Saturday, March 14, 2009

Agar agar Cendol


Bahan bahan

1 peket agar agar
air 6 gelas
daun pandan
bila dah hancur bahagikan kepada dua bahagian

Bahagian pertama
2 mangkuk santan
daun pandan
cendol dalam satu mangkuk( aku belasahjer satu plastik yang beli kat kedai tu)
sedikit garam
Buh laa gula sikit (gula putih)

Bahagian kedua
gula merah (ikut rasa)
daun pandan

Cara

Memula masakkan agar agar dengan daun pandan dan 6 gelas air tadi. Sampai dia hancur .. bahagikan kepada dua bahagian. Pasangkan api kecik supaya agar agar tadi tak keras

Lapisan bawah
Agar agar yang separuh tadi (bahagian yang pertama) masakkan dengan santan
untuk lapisan bawah. Buh sedikit garam dan gula putih (ikut rasa). Tunggu sampai dia mendidih sentiasa kacau supaya santan tak naik minyak atau berketul... dan kemudian masukkan cendol. Kacau sebati. Kemudian boleh tutup api. Masukkan dalam bekas terus.. tunggu dia sejuk pas tuh gariskan permukaan dia dengan garpu supaya lapisan atas dia tak tertanggal

Untuk lapisan atas
Masakkan gula merah dengan daun pandan. Bila gula merah hancur dan dah mendidih tapis... Letakkan kat atas agar agar yang putih tadi. Biar sejuk.. agar agar nih memang sedap.. lemak lemak gitu ..

No comments: