Wednesday, March 11, 2009

Slumdog Millionaire




Semalam tengok Slumdog Millionaire, citer yang dapat banyak Oscar nih... No wonderlaa filem menang 8 Oscars, another 71 wins and 26 nominations (link). Dah lama aku duk suh hubby carik citer nih.. orang kata citer nih memang superb... jadi .. semalam aku ngan hubby pun tengoklaa kat umah...

Citer nih mengisahkan perjalanan hidup seorang kanak-kanak lelaki India Muslim; Jamal Malik yang menjalani kehidupan bersama abangnya sejak kematian ibu yang diserang kumpulan penganut Hindu. Berumur 18 tahun yang berasal dari kawasan miskin Mumbai. Jamal nih dah masuk acara “Who Wants To Be A Millionaire?” Budak nih macam menjadik kebanggaan semua orang pasalnya dia dapat menjawab semua soklan dengan betul ...


Masa acara tersebut berhenti untuk komercial, tiba tiba jer polis tangkap Jamal dan bawak dia pergi kesatu tempat rahsia pasal dia orang semua macam tak boleh nak terima macam mana budak miskin tuh boleh jawab semua soalan dengan betul dan cuma tinggal satu soklan sahaja sebelum dia boleh jadik millionaire. Dia orang semua ingatkan yang budak nih dapat jawapan atas semua soalan tuh...

Jamal di seksa dengan teruk. "You don't have to be a genius" itu aja lah yang mampu Jamal bagitahu kat polis yang tahan dia tu... Putus asa untuk membuktikan ketidak bersalahannya, Jamal menceritakan tentang kehidupnya di rumah-rumah setinggan dia tuh di mana ia dan abangnya dibesarkan, macam mana kesemua keluarga dia mati dan macam macam. Bagi aku masa kat sini laa bahagian yang paling menarik.. bagaimana kehidupan seorang anak kecik yang tak der ibu bapa dapat meneruskan kehidupan seharian.. Kat sini jugak kita dapat lihat bagaimana nilai nilai kehidupan sebenar seseorang dan banyak laa yang dapat kita lihat.

Setiap bahagian dari cerita Jamal inilah yang menguak kunci jawapan ke setiap satu dari pertanyaan permainan kuiz tersebut. Jamal memberitahu bagaimana kah setiap soalan tuh dijawab berdasarkan atas pengalaman dia sendiri. Pengalaman bagaimana dia ditangkap oleh orang jahat untuk di pergunakan untuk meminta sedekah.. bagaimana Jamal dan abangnya Salim diperalatkan sekumpulan lintah darat yang memperalatkan anak-anak yatim untuk dijadikan pelacur, hamba seks, peminta sedekah serta ahli kumpulan samseng yang baru direkrut.bagaimana tanggung jawab seorang abang terhadap adik dia.. dan bagaimana nilai cinta sebenar yang di perjuangkan oleh Jamal. Setiap bahagian dari cerita jamal menunjukkan darimana dia belajar dan bagaimana dia mendapat jawapan untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan kuiz yang nampaknya mustahil.


Cerita nih memang sedap.. simple.. direct to the point tidak perlu banyak berfikir dan bersahaja. Aku rasa pelakun kanak kanak tuh memang pandai berlakun... aku kagum dengan dia. Cuma bagi aku bila tiba part dia dah remaja tuh ada sikit boring.. sedikit lembab dan menampakkan kehindustanan dia... tapi bahagian kanak kanak dia memang menjadik... pengarah seperti boleh bawak kita sama sama menyelami kehidupan budak kecik tuh.. dan dapat sama sama masuk dalam duni miskin Jamal dan kawan kawan dia tuh.. so bagi aku aku bgi 3 out of 5... pegi aa tengok.. korang tak kan rugi...

No comments: