Tak tahu nak gi mana.. kita orang pegi Breakfast kat Dengkil.. nak sampai Nilai dah.. pejalanan lebih kurang 1 jam jugak baru sampai... heheh sekadar nak breakfast.. saja nak makan kat sini as kedai nih kedai member hubby aku yang duk kat Kelantan.. member sekampung.. tapi apa yg best semua pekerja pekerja kedai makan nih semuanya lelaki.. dari tukang layan.. sampai tukang masak.. tukang buat air semua lelaki yang dalam lingkungan 20 hingga 35... semua muda muda lagi...
Ok ok.. bukan tu yg aku nak citer .. aku nak citer pasal lepas gi breakfast kita orang pegi tengok wayang citer Race to Witch Mountain. Memula nak tengok Dragon Ball sebenarnya tapi memandangkan citer tuh citer PG .. kita orang terpaksa batalkan niat suci murni kita orang tuh...
Sypnosis :
Citer ni di mulakan dengan satu group orang government US (NASA kot) yang melihat ada satu objek terbang dan kemudian terhempas dan meletup. Agent penyiasat tu semua pegi untuk mengumpul maklumat kat tempat kejadian tadi. Nak dijadikan citer plak... memang sah laa.. ada Allien yang dah melarikan diri dari space ship dia org tuh..
Di scene yang lain plak.. Jack Bruno seorang pemandu teksi sedang buat kerja dia laa.. bawak teksi. Salah seorang yg dia hantar ke Space Hollywood ialah Dr. Alex Friedman yang nak bagi ceramah kat Space Hollywood.
Nak di jadikan citer.. dua budaj makhluk asing nih dah masuk dalam cab Jack Bruno nih... manakala Jack Bruno pulak memang tak tahu yang dia orang tuh aliens. Setelah beberapa incident yang mencemaskan akibat diburu oleh pihak kerajaan dan sekor lagi makhluk asing, Jack Bruno baru laa percaya dan cuba untuk membantu budak aliens tuh...
Setelah apa yang meraka cari tuh dia orang dah jumpa.. mereka nak balik laa ke tempat asal dia orangJack Bruno pun mintak tolong dengan UFO expert - Dr. Alex Friedman untuk mengetahui kat mana spaceship dia org tuh... dan rupa rupanya spaceship dia orang tu ada kat Witch Mountain.., mereka terpaksa ke Witch Mountain untuk mendapatkan spaceship dia orang tuh..
Dapat ker tidak dua makhluk asing yang berupa dan mempunyai perasaan seperti manusia biasa nih pulang ke rumah mereka setelah mendapatkan apa yang mereka kehendaki untuk ayah dan mak mereka... adakah planet bumi nih akan diserang oleh aliens kalau budak dua orang nih tak dapat melepaskan diri.. hmm.. korang gi laa tengok sendiri..
Citer dia quite simple.. boleh tahan sedap laaa... kalau sekadar nak penuhi masa lapang ok jugak tengok citer nih...
No comments:
Post a Comment