Sunday, March 15, 2009

Hitman





Hahaha.. bagus betul laa company aku nih buat half day haru Jumaat.. boleh aku layan citer citer yang tak sempat tengok kat wayang ... dan yang paling penting layan citer citer nih dengan aman.. tanpa ada sebarang gangguan dari budak budak atau pun bapak budak..

Semalam petang layan citer Hitman.. boleh tahan jugak laa.. citer nih memang laju.. memang best.. penuh aksi...

Cerita nih dimulakan dengan sekumpulan budak budak yang botal sedang di tatukan kepala dia orang tuh dengan line line bar code ...

Pas tuh di slot lain plak.. agent 47 tengah menyudahkan misi pembunuhan dia dengan orang orang kulit hitam .. di mana salah seorang Niger tu di kerat kerongkongdia dan ditanamkan bom kat dalam kerongkong dia tuh dan kemudian di jahit balik.. lepas beberapa minute bom tu meletup dari kerongkong orang Niger tu tadi ..

Kemudian agent 47 telah diberikan tugas baru untuk membunuh Preident Russia - Mikhail Belicoff. Belicoff ternyata telah dapat ditembak dengan jarak jauh... tapi bila Agent 47 nak keluar dari hotel tuh.. tiba tiba.. Diana (orang tengah antara Agent 47 dan mereka mereka yg mengupah dia) kata ada sorang yg witnessed kejadian tersebut dan mengarahkan supaya Agent 47 jugak perlu membunuh Nika.

Agent 47 pun nak gi bunuh Nika.. tapi bila Nika ternampak agent 47, dia langsung tidak menunjukkan yang Nika mengenali 47. Agent 47 kemudian kembali semula ke hotelnya dan tanya sapa sebenarnya yg nak bunuh Nika dan kenapa President Bellicoft yang dia dah confim mati ditembak olehnya keluar pulak kat TV dalam keadaan biasa tanpa ada apa apa cacat cela..



Kemudian Diana menghubungi sendiri 47 dengan menggunakan telephone dan revealed sapa yang merancang kesemua benda nih. Sementara itu.. Agent 47 telah dikepung oleh pihak polis yang diketuai oleh Whittier dan pihak polis Rusia yang dikenali sebagai Yuri.

47 kemudian menculik Nika untuk mengetahu cerita ini dengan lebih lanjut. Nika nih memang rapat dengan Bellicof rrrrr ... kira cam pompuan simpanan laaa.... mereka nih nak pegi ke satu tempat lain laa.. dan banyak laa pulak pembunuh pembunuh upahan yang lain yang dtg untuk membunuh 47.

Atas rancangan Agent 47, Nika berjumpa dengan Agent Smith. Agent Smith nih sebenarnya salah seorang polis CIA.. kat akhir rancangan baru tahu sapa Agent Smith nih. 47 merancang untuk mengadakan satu perjanjian dengan Agent Smith. 47 akan hancurkan adik Belicoff - Udre Belicofyang merupakan seorang dealer senjata api dan jugak dealer hamba abdi dan apa yang 47 dapat ialah Agent Smith akan bukak jalan dia masa dia nak escaped kalau dia tertangkap nanti... bila Udre dah terbunuh dia teruskan jugak misi dia untuk membunuh Belicoff (yg tipu). Sebab selagi Belicoff tidak di bunuh selagi tuh dia org tak kan selamat.



Jadi 47 terus menjejaki Belicoff.. cam mana dia dapat tangkap Belicoff.. cam amana dia lawan semua askar askar dari 2 pihak iaitu Mike Whittier yang dah lama carik Agent 47 dan jugak polis Belicoff sendiri iaitu Yuri.. huhuh korang tengok sendiri laa... tapi citer nih memang laju.. korang jangan skip nanti tak faham.. plot dia memang disusun cantik.. one after another walaupun citer nih citer flashback. Banyak action action yang buat hati korang tak senang .. andreanalin korang akan berfungsi dengan baiknya kalau tengok citer nih... Aku bagi 4 bintang out of 5 ....

No comments: