Monday, March 2, 2009

Mata pencarian aku tersekat ...

Hari nih dah 2 haribulan.. aku memang betul marah dengan HR aku nih.. tak ada perkataaan apa dah yang patut aku ucapkan menunjukkan yang aku betul betul marah.... nih dah masuk bulan 3 sudah hari kedua bulan March... dan Maybank aku masih belum berisi..

Sudah berlori lori maki hamun aku tujukan khas untuk HR department.. sudah habis semua nama-nama binatang binatang di dunia nih aku lafazkan untuk tunjukkan aku marah...

Hampeh... hari Khamis hari tuh.. aku dah terasa akan ada yang tak kena akan melanda kehidupan aku dua tiga hari nih.. tapi cuma aku tak tahu apa.. tapi hari Khamis tuh bermulalah kisah angin satu badan aku...

Sementara semua rakan sepejabat aku bersuka ria mengira duit gaji mereka dan melangsaikan hutang piutang mereka.. aku masih lagi menatap jumlah yang amat kecil dalam Maybank aku... ish kenapa duit aku tak masuk lagi nih...

Aku tak terbayang akan benda lain.. dalam era era keperitan dan segala proses pembuangan pekerja tahap cipan di seluruh negara... aku jadi cuak.. benda pertama yg terlintas ialah.. adakah ini tanda tanda awal untuk aku meninggalkan company nih..

Aku sabar lagi.. menanti ujudnya hari esok ..walaupun cuak giler giler... Hari Jumaat tuh datang jugak.. seperti biasa aku berkemas untuk ke office.. aku cuba tenang dan aku cuba yakinkan diri aku yang duit aku pasti sudah masuk... dan apa yang peritnya dan perkara paling sedih dalam kehidupan aku menjadi seorang yang berkerjaya ialah cuma ada 5 hengget dalam purse aku... (huaahhhh) tapi seperti aku bagi tahu tadi... aku yakin yang duit gaji aku sudah masuk pagi nih..

Aku bergegas ke Pam Station yang berhampiran .. dengan lafaz bismillah aku cuba masukkan numbor yang rendah agar.. orang belakang aku yang sama sama beratur tidak menggelakkan aku sekiranya ada perkara perkara yang tak disangka sangka berlaku... arghhhhhh..... memang hampa... bila aku ingin keluarkan amount yang sepatutnya aku keluarkan.. mesin tuh tidak benarkan.. katanya amount yg ada dalam baki simpanan aku tuh tidak boleh di keluarkan.. cisss... ini tak logic nih... aku cuba lagi .. memang gagal...

Aku mengangkat kaki aku lemah .. aku heret jugak ianya ke kereta...Berbekalkan duit 5 henggat tuh.. aku redah jugak kesibukan kota pagi. Di celah celah kereta kereta mewah dan bunyi bunyi hon yang sungguh menggetikkan aku... Aku perlu tabah.. alu perlu kuat... (laa.. macam citer sedih laa plak). Aku tawakal aja ... Aku tawakal agar tidak ada apa apa yang akan berlaku sepanjang perjalanan ... duit tuh laa yang akan aku gunakan untuk membayar tol nanti...

Sampai jer aku kat opis.. aku terus capai phone office... bila aku dengar suara di corong tephone tuh.. aku terus semburkan apa sahaja yang sepatutnya aku ucapkan... namum aku perlu professional.. angger management .. yup.. aku perlu kawal perasaan marah aku.. mereka janji mereka akan cuba masukkan duit tuh swcepat mungkin...

Apa yang buat aku lagi sakit hati.. ialah alasan mereka kenapa duit gaji aku tak masuk ialah.... ialah.... HR dah tersilap masukkan account number aku.. dan bukan aku sorang ada 13 nama lain lagi yang senasib seperti aku... katanya ... memandangkan mereka gunakan system baru jadinya mereka terpaksa key in kan account nombori kami secara manual.. masalahnya.. apa ker bangang sangat sampai masukkan nombor tuh pun korang boleh salah.. susah sangat ker nak buat... anak aku yang kecik tuh pun boleh buat... dia lebih teliti ... arghhhh ..dan apa yang buat aku pelik ialah tak der ker korang ada rasa rasa nak check semula nombor nombor account tuh.. tolonglah.. buat kerja dengan bersungguh sikit... ini bukan masalh tak sengaja.. maaf kami tersilap... nih masalah besar tau.. bukan calang calang.. masalah berkaitan dengan duit riban riban.. bukan sikit tau. ..

Dan hari nih.. sudah 2 haribulan.. bayang duit gaji aku pun aku tak nampak... angin aku memang dah tahap gaban.. tapi aku perlu sabar.. mak kata sabar tuh separuh dari iman.. orang yang bersabar nanti tuhan akan tambahkan keimanan dan rezeki...dan aku dalam proses menyabarkan diri aku ... cuma aku rasa kalau esok tak der jugak duit aku nih.. mahu jer aku aku bakar HR aku nih.. baru puas hati sikit...

No comments: