Sunday, March 1, 2009

Body of Lies



Banyak betul movies yang aku sempat temgok.. terimakasih pada hubby yang betul betul susah payah downloadkan movies yang best best untuk aku tonton...

Hari tuh tengok citer Body Of Lies... entah secara keseluruhan cerita nih memang best.. penuh aksi dan memang terus menghidupkan aku untuk terus layan.. tapi pada hakikatnya.. cerita nih ada unsur unsur memperlekehkan agama Islam.. Bagaimana .. dia orang create the situation seolah olah.. thse yang kuat pegangan agama Islam nih.. adalah sebenarnya penjahat dan musuh dunia.. bagaimana dia memutarkan keadaan yang bahawasanya... dalam banyak banyak kejadian.. orang America jugak laa yang terhebat.. mereka laa kononnya rakyat yang suka membantu. Mereka jugak laa antara orang orang yang tidak suka akan peperangan.

Ferris (Leonardo) perisik CIA yang bertugas dibawah Hoofman, Hoffman sebenarnya begitu tidak menghargai sesiapa sahaja.. apa yang penting segla maklumat yang dia mahu.. dia pastikan dia akan menmperolehinya.. dengan apa cara sekai pun...nih dapat dilihat setelah satu demi satu pembantunya Ferris terbunuh dalam menjalankan tugas bersama.Ferris tetap menjadi caturan, semata-mata mencari ketua pengganas yang namanya ada Al Saleem. Dari Iraq, dia dipindahkan ke Jordan, mencari pengganas yang sama dan bertemu dengan orang paling berkuasa di Jordan iaitu Hani Salaam. Hani Salam nih merupakan orang ternama dan terkemuka di Jordan.. dia sememangnya berkuasa di seluruh Jordan tuh.

Ferris mencipta satu lagi kumpulan mujahiddin palsu, Ferris telah mengkabing hitamkan seorang Architect dengan cara kononnya satu pengeboman telah dilakukan oleh architect tuh...



Masa nih laa.. kita akan dapart lihat bagaimana pengarah cuba menyatakan bahawa.. orang Islam ini adalah pengganas. Bagaimana dia cuba menyakinkan para penonton bahawa .. mereka yang sememangnya kuat pegangan agama Islamnya sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan dan untuk membalas dendam. dan masa nih laa pengarah menyatakan bahawa .. orang Islam nih terlalu tidak berperi kemanusiaan... Ferris cuma menjadi penyelamat, tapi seperti biasa dia gagal, malah kekasih yang baru ditemui Aisyah menjadi mangsa. Masa dia cuba menyelamatkan Aishah.. dia telah ditangkap oleh Al Saleem dan dia telah di seksa .. pergh jari Ferris telah di ketuk dengan hammer .. pergh.. memang real ...ngeri beb ..dan masa nih Hani datang membantu dan menerangkan keadaan yang sebanar..

Cuma apa yang aku kagumkan dengan cerita nih ialah bagaimana pengarah betul betul cuba mendalami keadaan "terorist". Bagaimana Leornado dengan begitu baiknya mempertuturkan bahasa Arab dangan lancar. Dan bagaiman mereka pembuat filem ini begitu menjiwai karactor karactor yang mereka lakonkan.

No comments: