 penumpang dan krew terselamat.
9 Nov 1989: Nahas terbesar membabitkan Nuri, apabila 21 orang termasuk 15 anggota Pasukan Polis Hutan terbunuh selepas helikopter Nuri terhempas di antara Gunung Gerah dan Gunung Bilah di sempadan Kelantan-Perak.
18 Dis 1989: Sebuah helikopter Nuri terhempas berhampiran Sungai Lundu, Sarawak, mengorbankan 16 anggota Tentera Darat dan TUDM, termasuk Pegawai Pemerintah Markas Divisyen Kedua, Mej Jen Datuk Mustaffa Awang dan Pemerintah Briged Ketiga Infantri, Brig Jen Datuk Hasbullah Yussoff.
28 Ogos 1990: Helikopter Nuri yang membawa sembilan orang dalam latihan pertunjukan udara sempena perayaan Hari Merdeka terpaksa membuat pendaratan cemas di padang sebuah sekolah berhampiran Rawang, Selangor.
16 Jan 1991: Helikopter Nuri dalam perjalanan dari stesen TUDM Sungai Besi ke Kluang, Johor, terhempas ketika membuat pendaratan kecemasan di sebuah estet di Kampung Parit Zin dekat Muar, Johor. Semua 12 anggota terselamat.
10 Jun 1991: Enam anggota tentera terbunuh apabila helikopter Nuri terhempas dan meletup di kawasan operasi tentera di Banding, Perak kira-kira pukul 5.20 petang.
11 Julai 1991: Tujuh orang maut apabila helikopter Nuri terhempas ketika cuba mendarat di Banding, Perak.
16 Okt 1996: Dua orang terbunuh manakala dua lagi selamat selepas helikopter Nuri terhempas di perairan Muka Head, Pulau Pinang.
19 Mac 1997: Seramai 11 anggota TUDM terbunuh apabila dua helikopter Nuri terhempas berhampiran Gunung Lumaku, Sipitang, Sabah.
5 Mac 2004: Dua anggota TUDM maut selepas helikopter Nuri terhempas di Taman Udara, Butterworth.
30 Mac 2004: Tiga termasuk juruterbang terselamat apabila helikopter Nuri mendarat cemas di Bukit Kalam, kira-kira tujuh kilometer dari pusat bandar Labuan, selepas mengalami masalah teknikal pada enjin sebaik berlepas dari Pangkalan TUDM Labuan.
15 Ogos 2004: Tiga daripada 10 anak kapal terbunuh apabila Nuri terhempas di Long Seridan, Sarawak ketika dalam perjalanan dari Miri ke Ba'Kelalan, Sarawak.
13 Julai 2007: Helikopter Nuri terhempas di Genting Sempah, Pahang dan enam anak kapal disahkan terbunuh pada 17 Julai 2007.

No comments: