Saturday, March 21, 2009

Punisher II



Semalam satu lagi cerita action yang aku categorykan sebagai ganazzz tapi best ... aku layan sorang jer citer nih since hubby gi 'mamak'ing dengan member member dia. Tengok punya tengok baru aku perasan yang hubby memang dah download citer Punisher 2 yang memang aku dok tunggu tunggu... so layan sengsorang sambil rasuah anak aku tengok citer kegemaran dia orang sampai kul 1:30 pagi...

Sunopsis :

Sama macam cerita Punisher 1 dulu.. Frank Castle telah bangun untuk membalas dendam atas apa yang berlaku kat family dia.. Kesemua family dia di bunuh...

Frank kemudian telah membunuh ramai gangster gangster .. dan dalam citer nih dia cuba menumpaskan satu kumpulan gangster yang terkenal yang diketuai oleh Billy Russoti. Dalam slot pergaduhan nih... Frank Castle dah tertembak salah sorang agent FBI. Agent Paul Budiansky (Colin Salmon), the ex-partner agent FBI tuh kemudian join NYPD's "Punisher Task Force" untuk menangkap Frank Castle yang dah bunuh partner dia tuh.



Manakala ketua gangsetr tadi - Billy Russoti cedera dengan teruk bila dia dicampak oleh Frank ke dalam tempat recycle botol.. so.. botol botol pecah tuh dah kena seluruh muka dia.. muka dia memang cedera teruk sangat ...

Russoti kemudian di dapati selamat. Russoti telah mengupah sorang doctor untuk mengembalikan muka dia balik tapi Dr tuh gagal sebab kecederaan yang Russoti alami memang tak dapat di pulihkan balik.. muka Russoti hancur dan dia kemudian bangun untuk membalas dendam dengan menggunakan nama Jigsaw...

Jigsaw kemudian telah keluarkan adik dia - James atau Loony Bin Jim yang ditempatkan di salah satu hospital giler. James telah dibawa keluar dan telah berpakat dengan Jigsaw untuk balas dendam.

Dalam masa tuh.. Frank betul betul rasa bersalah bila dia tahu yang dia dah terbunuh sorang agent FBI yang mentamar tuh.. dia betul betul sedih bila dia tengok anak dngan isteri agent FBI tuh dan bertekad untuk tak nak dah balas dendam di atas apa yang terjadi atas keluarga dia... tapi... bila dia dapat tahu yang Jigsaw dah pergi rumah agent FBI tuh.. Frank kemudian lupakan niat dia nak berenti balas dendam tu.. Frank berjaya di tangkap oleh Agent Paul Budiansky tuh. Tapi Frank suruh pegi rumah agent FBI yang mati tu sebab dia dapat tahu yang Jigsaw ada kat rumah tu. Frank kemudian telah dilepaskan oleh salah seorang polis dan menyelamatkan isteri dan anak agent FBI tu...

Tapi Jigsaw berjaya jugak culik isteri dan anak FBI tuh... masa nih Frank terpaksa lakukan apa sahaja demi menyelamatkan mereka... dia mintak tolong Agent Paul Budiansky. Mereka merancang sesuatu sebab dia orang tahu yang Jigsaw dah kumpulkan kesemua gangster gangster kat bandar tuh untuk menangkap Frank.

Macam mana Frank pergi menyelamatkan isteri dan anak FBI tu ??? haa.. korang kena tengok sendiri...

Citer nih pun di categorykan sebagai ganas sangat pasal.. boleh nampak dengan jelas macam mana gang gang jahat di bunuh secara kejam... bersepai kepala otak... berdarah darah.. di tembak dengan jarak yang amat dekat.. tuh semua menjadi tarikan dalam citer nih.. walaupun sebanarnya.. jalan citer dia terlalu simple...

So.. sesapa yang layan citer ganas dan brutal.. boleh laa gi carik DVD nih...

No comments: