Saturday, July 21, 2007

Salman Rushdie - The Satanic Verses

Siapa Salman Rushdie... Salman Rushdie merupakan seorang penulis hebat zaman 80an... memang aku tak pernah membaca mana-mana hasil kayranya tapi dari apa yang aku dengar beliau memang seorang penulis yang hebat... cuma baru-baru ini sekali lagi beliau telah menggegarkan dunia Islam apabila Ratu Elizibeth menganugerahkan dia dengan gelaran (kesatriaan) Knighthood. Jika Salman Rushdie mendapat Knighthood maka beliau akan mendapat pangkat Sir. Aku kurang pasti kenapa Salman Rushdie nie hendak diberikan anugerah yang dipandang hebat ini. Apakah sumbangan beliau kepada masyarakat di United Kingdom secara khususnya, dan dunia secara amnya? Mungkin sebab dia merupakan penulis hebat yang berani secara terang-terangan menentang Islam dan mengubah semua fakta-fakta keIslaman... atau mungkin ada apa-apa muslihat disebaliknya...entah aku kurang pasti... jangan marah aku sekiranya ada fakta yang aku luahkan salah dan tidak menepati citarasa kalian... aku hanya penulis bodoh ...
Kerajaan Inggris berdalih menyatakan bahwa gelar ini diberikan kepada Rushdie kerena pengabdiannya di bidang kesusastraan. "Kami memiliki nilai-nilai baku dan standart untuk memberikan gelar atau penghargaan kepada seseorang. Jadi kami minta maaf kalau ada pihak-pihak yang tidak sepakat dengan sistem nilai kami," ujar Mendagri John Reid. Tapi masalahnya kenapa Salaman Rushdie, kenapa bukan orang lain.. bukan kah banyak lagi novelist-novlist Inggeris yang lebih layak selain beliau... entah sekali lagi aku katakan aku tidak berapa arif tentang penulisan atau karya-karya barat ini. Maaf sekali lagi aku hanya penulis bodoh...


Ahmad Salman Rushdie merupakan seorang novelist terkenal yang berasal dari India. Beliau dilahirkan sebagai seorang Islam di Bombay... memang beliau banyak menerima anugerah-anugerah atas kebijaksanaan beliau berkarya... banyak karya-karya beliau yang menjadi sanjungan masyarakat India sendiri dan juga negara-negara barat... belaiau telah menggemparkan dunia dengan hasil karyanya The Satanic Verses pada tahun 1988. Ramai umat Islam yang membaca novel tersebut bangun menentang dan mempertahankan agama Islam...
Novel tersebut menimbulkan banyak kontroversi negara-negara Islam. Muslim menyatakan novel itu menghina nabi Mohammad dan mengejek Alquran serta peristiwa pada sejarah awal Muslim. Oleh kerana kontroversi inilah banyak negara-negara yang mengharamkan atau membaned kan novel ini terus beleluasa. Yup.. Malaysia juga telah mengharamkan novel tersebut dari dujual dan novel ini juga telah mendapat tentangan hebat dari Pakistan dan Ayatollah Khomeini - Leader of Iran telah melancarkan fatwa untuk membunuh Salman Rushdie... ini membuatkan Salman Rushdie terpaksa menyorokkan diri di United Kingdom dan mempunyai 30 buah alamat rumah yang berbeza-beza selama 9 tahun. Dua faktor ini; pengharaman buku dan fatwa hukuman bunuh oleh Iran, telah membataskan pergerakan dan aktiviti harian Salman Rushdie. Dunia dirasakan aman semula...selama bebrapa dekat dan issue hangat ini kembali tenang.. manusia seakan-akan lupa akan Salman Rushdie.. tetapi apabila Ratu Elizibeth ingin mengiktirafkan Salman dengan gelran Sir... negara Islam kembali panas...
Aku memang kurang pasti dengan hasil nukilan Salman... terpanggil untuk melihat award-award penulisannya aku terpaksa akur bahawa mungkin memang patut beliau diberi gelaran itu namun bagi aku untuk bersetuju dengan mana-mana pihak yang menyatakan gelaran itu patut diterima adalah tidak sama sekali... menerima pandangan bahawa anugerah itu patut diberikan kepada Salman sama seperti bersetuju dengan hasil karyanya mengenai Verses yang telah di pesongkan...

Tapi aku rasa aku perlu lebih rasional kali ini... aku tak perlu panas macam post yang sebelum ini... bagi aku kepintaran Salman Rushdie dalam karyanya perlu disanjung tinggi tetapi tindakan beliau memesongkan fakta keagamaan perlu diberi tentangan hebat... masalahnya mana perginya mausia-manusia Islam yang pandai berkata-kata, mana perginya novelist-novelist Islam yang pandai bermain dengan penanya menegakkan semula fakta-fakta yang terpesong... kita jangan hanya menunding jari kepada orang lain tanpa melihat kelemahan sendiri sepatutnya kita senagai rakyat Islam perlu bangun dan menentang... menentang bukan maksud aku menentang dengan kekerasan sahaja... terjerit-jerit berdemonstrasi tetapi kosong... maaf bukan aku menentang perjuangan kamu sekalian tapi aku lebih suka setiap tentangan itu berlandaskan hujah-hujah dan melalui kepintaran... lakukan dengan penuh ke'intelektual'an.
Yup penuh kebijaksanaan... Apa mungkin manusia Islam ini telah lupus di telan pembangunan dunia... aku juga malu dengan diri aku yang aku rasa amat kerdil dan tidak mampu melakukan sesuatu yang membanggakan untuk Islam... Dari segi sejarah juga kitab-kitab Allah seperti Injil Zabur dan Taurat telah diubah suai dan secara tidak langsung mengubah kebanyakan fakta sahih didalamnya... dan cuba fikirkan kembali kenapa adanya Bible.... cuba baca ayat Al Baqarah dibawah ni...
Maksudnya;
“Sesungguhnya orang-orang Yang menyembunyikan (meminda atau mengubah) apa-apa keterangan Kitab suci Yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya keuntungan dunia Yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi Dalam perut mereka selain dari api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa Yang tidak terperi sakitnya”
(Surah Al-Baqarah : 174)

Sememangnya usaha-usaha Kafirun ini sejak dari dulu lagi... tidak pernah berhenti.. maka bangunlah umat Islam bangun dari tidur kamu yang telah panjang... ingatlah kita dilahirkan di muka bumi ini senagai Khalifah, masih ada kerja amat penting yang belum kita laksanakan...

No comments: