Monday, March 10, 2008

Keputusan paling memalukan BN

Keputusan Pilihan raya kali ini memang di luar jangkaan. Aku betul-betul tak berapa percaya tapi syukur Alhamdulliah memang doa kami selama ini sudah di makbul Allah detik hati aku.



Malam tadi aku cuba sedaya upaya aku untuk bersekang mata walaupun terasa badan dan capability diri aku untuk terus berjaga adalah pada tahap yang paling minimum. Cuma tinggal ayah aku jer yang mampu bertahan sehingga pukul 3 pagi.

Sekali sekala aku bangun untuk bertanya keputusan. Memang dari awal lagi aku sudah tahu bahawa Kelantan dan Kedah telah di kuasai PAS. Itu pun aku dapat tahu dari hasil SMS suami aku yang melakukan tanggung jawab sebagai anak Kelantan yang telah lebih dahulu mengetahui keputusan Pilihan Raya melalui internet. Memang betul, keputusan melalui internet lebih cepat dan tepat.

Banyak betul kejutan-kejutan yang diluar dugaan. Ayah hampir melompat apabila SMS yang di berikan oleh Hubby menyatakan Uncle Samy kecundang.. Sharizat juga telah dikalahkan oleh budak hingusan (kata org BN) ... aku terkejut dan memang terlalu gembira.

Dan apa yang lebih menggembirakan hati aku sekeluarga ialah.. bukan dua malah lima negeri di miliki oleh barisan altenative (Kelantan, Kedah, Penang, Selangor dan Juga Perak dan nyaris-nyaris juga Kuala Lumpur). Ini satu keputusan yang paling mengejutkan pihak BN dan boleh dikatakan paling memalukan....

Memang betul rakyat sudah pandai memilih... mereka sudah tidak boleh diperkotak katikkan lagi dengan tipu daya BN. Rakyat Malaysia bukan mudah di tipu lagi. Sudah cukup selama ini kita diperbodoh-bodohkan dengan propaganda media milik BN. Media agensi kerajaan ini di perkuda secukupnya untuk menjanakan kuasa kerajaan agar kemenangan akan berpihak kepada mereka sehingga rakyat Malaysia sudah tidak mampu melihat kebenaran cerita disebalik itu. Tapi kini tidak lagi berlaku... usaha busuk itu betul-betul tidak berjaya. Rakyat Malaysia semakin bijak. Kuasa internet telah membuktikan bahawa kita lebih bijak dari mereka. Jentera-jentera internet yang datang dari pelbagai source telah berjaya menyelamat rakyat Malaysia. Hasil dari itulah manusia Malaysia ini semakin tahu yang mana kaca yang berlian.

Petunjuk ini memang jelas ... rakyat sudah pandai memilih dan menilai. Rakyat juga sudah bosan dengan tanggapan kolot pihak tertentu yang sentiasa beranggapan bahawa rakyat Malaysia masih boleh diperbodoh-bodohkan. Mereka silap dan kesilapan besar inilah yang telah membuktikan segala-galanya.

Mesej ini amat jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sudah tidak boleh bertahan dengan pucuk pimpinan kerajaab sekarang. Kuasa ditangan rakyat. Rakyat telah mampu bersuara... kita mampu mengubah keadaan...

Walaubagaimanpun taniah kepada kerajaan baru. Aku harap kerajaan baru ini dapat membela nasib semua kaum seperti yang telah berlaku di Kelantan. Jadikanlan Kelantan sebagai contoh yang paling utama agar semua nasib rakyat terbela. Diharap kerajaan baru yang dibentuk ini dapat membuktikan bahawa kita juga mampu mentadbir negara yang sudah pasti lebih baik dari mereka. Sekarang bukan masa untuk bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk tentang kemenangan kita. Sekarang masa untuk bekerja, mengambil hati semua kaum dan masa untuk membuktikan apa yang dicanang semasa pilihan raya akan menjadi kenyataan. Tahniah sekali lagi kepada party pemerintah yang baru mementuk kerajaan ...

Hmmmm.. nampaknya aku sekarang nih under party pemerintah laa... bukan lagi pembangkang... huhuh seronok pulak rasanya duduk under party pemerintah nih....

Keputusan Rasmi Pilihan Raya ke 12



Keputusan Pilihan Raya Ke 12 (cuba click kat sini)

P15 SUNGAI PETANI - PAS MENANG
N17 GOMBAK SETIA - PAS MENANG
P119 TITIWANGSA - PAS MENANG
N13 SUNGAI ABONG - PAS MENANG
P98 GOMBAK - PKR MENANG
P25 BACHOK - PAS MENANG
N15 LADANG - PAS MENANG
P57 PARIT BUNTAR - PAS MENANG
N08 TITI SERONG - PAS MENANG
N09 KUALA KURAU - PAS MENANG
N33 MERBAU PULAS - PAS MENANG
N31 KUPANG - PAS MENANG
N35 KULIM - PAS MENANG
N14 ALUR MENGKUDU - PAS MENANG
N27 SURA - PAS MENANG
N26 BANGI - PAS MENANG
P022 PASIR MAS - PAS MENANG
N18 HULU KELANG - PAS MENANG
N20 LEMBAH JAYA - PAS MENANG
N21 CEMPAKA - PAS MENANG
N42 MERU - PAS MENANG
N45 SELAT KLANG- PAS MENANG
N51 SIJANGKANG - PAS MENANG
P111 KOTA RAJA - PAS MENANG
P108 SHAH ALAM - PAS MENANG
N56 CHANGKAT JONG - PAS MENANG
PASIR TUMBOH - PAS MENANG
MORIB - PAS MENANG
KUALA SELANGOR - PAS MENANG
BUKIT PANAU - PAS MENANG
RHU RENDANG - PAS MENANG

P110 KLANG - PKR MENANG
N14 AMPANGAN - PKR MENANG
P99 AMPANG - PKR MENANG
P44 PERMATANG PAUH - PKR MENANG
SIKAMAT - PKR MENANG
BUKIT MELAWATI - PKR MENANG
IJOK - PKR MENANG
TAMAN MEDAN - PKR MENANG
SEMENYIH - PKR MENANG
SERI SETIA - PKR MENANG
BUKIT ANTARABANGSA - PKR MENANG
BATU CAVES- PKR MENANG
BAKAR ARANG - PKR MENANG
WANGSAMAJU - PKR MENANG
P121 LEMBAH PANTAI - PKR MENANG
P62 SUNGAI SIPUT - PKR MENANG
P107 SUBANG - PKR MENANG
EANGSA MAJU - PKR MENANG

P123 CHERAS - DAP MENANG
BAGAN DALAM - DAP MENANG
KERANJI - DAP MENANG
BAHAU - DAP MENANG
SEPUTEH - DAP MENANG
PANDAMARAN - DAP MENANG
N12 TEMIANG - DAP MENANG
P43 BAGAN - DAP MENANG
P46 BATU KAWAN - DAP MENANG
P114 KEPONG - DAP MENANG
P51 BUKIT GELUGOR - DAP MENANG
P60 TAIPING - DAP MENANG
AIR KEROH - DAP MENANG
PANDAMARAN - DAP MENANG
P64 IPOH TIMUR - DAP MENANG
P65 IPOH BARAT - DAP MENANG
P76 TELUK INTAN - DAP MENANG
P106 PETALING JAYA UTARA - DAP MENANG
P138 KOTA MELAKA - DAP MENANG

P125 PUTRAJAYA - BN MENANG
P006 KUBANG PASU - BN MENANG
MASJID TANAH - BN MENANG
KUALA PERANG - BN MENANG
BUKIT KATIL - BN MENANG
SG LEMBING - BN MENANG
JUASIH - BN MENANG
PAROH - BN MENANG
LENGGING - BN MENANG
PERMAISURI -BN MENANG
TUALANG SUKAH - BN MENANG
KOTA N9 - BN MENANG
GEMAS - BN MENANG
KAHANG - BN MENANG
TANJUNG PIAI - BN MENANG
CEMBUNG N9 - BN MENANG
TANGGA BATU - BN MENANG
MACHAP - BN MENANG
BATU RAKIT TERENGGANU - BN MENANG
JEMENTAH JOHOR - BN MENANG
PEKAN NENAS JOHOR - BN MENANG
SG BURONG - BN MENANG
SEMBRONG JOHOR - BN MENANG

Sekitar pilihan raya di Melaka ...



Sekitar pilihanraya di Melaka. Aku dan family sudah sampai seawal 8.30 pagi. Keadaan masih lengang. Tak ramai lagi yang datang. Mungkin masih terlalu awal.Harap segalanya berjalan lancar.

Thursday, March 6, 2008

Doa Seorang Pemimpin...

Khamis 6 Mac 2008 27 Safar 1429 Hijrah

Doa Tuan Guru Nik Aziz
Harakahdaily Thu Mar 06, 08 11:08:19 am MYT
"Wahai Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadamu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepadamua yang menyampaikan kami ke syurgamu, dan berilah dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia."

"Wahai tuhan kami berilah kami kenikmatan pendengaran, penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami. Dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami.Dan janganlah engkau jadikan bencana bagi kami dalam ugama kami dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya dami dan tidak sampai batasan ilmu kami. Dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh kasihan balas terhadap kami, dapat menguasai ke atas kami."

"Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungna dengan nur kesucian engkau dan berkat kebersihan dan keagungan sifat jalal engkau, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik." "Wahai tuhan kami, engkaulah penolong kami, maka kepada engkau kami mohon pertolongna. Wahai tuhan kami, engkaulah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada engkaulah kami pohon selamat. Wahai tuhan bagilah kelemahan dan kehinaan yang mana segala tengkuk pembesar dunia."

"Dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja Firaun, selamatkan kami dari penghinaan dan hukuman siksamu, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat. Tiada tuhan bagi kami melainkan engkau demi kebesaran wajah engkau dan kemuliaan kesucian engkau, hindarkanlah kami dari segala kejahatan hamba-hamba engkau, berilah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari engkau wahai tuhan yang maha pemurah."

"Wahai Tuhan sama ada engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan kamu menundukkan mereka seperti seperti kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun kamu lipat balik rancnagan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri , dan kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi, Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungna dan kemuliaan, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu."

"Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat ke atas junjungna kami Nabi Muhammad S.A.W yang dengannya dapat emngubati hati dan menjadikan penawar, menyihatkan badan yang menyembuhkannya, menjadi cahaya bagi pandangan mata dan menyinarkannnya dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan para sahabat baginda sekalian."

Mari lah beramai-ramai membaca dan mengameenkan doa tulus ikhlas seorang pemimpin... Ameen ya rabul Alameen

Sunday, March 2, 2008

Ada insan lain dalam diri ini...


Sekarang akan ujud satu category baru dalam blog ini.. Conscious Development. Seperti yang aku katakan hari tuh.. post aku yang bertajuk "Aku Sudah tiada ... aku mungkin berubah untuk sementara waktu...... " aku akan cuba.. aku akan cuba bersikap lebih baik untuk beberapa bulan ini. Kenapa ??? sebabnya akan aku bagitahu sekarang .. mana mungkin aku boleh tahan untuk menggembar-gemburkan berita paling gembira dan saat yang paling manis dalam hidup dan kerjaya aku sebagai seorang ibu...

Insya Allah.. menurut jangkaan doctor akan lahir seorang lagi khalifah di muka bumi ini pada awal bulan October nanti... Kandungan aku sekarang sudah melewati 8 minggu atau sudah 2 bulan.

Ada insan kecil yang mempenghunikan rahim aku sekarang ini. Itu sebabnya aku cuba untuk mengawal perasaan dan tingkah laku aku agar khalifah yang bakal lahir nanti mempunyai sifat dan tingkah laku yang paling mulia. Bukan itu sahaja.. aku akan cuba mempertingkatkan amalan aku agar apa yang di pertanggung jawabkan ke atas aku ini akan aku pelihara dan tunaikan dengan sebaik mungkin...

Mulai sekarang akan aku kongsi pelbagai tips untuk penjagaan baby sejak dari alam rahim lagi. Ini pun dari apa yang aku baca dan aku perolehi dari pengalaman sendiri dan dari ibu-ibu lain.

Inilah detik-detik paling berharga untuk seorang ibu... Saat-saat paling manis dan saat paling hampir aku kira bagi seorang ibu dan anak ... aku betul-betul kagum dengan kuasa Allah yang menempatkan seorang insan dalan seorang insan yang lain... dan hanya seorang ibu sahaja yang akan merasakan nikmat dan keajaiban Allah ini ....

Untuk pengetahuan semua... Ini merupakan kandungan aku yang ke empat. Aku pernah mengalami keguguran semasa anak yang ke dua. Dari anak yang pertama lagi rahim yang mereka huni ini memang tidak berapa kuat. Aku selalu mengalami pendarahan dari seawal 1 bulan hingga saat aku melahirkan. Alhamdulliah dua darinya survive dan syukur kedua-duanya sihat.

Kali ini aku amat berharap agar kandungan aku ini di lindungi Allah. Semoga Allah pelihara anak aku ini selama ia berada di dalam perutku dan sihatkan lah dia.

Friday, February 29, 2008

Pemimpin ... asas memilih pemimpin menurut Al Quran dan Hadith

"Taatilah kepada aku selagi aku taat kepada Allah. Sekiranya aku menyeleweng atau melanggar perintah Allah jangan taat kepada aku. Tentanglah aku sehingga aku kembali kepada hukum Allah."
Demikianlah ucapan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq ketika dilantik menjadi khalifah, selepas wafatnya baginda Rasulllah s.a.w



Daripada Thauban Khadam Rasulullah, Nabi s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya perkara yang aku takuti ke atas umatku ialah pemimpin yang sesat."

(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)


"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimmpin (mu): sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagiaa yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada oarng-orang yang zalim "

(QS. Al-Maidah: 51



"Hai orang2 yang beriman! Janganlah kamu jadikan bapak-bapak dan saudara-saudaramu menjadi pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan. Dan siapa di antara kamu menjadikan mereka menjadi pemimpin, maka mereka itulah orang2 yang zalim"

(At Taubah:23)



"Hai orang2 yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang2 kafir menjadi wali (teman atau pelindung)" (An Nisaa:144) "Janganlah orang2 mukmin mengambil orang2 kafir jadi pemimpin, bukan orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, bukanlah dia dari (agama) Allah sedikitpun..."

(Ali Imran:28)



“Hai orang-orang yang beriman! Tegakkanlah keadilan sebagai saksi karena Allah. Dan janganlah rasa benci mendorong kamu berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena itu lebih dekat dengan taqwa…”

(Q.s. Al-Maidah 5: 8)



Keadilan yang diserukan al-Qur’an pada dasarnya mencakup keadilan di bidang ekonomi, sosial, dan terlebih lagi, dalam bidang hukum. Seorang pemimpin yang adil, indikasinya adalah selalu menegakkan supremasi hukum; memandang dan memperlakukan semua manusia sama di depan hukum, tanpa pandang bulu. Hal inilah yang telah diperintahkan al-Qur’an dan dicontohkan oleh Rasulullah ketika bertekad untuk menegakkan hukum (dalam konteks pencurian), walaupun pelakunya adalah putri beliau sendiri, Fatimah, misalnya.

“Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar menegakkan keadilan, menjadi saksi karena Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau bapak ibu dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya atau miskin, Allah lebih mengetahui kemaslahatan keduanya”

. (Qs. An-Nisa; 4: 135)

Dalam sebuah kesempatan, ketika seorang perempuan dari suku Makhzun dipotong tangannya lantaran mencuri, kemudian keluarga perempuan itu meminta Usama bin Zaid supaya memohon kepada Rasulullah untuk membebaskannya, Rasulullah pun marah. Beliau bahkan mengingatkan bahwa, kehancuran masyarakat sebelum kita disebabkan oleh ketidakadilan dalam supremasi hukum seperti itu.

Dari Aisyah ra. bahwasanya Rasulullah saw. bersabda: adakah patut engkau memintakan kebebasan dari satu hukuman dari beberapa hukuman (yang diwajibkan) oleh Allah? Kemudian ia berdiri lalu berkhutbah, dan berkata:

‘Hai para manusia! Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu itu rusak/binasa dikarenakan apabila orang-orang yang mulia diantara mereka mencuri, mereka bebaskan. Tetapi, apabila orang yang lemah mencuri, mereka berikan kepadanya hukum’.
(HR. Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa'i, Abu Daud, Ahmad, Dariini, dan Ibnu Majah)

Dari Aisyah ra. bahwasanya Rasulullah saw. bersabda:

adakah patut engkau memintakan kebebasan dari satu hukuman dari beberapa hukuman (yang diwajibkan) oleh Allah? Kemudian ia berdiri lalu berkhutbah, dan berkata: ‘Hai para manusia! Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu itu rusak/binasa dikarenakan apabila orang-orang yang mulia diantara mereka mencuri, mereka bebaskan. Tetapi, apabila orang yang lemah mencuri, mereka berikan kepadanya hukum’
. (HR. Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa'i, Abu Daud, Ahmad, Dariini, dan Ibnu Majah)

“Sesungguhnya Allah akan melindungi negara yang menegakkan keadilan walaupun ia kafir, dan tidak akan melindungi negara yang dzalim (tiran) walaupun ia muslim”. (Mutiara I dr Ali ibn Abi Thalib) Pilihlah pemimpin yang jujur:

Dari Ma’qil ra. Berkata:

saya akan menceritakan kepada engkau hadist yang saya dengar dari Rasulullah saw. Dan saya telah mendengar beliau bersabda: “seseorang yang telah ditugaskan Tuhan untuk memerintah rakyat (pejabat), kalau ia tidak memimpin rakyat dengan jujur, niscaya dia tidak akan memperoleh bau surga”
(HR. Bukhari)

Pilih pemimpin yang mau mencegah dan memberantas kemungkaran seperti korupsi, nepotisme, manipulasi, dll:

“Barang siapa melihat kemungkaran, maka hendaknya ia merubah dengan tangannya, jika tidak mampu, maka hendaknya merubah dengan lisannya, jika tidak mampu, maka dengan hatinya. Dan yang demikian itulah selemah-lemahnya iman”. (HR. Muslim)Pilih pemimpin yang bisa mempersatukan ummat, bukan yang fanatik terhadap kelompoknya sendiri:Padahal Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menyatakan dalam Al Qur’an :“ … Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian, orang-orang Muslim, dari dahulu … .”
(QS. Al Hajj : 78)

Dalam menafsirkan ayat di atas, Imam Ibnu Katsir menukil satu hadits yang berbunyi :

“Barangsiapa menyeru dengan seruan-seruan jahiliyah maka sesungguhnya dia menyeru ke pintu jahanam.” Berkata seseorang : “Ya Rasulullah, walaupun dia puasa dan shalat?” “Ya, walaupun dia puasa dan shalat, walaupun dia mengaku Muslim. Maka menyerulah kalian dengan seruan yang Allah telah memberikan nama atas kalian, yaitu : Al Muslimin, Al Mukminin, Hamba-Hamba Allah.”
(HR. Ahmad jilid 4/130, 202 dan jilid 5/344)

Ada beberapa sifat baik yang harus dimiliki oleh para Nabi, yaitu: Amanah (dapat dipercaya), Siddiq (benar), Fathonah (cerdas/bijaksana), serta tabligh (berkomunikasi dgn baik dgn rakyatnya). Sifat di atas juga harus dimiliki oleh pemimpin yang kita pilih.

Pilih pemimpin yang amanah, sehingga dia benar-benar berusaha mensejahterakan rakyatnya. Bukan hanya bisa menjual aset negara atau kekayaan untuk kepentingan pribadi dan kelompoknya.

Pilih pemimpin yang cerdas, sehingga dia tidak bisa ditipu oleh anak buahnya atau kelompok lain sehingga merugikan negara. Pemimpin yang cerdas punya visi dan misi yang jelas untuk memajukan rakyatnya.

Dalam Islam, kepemimpinan itu penting, sehingga Nabi pernah berkata, jika kalian bepergian, pilihlah satu orang jadi pemimpin. Jika hanya berdua, maka salah satunya jadi pemimpin. Sholat wajib pun yang paling baik adalah yang ada pemimpinnya (imam).
Kebanyakan article dalam post ini aku amik dari sini : Oase Islam.
Maklumla aku rasa aku masih jahil bahagian agama nih. Paling tidak aku cuba cari dan sama-sama syer kalau itu dianggap baik.

Cuba jadi warga yang bertanggung jawab ... jangan sekadar duduk, tunggu dan terima...

Ada lagi seminggu masa untuk berkempen di Malaysia nih. Masing-masing cuba untuk melakukan yang terbaik untuk party mereka. Termasuk yang cuba memburuk-burukan dan membusuk-busukkan party pihak lawan. Terpulang kepada pengundi untuk menerima. Semua telah cukup cerdik untuk menilai mana yang betul mana yang tipu. Cuba jangan cuma bergantung pada media-media kerajaan sahaja.

Cuma aku rasa sedih bila ada yang menolak bulat-bulat dan ada juga yang menerima bulat-bulat segala tomahan atau cerita-cerita baik dari party pemerintah atau party lawan. Jangan jadi seperti burung di dalam sangkar sekadar duduk, tunggu dan terima apa yang tuan mereka berikan...
Aku memang betul-betul tak puas hati .. belajar jer tinggi, isi dalmnya kosong, cuba gunakan minda dan otak yang Allah anugerahkan kepada anda tuh untuk berfikir dan mencari apakah apa yang mereka baca tuh betul atau pun tipu semata-mata. Bukan aku nak suruh korang terima bulat-bulat apa yang korang dapat, dengar atau lihat tuh.. tapi sekarang nih korang boleh carik sendiri melalui web-web, sama ada apa yang mereka cakap itu betul atau pun tidak ... tanya orang lain yang lebih arif... masa nih laa kita boleh menilai mana yang baik atau buruk .. memang kita tak dapat apapun kalau kita sengaja sibuk-sibuk nak mengkaji dan mnilai apa yang berlaku.. tapi sekurang-kurangnya bila di Akhirat nanti bila kita ditanya apa yang telah kita lakukan untuk agama dan bangsa kita sekurang0-kurang kita telah lakukan sesuatu ... memang betul tak semua orang perfect tapi menjadi tanggung jawab kita untuk pilih yang terbaik .... ini bukan main-main bib.. bukan suka-suka.. ini juga amanah Allah.. jangan sekadar duduk tanpa melakukan apa-apa...

Cuba buat sesuatu yang berguna untuk diri sendiri, untuk bangsa, Agama dan negara korang tuh.. kalau sekadar duduk dan menanti apa sahaja yang datang tanpa berbuat apa-apa, aku rasa korang adalah makhluk yang paling tidak berguna di dunia ini... paling tidak patut hidup di muka bumi ini... semua benda tak akan datang bergolek tanpa usaha... jangan jadi Pak turut tanpa usul periksa... siasat dan cari buktinya.. kalau dah ada bukti dan dah tentu sourcenya dari mana baru korang boleh menilai ... nilai dengan otak.. dengan minda bukan dengan hati...

Korang tahu tak apa kah tugas kita sebagai khalifah di muka bumi ini.. kita hendaklah sentiasa pesan-memesan antara satu sama lain.. tugas kita jugak sentiasa ingat-mengingati antara satu dengan yang lain. Jadi tugas kita yang mencari segala fakta yang benar dan berguna bukan sekadar melihat dan menuggu apa keputusannya nanti... kita ada hak kita untuk mencari jawapan sebenar. Cuba buka minda cari apa yang korang ingin tahu... kalau korang rasa fakta opposition party atau ruling party itu tidak betul cuba siasat sendiri. Atau bila korang rasa itu betul tak semestinya betul ... bangun laa ... cukup laa selama ini kita tertidur dengan lagu-lagu dunia dan segala tipu daya dunia.. bangun berfikir dan bertindak ...

Dan paling menyedihkan ialah apabila mereka bercakap pasal hiburan... sanggup pulak mereka ini bermati-matian mencari sampai ke lubang cacing, bukak internet, berhabissan duit beli URTV, beli Mangga hanya nak tengok gambar Faizal Tahir yang menyanyi sambil bukak baju. Sampai nak tahu Faizal pakai seluar dalam warna apa, size berapa.. dan ada yang tak sabar-sabar nak tahu siapakah pengacara Akademi Fantasia untuk musim akan datang atau sibuk nak tahu artis nih nak kawin dengan sapa.. artis mana yang dah bercerai.. betul ker artis nih beraksi lucah .. sampai tak tidur malam fikirkan benda-benda lagha macam nih.. dan topic yang tidak ilmiah inilah yang menjadi topic perbincangan paling hangat di setiap perjumpaan ... adushhh.. sedih aku dengan manusia-manusia yang bergelar Melayu sekarang ini.... Ini barulah dikatakan
Typical Malay yang hanya dahagakan hiburan tanpa ada terdetik dihati mereka untuk membela nasib diri sendiri, Agama dan Bangsa mereka. Sungguh memalukan. Cakap bukan main pandai ... tapi kosong... hampeh ...

Mungkin betul laaa...
Segala usaha untuk menyampaikan kebaikan dan kebenaran semakin mendapat tentangan, sekatan dan halangan manakala segala hiburan terus ditaja dan di bangga-banggakan ...

Aku sedar aku bukan seorang yang pandai untuk menilai.... (cuma mungkin aku sedikit genius dari korang .. ahaks). Aku bukan tergolong dari kategory yang bijak berfikir dan bukan ahli falsafah yang bijak berkata-kata... Aku sendiri pun masih jahil dan masih mencari-cari.. dan akan sentiasa belajar dan mencari ... aku rasa kita patut sama-sama mencari kebenaran atas apa yang telah berlaku dan akan berlaku kelak... jangan tidur lagi bangun dan berfikir.. bertindak apa yang mampu ...

Pemerintah Zaman Islam ...

Di petik dari blog Reunion Unic.
Aku terharu bila baca cara-cara pemenrintahan zaman Islam dahulu kala di masa Islam begitu berkembang dan dalam masa yang sama mendapat tentangan oleh kaum kafirun. Tetiba aku teringat akan Tuan Guru pulak ...

Dibawah ini saya sertakan petikan kisah-kisah keperihatinan semasa pemerintahan Umar Abdul Aziz ra terhadap rakyatnya. Bandingkanlah dengan yang memerintah Malaysia ketika ini.

1) Serigala / singa pun tidak khianat.
Malik bin Dinar ra berkata:Setelah Umar Abdul Aziz, maka bertanyalah pengembala-pengembala kambing di puncak gunung, “Siapakah khalifah soleh yang memerintah ketika ini?”
Diantara mereka bertanya kembali :Bagaimanakah engkau tahu khalifah sekarang soleh?
Kata mereka: Kebiasaannya apabila sesebuah kerajaan itu di perintah khalifah soleh, maka serigala dan singa akan menjauhkan diri dan tidak mengganggu ternakan kami.

2) Sangat mudah menangis
Fudhail bin ‘Iyadh meriwayatkan :
Orang bertanya kepada Umar Abdul Aziz :Apakah yang menyebabkan engkau sangat mudah menangis?
Jawab Umar ra :Sesungguhnya, aku merasakan kalaulah ada seekor anak biri-biri yang mati di tebing sungai Furat di sebabkan kecuaian aku, nescaya Allah SWT akan mempertanggung jawabkan aku di akhirat kelak.

3 ) Perut yang lapar lebih utama daripada baitullahPengurus/penjaga kaabah mengutus surat kepada Umar Ibnu Abdul Aziz meminta kelambu kaabah ditukar sebagaimana telah dilakukan Khalifah sebelumnya.
Umar Abdul Aziz menjawab:Sesungguhnya perut2 yang lapar itu lebih utama dari kelambu kaabah.

4 ) Keperihatinan terhadap orang miskin.
Beberapa orang penduduk Madinah mengunjungi Khalifah Umar, lalu ditanya Umar akan penduduk Madinah :Apakah perkejaan orang2 miskin yang tinggal di sekian2 tempat?
Jawab mereka :Orang2 miskin itu telah berpindah randan, ya Amirul Mukminin, kerana mereka telah dilimpahkan kekayaan oleh Allah SWT.Sebelum itu mereka hanyalah pencari kayu yang menjualkan kepada musafir yang singgah di perkampungan mereka.
Suatu ketika orang2 musafir itu kembali untuk membeli kayu, tetapi orang2 miskin tersebut telah berkata :Sesungguhnya kami tidak lagi menjual kayu api, kerana Allah SWT telah melimpahkan kekayaanNya kepada kami dengan harta yang telah diberikan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz kepada kami.

5) Pakaian & Cara Pemakaian Sebelum VS Selepas
Seorang ulama’ Quraish meriwayatkan :
Sesungguhnya Khalifah Umar Abdul Aziz sebelum dilantik menjadi khalifah pernah berkata :Sesungguhnya aku bimbang kalau-kalau rezeki yang dikurniakan Allah kepadaku tidak mampu untuk membeli pakaian-pakaian kesukaanku.
Sebelum dilantik menjadi khalifah, aku tidak pernah memakai pakaian yang dianggap masyarakat sebagai lusuh, bahkan aku sentiasa dianggap berpakaian baru.
Setelah umar menjadi Khalifah, beliau telah membuang sikap dan perangai demikian.

6 ) Pakaian solat
Seorang pengawalnya berkata :
Suatu ketika, Umar Abdul Aziz telah solat Jumaat bersama kami dengan berpakaian yang bertampal poket depan dan bahagian belakangnya.
Ketika dia sedang berehat, beliau telah di sapa seorang lelaki :Wahai Amirul Mukminin, Sesungguhnya Allah SWT telah membuka bagi mu pintu kemewahan. Alangkah baiknya jika tuan menggunakan peluang tersebut untuk menghiasi diri dengan pakaian hebat.Umar menundukkan kepalanya sebentar, kemudian menjawab:
Sesungguhnya sebaik-baik niat yang ikhlas untuk berzuhud, adalah ketika memiliki kemewahan.
Dan masa yang paling sesuai untuk memberikan keampunan, ialah ketika mampu membalasnya.

7 ) Harum lagi BergayaRaja’ bin Haiwah meriwayatkan :
Sebelum Umar Abdul Aziz menjadi Khalifah, beliau merupakan lelaki paling harum tubuh dan pakaiannya serta paling bergaya cara berjalannya.
Setelah menjadi Khalifah, mereka telah menilai harga pakaiannya ( baju, serban, kain, pakain luaran & dalaman, kain baldu ) hanya sekadar 12 dirham sahaja.
Pakaian Ketika sakitSalamah meriwayatkan:
Suatu masa aku menziarahi Umar Abdul Aziz yang sedang sakit. Aku melihat dia memakai baju yang sudah kotor.
Lalu aku berkata kepada Fatimah :Wahai Fatimah, Tolong basuhkan baju Amirul Mukminin.
Jawab Fatimah :InsyaAllah, kami akan laksanakan.Keesokan harinya, aku berkunjung lagi. Aku dapati bajunya masih seperti kelmarin.
Lantas aku bertanya :Wahai Fatimah, Bukankah aku telah menyuruh menbasuh baju Amirul Mukminin. Sepatutnya engkau menukarkan bajunya, kerana orang ramai sentiasa mengunjunginya.
Jawab Fatimah :Demi Allah, HANYA baju itulah yang beliau ada.

Dan stiap hari seorang pegawai Khalifah Umar Abdul Aziz akan berseru,Dimanakah mereka yang berhutang, tetapi tidak mampu melangsaikannya?Dimanakah mereka yang ingin berkahwin, tetapi tidak berkecukupan?Dimanakah mereka yang miskin?Dimanakah mereka yang yatim?Umar akan memenuhi permintaan mereka apabila mereka mengadu kepadanya.

Harapannya. Moga-moga kita dianugerahkan Allah SWT negara sepertimana yang telah di anugerahkan kepada Umar Abdul Aziz ra.

Wallahualam

Monday, February 25, 2008

Panjang betul hayat rakyat Malaysia masa -masa nak ngundi nih .. kagum aku...

Semakan Daftar Pemilih: Pengundi ini masih hidup atau ... Muslim Mon Feb 25, 08 9:56:43 am MYT Dalam Guinness World Records pun hanya ada dua orang sahaja dalam kalangan top 10 manusia tertua di dunia berumur 120 tahun ke atas. Tetapi, di Selangor ada 11 orang! (Itu pun hasil siasatan rambang, bermakna kemungkinan terdapat lebih ramai).
Cuba tengok harakah hari nih



Tuh baru kat Selangor.

Cuba tengok yang ini plak...

Cuba masukkan sdiri no IC d bawah d http://daftarj.spr.gov.my/daftarbi.aspkira umur budak2 nuh. x baligh pun lagi pun ada, dah tinggal tulang pun ada.Senarai pengundi Hantu:
801018775059 ---BAHAROM B HJ OTHMAN

800311086231 --- NORAINI B ABU SAMAD

811028045577 --- A SALIM B MD YUSOF

830416610017 --- AMIR B HASAN

841207065917

851222740019

850513106435

851117106729

850802106378

850916086838

860320145365

861101105077

860208145701

860320145357

861217145011

860126145839

870914105781

870418105790

871016146308 ---LEE MEE CHIN

881231100432

881103750027

880505066047

880906087033

881030136332

891102740096

891129740088

890520610089

890112146416

890920076065

890403615016

910609755079 ---PONNIAH S/O SOMIADAN

920622710069 --SIM SIEW TIAN



Apa citer SPR yang telus nih ... aku inginkan penjelasan... sungguh memalukan betul laa...

Sunday, February 24, 2008

Alam Rahim ...

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati atau berasal dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani yang disimpan dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian kami jadikan dia makhluk yang berbentuk lain. Maka Maha suci Alla. Pencipta Yang Paling Baik"
(Al-Mukminun : 12 - 14)

Ayat di atas merupakan proses kejadian manusia yang perlu difahami oleh semua manusia. Aku pernah belajar benda nih masa di college dulu. Itulah kali pertama aku betul-betul tahu dan mengaggumi proses kejadian manusia menurut Al Quran. Sebelum tuh aku tak pernah kisah pun pasal kejadian manusia nih baik dari segi Islam atau dari segi science. Lepas class tuh aku start jadi sedikit kagum dan sampai sekarang aku still ingat (walaupun banyak yang dah lupa jugak) proses dan peringkat kejadian manusia tuh di alam rahim.

Menurut Al Quran prosese kejadian manusia ada 6 peringkat
1. Nutfah
2. 'Alaqah
3. Mudghah
4. izam
5. Lahm
6. Ruh

1. Masa peringkat Nutfah nih adalah peringkat dimana percantuman telur dengan sperm atau percampuran air mani.

2. 'Alaqah - peringkat dimana air mani tadi telah bertukar menjadi segumpal darah.

3. Mudghah - peringkat dimana Allah telah menjadikan darah beku tadi kepada segumpal daging

4. Izham - peringkat Allah jadikan tulang temulang

5. Lahm - kemudian Allah balutkan tulang itu dengan daging

6. Ruh - akhir sekali disinilah Allah akan tiupkan ruh dimana semua perjanjian dan Qada dan Qadar seseorang itu termaktub. Ada pendapat mengatakan ruh akan ditiup pada masa umur baby 120 hari di dalam perut atau bersamaan 4 bulan. dan pada masa ini baby tadi sudah boleh digelar sebagai manusia kerana sifatnya juga telah cukup.

Cuba baca bagaimana science menjelaskan fatal development dengan theory-theory dia yang tersendiri sila kesini
First Trimester
Second Trimester
Third Trimester

Sesapa yang belum pernah megenali baby anda masa alam rahim boleh menjengah-jengah web nih dan banyak yang anda akan dapat belajar dengan web ini.
Tapi tak banyak yang aku umpa we pasal alam rahim nih menurut Al Quran.

Fetal Development

Aku betul-betul kagum dengan fetal development nih ...

Fetal Development
From conception to birth


Illustration by R.K. O'Bannon
Day 1: fertilization: all human chromosomes are present; unique human life begins.
Click photo to enlarge.

Day 6: embryo begins implantation in the uterus.

Day 22: heart begins to beat with the child's own blood, often a different type than the mothers'.

Week 3: By the end of third week the child's backbone spinal column and nervous system are forming. The liver, kidneys and intestines begin to take shape.

Week 4: By the end of week four the child is ten thousand times larger than the fertilized egg.

Week 5: Eyes, legs, and hands begin to develop.

Week 6: Brain waves are detectable; mouth and lips are present; fingernails are forming.

Week 7: Eyelids, and toes form, nose distinct. The baby is kicking and swimming.

Week 8: Every organ is in place, bones begin to replace cartilage, and fingerprints begin to form. By the 8th week the baby can begin to hear.


Click photo to enlarge

Weeks 9 and 10: Teeth begin to form, fingernails develop. The baby can turn his head, and frown. The baby can hiccup.

Weeks 10 and 11: The baby can "breathe" amniotic fluid and urinate. Week 11 the baby can grasp objects placed in its hand; all organ systems are functioning. The baby has a skeletal structure, nerves, and circulation.




Week 12: The baby has all of the parts necessary to experience pain, including nerves, spinal cord, and thalamus. Vocal cords are complete. The baby can suck its thumb.

Week 14: At this age, the heart pumps several quarts of blood through the body every day.

Week 15: The baby has an adult's taste buds.

Month 4: Bone Marrow is now beginning to form. The heart is pumping 25 quarts of blood a day. By the end of month 4 the baby will be 8-10 inches in length and will weigh up to half a pound.

Week 17: The baby can have dream (REM) sleep.

Week 19: Babies can routinely be saved at 21 to 22 weeks after fertilization, and sometimes they can be saved even younger.



Click photo to enlarge

Week 20: The earliest stage at which Partial birth abortions are performed. At 20 weeks the baby recognizes its' mothers voice.


Click photo to enlarge

Months 5 and 6: The baby practices breathing by inhaling amniotic fluid into its developing lungs. The baby will grasp at the umbilical cord when it feels it. Most mothers feel an increase in movement, kicking, and hiccups from the baby. Oil and sweat glands are now functioning. The baby is now twelve inches long or more, and weighs up to one and a half pounds.

Months 7 through 9: Eyeteeth are present. The baby opens and closes his eyes. The baby is using four of the five senses (vision, hearing, taste, and touch.) He knows the difference between waking and sleeping, and can relate to the moods of the mother. The baby's skin begins to thicken, and a layer of fat is produced and stored beneath the skin. Antibodies are built up, and the baby's heart begins to pump 300 gallons of blood per day. Approximately one week before the birth the baby stops growing, and "drops" usually head down into the pelvic cavity.


Di ambil atau di copy dan kemudian di paste dari sini : http://www.nrlc.org/abortion/facts/fetaldevelopment.html

Saturday, February 23, 2008

Penyambung Impian aku yang dah lama musnah ...


Mereka sahaja yang dapat meneruskan cita-cita aku untuk berjaya dalam bidang yang pernah aku ceburi dulu, suatu ketika dahulu, yup .. sapa lagi kalau bukan anak-anak aku .. anak-anak aku yang akan lakukannya...
Ini semua kisah lama ... cerita lama mengenai aku dan aktiviti lasak dan penuh adengan ganas yang telah aku kuburkan menjadi sejarah hidup aku yang penuh nostalgic. Satu masa dahulu aku selalu beraksi di gelanggang. Aku tahu aku tak pernah menjadi juara sesuatu pertandingan pun.. aku akan gugup bila aku mengetahu aku akan bertemu lawan yang sama hebat dengan aku ... setiap kali pertandingan untuk menentukan siapa juara dan naib juara.. aku lebih bertindak untuk tidak mahu beraksi dengan sepenuh hati.. darah aku akan menjadi beku.. aku jadi tikus yang takutkan kucing... akhirnya aku akan kalah dalam pertandingan akhir dan hanya akan bergelar naib juara... dan kali ini aku akan pastikan anak-anak aku akan sentiasa di tingat teratas..

Friday, February 22, 2008

Demam Pilihan raya ...

Lama sudah tak menjengah Blog. Demam pilihanraya semakin menjadi-jadi... demam aku pun semakin menggila... tekak aku pun dah semakin meloya mendengar cerita-cerita dongeng di akhbar-akhbar dan media-media elektronik yang keluar membuak-buak. Sana-sini terdengar masing-masing memuji dan mengeji party-party pilihan mereka. Ada yang bersungut, ada yang tak puas hati dan macam-macam kerenah ada disini sana. Kedai-kedai kopi , di surau, di mesjid, office, shopping kompleks, rata-rata topic perbualan adalah pilihan raya...
Tambahan pulak sekarang nih dunia Malaysia semakin panas dengan keputusan Pak Lah mengenengahkan muka-muka baru dan menyimpan mereka-mereka yang sudah lama dan kurang upaya untuk melakonkan watak-watak telus, iklas, baik, jujur, bersimpati, bertimbang rasa sebagai wakil-wakil rakyat...
Terus terang aku katakan .. aku betul-betul bosan dengan berita-berita yang hanya berpihak kepada sebelah pihak sahaja.. berita puji-pujian yang berat sebelah terus-menerus menusuk ke lubang telinga aku .. dan apa yang sungguh lagi membosankan adalah .. janji-janji manis yang terus-menerus membelai mendayu-dayu cuba untuk memujuk para pengundi... aku sudah lali dengan pujuk rayu ini.. janjian jutaan ringgit di lafaz untuk kemudahan rakyat.. kata mereka. Kat sana janjian kerajaan atas projek bernilai sepuluh juta.. kemudian disana projek bernilai 50 juta.. di sana lagi 20 juta pulak ... merata tempat akan dijalankan projek berjuta-juta ringgit.. kekadang aku turut bertanya.. begitu kayakah Malaysia ini sehingga merata-rata bumi Malaysia ini akan wujud projek berjuta-juta... sekarang ni dimerata tempat di adakan majlis pecah tanah, majlis meletakkan batu asas, majlis itu majlis ini.. yang entah zaman bila akan mula projek sebanarnya akan di jalankan ... aku bosan dengan janji-janji manis ini..
Tolonglah semua bangun dan berfikir.. buat sedikit kajian.. gunakan otak anda yang Allah berikan untuk menilai .. cukuplah kita dijajah pada zaman dahulu kala.. minda kita perlu terbuka dan perlu mula berfikir mana yang realistic mana yang hanya lakonan semata-mata.. jangan hanya bergantung pada media-media kerajaan sahaja.. celikkan minda anda, bukalah mata luas-luas agar keadilan di kecapi semua...
Bagi aku 8 haribulan ini adalah penentu ... jangan salah pangkah ..ubah sebelum parah...

Friday, February 15, 2008

Mencanting Batik

Pergi lihat aktiviti mencanting batik kat Kelantan. Baru aku tahu ada pusat mencanting batik kat depan rumah mak mertua aku ...saja pergi sekadar ingin tahu proses pencantingan batik .. memang menarik dan kreatif...

Hanya Di Kelantan Part II

Pergh caya laa.. biar betul.. iyer ker barang kemas dijual lambak macam jual ikan jer nih . sapa nak tahu pergi sendiri ke Kelantan. Korang mesti terkejut.. betul ke tidak gua no komen pergi dan lihat sendiri ..

Thursday, February 14, 2008

Jangan Salah Pangkah ....

Semalam baru jer kecoh pasal Pak Lah yang telah membubarkan parliment setelah degan terang-terangan menafikan pembubaran parliment pada malam semalamnya (cuba baca berita penuh). Tetiba pukul 12 tengah hari tuh Pak Lah dengan tak berapa rasa malu dan bersalah dengan kata-katanya semalam telah membubarkan parlimen pada 13 February 2008.
Dan hari nih pulak SPR baru sahaja mengumumkan bahawa tarikh pilihanraya ke 12 jatuh pada 8 Mac 2008. Manakala tarikh penamaan calon ialah pada 24 Febuari 2008. Lebih kurang dua minggu tempoh berkempen selepas hari penamaan calon.

Aku sudah tiada .. aku mungkin berubah untuk sementara waktu ...

Jangan terkejut ... untuk beberapa bulan akan datang nih aku akan cuba untuk bersikap lebih baik.. hidup aku sekarang perlukan perubahan untuk beberapa bulan .. yea ...hanya beberapa bulan sahaja.... kenapa..??? mungkin terlalu awal untuk aku nyatakan sebabnya .. tapi yang penting mulai dari sekarang aku akan cuba untuk melakukan hanya perkara-perkara yang terbaik sahaja... aku yang sedia adanya seperti sekarang ini akan berhenti untuk seketika.. aku akan bercuti dari segala benda keji, segala benda jahat ... mungkin untuk beberapa bulan ini tidak akan ada lagi maki hamun dalam blog nih.. tidak ada caci maki, tidak ada umpat mengumpat, tidak ada keji mengeji dan tidak akan ada lagi sumpah seranah yang akan menyulami blog ini dan pendek kata hanya perkataan puji-pujian sahaja akan dilafazkan dalam blog ini untuk sementara waktu .. sampai bila...?? aku kira tak lama .. mungkin sampai akhir tahun ini .. itu pun sudah cukup lama bagi aku untuk berubah dan belakon jadi baik ... jangan risau aku akan beri sebabnya nanti..yup.. suatu masa nanti ... bila aku betul-betul sudah bersedia untuk mengumumkannya .... tapi aku tahu apa yang aku lakukan ini hanya untuk yang terbaik ...

Wednesday, February 13, 2008

Bawak kerata bajak ...


Balik nih banyak yang aku dapat buat inilah kali pertama aku memandu kereta bajak nih.. dari kecik lagi aku teringin sangat nak mencuba.. aku suka tengok orang bawak kereta nih dulu.. at last cita-cita aku tercapai ... aku memandu sendiri kereta nih membersihkan tanah di depan rumah bapak mertua aku.. dibantu oleh suami aku... memula takut jugak tapi last-last it was a greate experience .. heheh ...

Tuesday, February 12, 2008

Iye ker Kelantan dah maju ???

Aku baru jer balik dari Kelantan rumah mak mertua aku... kali nih banyak jugak activity yang dapat aku buat sebab kali balik dengan tak ada apa-apa project besar-besaran...


Sampai saja kat kampung lepas makan.. kita org beramai-ramai ke Kota Bahru... satu-satunya pekan yang telah betul-betul membangun di Kelantan. Aku kagum dengan cerita mak mertua aku yang kata sekarang nih ada macam kat Kelantan.. baru-baru nih Tesco pun dah ada.. besar laa... kata mak mertua aku dengan penuh kagum... aku dengar dengar jer dengan menunjukkan muka penuh tumpuan. Tesco pulak kata hati aku... banyak sungguh pembangunan di Kelantan sekarang aku mula memikir... bukan itu sahaja.. aku baru tahu yang banyak Kolej-kolej swasta jugak akan dan telah di buka d Kelantan.. seperti Lim Kok Wing, TAR college, apa sudah jadi nih.. macam satu benda ajaib telah menyelubungi Kelantan...

Dan baru-baru aku diberitahu pulak yang KB Mall nih dah di nobatkan sebagai Pasaraya Terunggul di Malysia (kata mereka laa). Entah, aku tak tahu tang mana menariknya KB Mall tuh sehingga dapat mengalahkan pasar raya-pasar raya terkemuka seperti Lot 10, Isetan, Sogo, Mid Valley dan lain-lain... rrrr.. ke atau pihak pengadil tersilap letak nombor ... atau mungkin ini hanya pancingan-pancingan undi di Kelantan... anyway aku tetap kagum dengan KB Mall yang mempunyai pelbagai shop lots yang sama kelas seperti di KL... bak kata orang sudah mampu sebaris dengan pasaraya di Kuala Lumpur.

Aku memang betul-betul kagum kerana selama ini Kelantan hanya dikaitkan dengan kemunduran dan kemiskinan sahaja... nah kali nih anak-anak kelantan yang dah tak berapa nak mengaku org Kelantan (walaupun bila bercakap sah-sah bau budu) tuh pasti akan bangga dan tidak percaya bahawa negari mereka bukan laa seperti yang di gembar-gemburkan dalam akhbar dan Televisyen.


Banyak betul pembangunan yang bakal menyapa Kelantan. Begitu juga dengan segala macam pembaharuan yang akan dan telah di laksanakan di Kelantan dibawah pemerintahan Tuan Guru Nik Aziz. Kebanyakn sistem-sistem baru nih memang menguntungkan semua pihak .. segala-galanya untuk rakyat... tidak hanya memihak kepada orang-orang tertentu sahaja.. aku pun pelik dan kagum macam mana mereka boleh buat dan terpikir menestablishedkan system yang sebigini rupa sehingga dapat menggembirakan hati hampir semua pihak diKelantan. Contohnya sistem dinar emas yang aku sendiri haram tak tahu apa kebaikannya kalau tidak mengambil inasiatif sendiri untuk cuba mengembangkan minda aku dengan benda-benda seperti ini (cuba baca teks ucapan Tok Guru Nik Aziz tentang sistem dinar emas yang telah dilancarkan pada September 2006)
Bekas Perdana Menteri pun mencadangkan perkara yang sama dilakukan oleh negara-negara lain yang bernaung di bawah mana-mana kesepakatan antarabangsa, antaranya ASEAN dan OIC. Semasa menutup ‘Seminar Antarabangsa Dinar Emas Dalam Perdagangan Pelbagai Hala’ anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di Kuala Lumpur pada 23/10/2002, beliau menegaskan bahawa ‘penggunaan dinar emas akan membentuk sistem pembayaran dan perdagangan mata wang tersendiri yang melindungi negara Islam daripada rejim kewangan antarabangsa yang hanya memberi faedah kepada negara kaya dan berkuasa.’ [Utusan Malaysia 24/10/2002]. Hari ini kita melihat kerajaan Kelantan mula mengambil pendirian yang lebih kurang sama dengan Dr. Mahathir di dalam hal ini.
Untuk keterangan lebih lanjut mengenai ssistem dinar ini cuba pergi sini dan sini . Dan siri sistem dinar dari siri 1, siri 2, siri 3 siri 4 dan siri 5.
Banyak lagi sistem-sistem lain yang telah diperkenalkan di kelantan.. cuma aku masih lagi dalam proses memahami dan mencari.. kerana semua ini tidak akan dapat diperolehi melalui media-media kerajaan kita dan aku jugak terkejut dengan salah satu blog yang talk about Chinese in Kelantan check it out...

Friday, January 25, 2008

Jangan mengeluh dengan segala musibah ...

Aku suka dengan kata-kata Dr. Aidh' Abdullah Al-Qarni dalam buku dia La; Tahzan

" Jangan resah dengan musibah-musibah yang menimpa diri anda dan jangan mengeluh dengan kepedihan-kepedihan yang datang bertubi-tubi."

Dr Aidh ada sertakan hadith nabi

" Susungguhnya Allah jika mencintai suatu kaum maka Dia akan mendatangkan cubaan kepada mereka; dan sesapa rela dengan ujian itu maka dia akan memperolehi kerelaaNya, dan sesiapa yang membencinya maka dia akan memperolehi kebenciannya."

Swimming ...


Hmmm ... sekarang nih dah ada avtivity baru untuk aku dan anak anak ... swimming ... hehehe ... aku baru jumpa port baru untuk swimming... tapi kali nih kena bayor ... sebelum nih.. aku ngan family selalu pergi one of my hubby punya kawan punya appartment and .. belasah.. berenang sampai biru ... dah laahh free pas tuh memang tak ramai orang ... aku pun pelik jugak kenapa laa dia orng nih tak pergi berenang kat situ.. kan dia orang nih semua dah bayor maintenance untuk swim kat situ .. by the way thanks to my hubby friend yang bagi kita orang berenang kat situ... rrmmm boleh kata every week... tapi bila tetiba apartment tuh memang dah tak bagi outsiders dan hanya bukak weekdays.. kita orang jadi mati kutu... tak tahu nak pergi berenang kat mana, sampai satu hari tuh (masa aku hantar Nabilah gi Taekwondo) ada sorang kakak kata ada swimming class kat Putra Jaya... dan kalau sesapa nak pergi pun boleh...
so.. kita orang try.. pergh, memang best .... tak berapa ramai orang.. kebanyakan yang datang kat sini pun orang Melayu... jadinya tak ramai yang pakai seksi-seksi... ahaks

Actually kat sini ada banyak facilities yang disediakan. Disamping boleh berenang, korang boleh jugak masuk Gym... atau activity lain ... macam padang bola, dewan, bilik mesyuarat, bilik perbincangan, gelanggang badminton, ping pong, squash dan Auditorium. Semua bilik-bilik nih korang boleh booked misal kata korang nak buat any occasion dan peralatan dalam bilik-bilik ini pun korang boleh sewa macam audio system dia, kerusi ker meja ker .. anything laa... misal kata korang nak buat aerobik untuk orang pompuan sahaja pun korang boleh sewa tempat tuh. Kadar sewaan dia by hour....

Tempat : -
Persinct 16 belakang Alamanda. Nama glamour dia Kompleks Kejiranan Presint 16 - Putrajaya

Masa untuk berenang :
Sesi 1 - 9 pagi - 11 pagi
Sesi 2 - 1.00 tgh - 3 ptg (*Jumaat sesi 2 ni untuk wanita sahaja)
Sesi 3 - 5.00 ptg - 7 mlm
Sesi 4 - 8.00 mlm - 10 mlm
Masuk untuk kanak-kanak RM1.00 dewasa RM2.00
Ada jugak klam yang betul-betul rendah untuk bebudak main-main air. Yang ini kat luar kawasan kolam besar tuh.. free jer. Kalau datang just nak main-main air boleh laa gi kat situ jer..
Class swimming yang ada kat sini kalau tak salah aku laa kan dari pukul 3.00 ptg - 4.00 ptg untuk hari Ahad, hari Sabu pun ada jugak tapi aku dah lupa pukul berapa dan paling best instructor dia perempuan. Baju-baju renang yang menutup aurat jugak ada disediakan oleh jurulatih ini. Maksud aku korang kena beli sendiri laa... Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi sendiri Puan Latifah 017-2960238. Actually aku pun tak join class tuh, aku cuma pergi waktu pagi jer hari Ahad 9 -11 pagi.
So.. jom aa.. beramai-ramai memeriahkan keadaan...

Monday, January 21, 2008

Ke mana arah tuju Adi Putra ...

Adi Putra tak akan ke mana.. tambahan pula dia dilahirkan dari golongan Melayu yang berpendapatan sederhana... aku sendiri khuatir kemana arah tuju anak kecil yang genius dan berani ini... Adi Putra yang telah terserlah k'geniusan ini di abaikan begitu sahaja... kesian ... malah sebelum ini bukan Adi Putra sahaja yang mempunyai nasib sebegitu.. sebenarnya ada beberapa lagi insan pandai yang masih menagih simpati dan kemengertian dari pihak berkuasa dengan apa yang Allah telah kurniakan... suatu ketika dulu Malaysia telah dikejutkan dengan keluarga Malaysia yang mempunyai anak-anak genius.. Sufiah Farooqu yang telah berjaya menjadi ahli keluarga Oxford college dalam usianya baru berusia 12 tahun... dan masa itu kerajaan Malaysia beriya-iya mengatakan bahawa Sufiah dan keluarganya adalah warga negara Malaysia yang telah menempah nama sebagai pelajar terpintar dan mampu membolosi tembok University Oxford dengan sendirinya ... aku kagum dengan Sufiah dan keluarganya... tapi apa yang memalukan adalah kerajaan Malaysia yang langsung tidak pernah tahu kewujudan Sophea dan keluarganya dan langsung tidak menyumbang satu sen pun tentang keajaiban Sophea dengan jijiknya mmenumpang keajaiban yang dimiliki Sufiah ... apa ini juga akan terjadi dengan Adi Putra.. kerajaan Malaysia seolah-olah berlepas tangan dan hanya melihat kepintaran Adi terpadam.

Aku terkejut bila mengetahui nasib yang telah dilalui pleh Hadafi... aku sendiri tak pernah tahu tentang kewujudan insan-insan pintar selain dari Adi dan Sufiah Farooq... ramai lagi rakyat Malaysia yang mempunyai nasib sama seperti Adi, bezanya mereka yang lain-lain itu kaya, berkemampuan, berharta .. mereka mampu mnyekolahkan anak-anak mereka dengan sendiri tanpa bantuan kerajaan... dan hasilnya mereka benar-benar berjaya ... cuba anda baca cerita mengenai Chan Yoa Ban. Chan merupakan rakyat Malaysia dimana ibu bapa mereka telah menyekolahka anak mereka di rumah (home school) sehingga Mr Chan berjaya dalam hidupnya . Mr. Chan bernasib baik kerana dia mempunya ibu bapa yang berkemampuan dan juga memperolehi sokongan ramai manusia di luar sana (tentu sekali bukan Malaysia) yang betul-betul menghargai Mr Chan.
Begitu juga dengan Ainan Caleste Cawley yang mempunyai ibu apa yang sungguh supportive dan mampu bertindak sendiri tanpa bantuan dari kerajaan. dan beberapa orang lain seperti Loh Chang Shiung, anugerah-anugerah Allah yang amat berharga ini telah disokong dengan peralatan ataupun saluran yang betul oleh ibu bapa mereka dan orang ramai yang lebih memahami dan hasilnya mereka bagaikan cahaya yang memancar...

Tetapi malang bagi Adi dan Hadafi ... Yup Hadafi satu lagi mangsa malang yang kebijaksanan nya terbiar begitu sahaja.... Hadafi merupakan total failure pemerintahan Malaysia. Apa dah jadi dengan Hadafi.... dan kita tidak mahu lagi sindrom Hadafi berleluasa di Malaysia... sila lihat laporan mesyuarat Parlimen - page 69. Adi juga boleh jadi setaraf atau lebih baik dari mereka-mereka ini (Sufiah, Mr. Chan dan Ainan) tetapi dia tidak dilengkapi dengan peralatan dan saluran yang betul dan cukup.... insan ajaib inilah merupakan asset kerajaan yang paling penting.
Kerajaan perlu sedar bahawa asset paling penting ini perlu di supplykan dengan pelbagai peralatan dan saluran yang betul dan special.
Apa yang Malaysia perlu lakukan (which they will not) ialah Malaysia perlu adakan sebuah sekolah atau agency atau proggrame pendidikan atau apa-apa persatuan untuk Gifted Children macam nih. Banyak juga negara-negara yang telah menamalkan atau mempractickan Gifted Education ini dinegara-negara meraka supaya bakat dan pemberian paling berharga ini tidak disia-siakan .... Mungkin program ini bukan sahaja khas untuk kanak-kanak yang istimewa dan berbakat, tetapi kerajaan boleh juga mengasuh dan membentuk kanak -kanak untuk menjadi seorang yang genius dengan melihat dari segi individual development of the children itu sendiri... Allah telah jadikan makhluknya di muka bumi ini mempunyai keistemewaan mereka masing-masing.. cuma mungkin kita tidak sedari..

Thursday, January 17, 2008

Sausage dengan scramble egg and Bakes bean ..



Sausages
Telur
Baked beans

Sausages tuh goreng atau bakar... telur pukul macam nak buat telur dadar, masukkan sikit susu segar dan garam... tukar minyak dengan butter. Goreng dan hancur-hancurkan (scrambled). Buh sikit pepper. Susun sausage atas pinggan, buh telu tadi dan bukak tin baked bean letakkan sikit. Heheh .. senang dan nampak menarik kan ....

Wednesday, January 16, 2008

LAW of the GARBAGE TRUCK by David J. Pollay

Hmmmm .... Aku dapat e-mil pasal nih pagi tadi.. quit interesting jugak .... dan aku setuju ngan apa yang uncle nih kata ...

How often do you let other people's nonsense change your mood? Do you let a bad driver, rude waiter, curt boss, or an insensitive employee ruin your day? Unless you're the Terminator, for an instant you're probably set back on your heels.

However, the mark of a successful person is how quickly he/she can get back her focus on what's important.

Sixteen years ago I learned this lesson. I learned it in the back of a New York City taxi cab.

Here's what happened.

I hopped in a taxi, and we took off for Grand Central Station. We were driving in the right lane
when, all of a sudden, a black car jumped out of a parking space right in front of us. My taxi driver slammed on his breaks, skidded, and missed the other car's back end by just inches!

The driver of the other car, the guy who almost caused a big accident, whipped his head around and he started yelling bad words at us. My taxi driver just smiled and waved at the guy. And I mean he was friendly. So, I said, 'Why did you just do that? This guy almost ruined your car and sent us to the hospital!'

And this is when my taxi driver told me what I now call, 'The Law of the Garbage Truck. Many people are like garbage trucks. They run around full of garbage, full of frustration, full of anger, and full of disappointment. As their garbage piles up, they need a place to dump it. And if you let them, they'll dump it on you. When someone wants to dump on you, don't take it personally. You just smile, wave, wish them well, and move on. You'll be happy you did.

So this was it: The 'Law of the Garbage Truck.' I started thinking, how often do I let Garbage Trucks run right over me? And how often do I take their garbage and spread it to other people: at work, at home, on the streets? It was that day I said, I'm not going to do it anymore.' I began to see garbage trucks. I see the load they're carrying. I see them coming to drop it off. And like my Taxi Driver, I don't make it a personal thing; I just smile, wave, wish them well, and I move on.

One of my favorite football players of all time, Walter Payton, did this every day on the football
field. He would jump up as quickly as he hit the ground after being tackled. He never dwelled
on a hit. Payton was ready to make the next play his best.

Good leaders know they have to be ready for their next meeting. Good parents know that they have to welcome their children home from school with hugs and kisses.

Teachers and parents know that they have to be fully present, and at their best for the people
they care about.

The bottom line is that successful people do not let Garbage Trucks take over their day. What
about you? What would happen in your life, starting today, if you let more garbage trucks pass you by?

Here's my bet.
You'll be happier.
So.. Love the people who treat you right.
Pray for the ones who don't.
Believe that everything happens for a reason.
If you get a chance, TAKE IT!
If it changes your life, LET IT!
Nobody said it would be easy...
They just promised it would be worth it!

Menu Sarapan Pagi ...

Sejak-sejak anak dah masuk sekolah nih ... aku duk tiap-tiap hari pikir resepi untuk breakfast... pening jugak nak reka makanan-makanan yang bebudak boleh makan pagi-pagi buta nih ...
Post kali nih aku nak cuba tolong ibu-ibu yang berkerjaya dan sama senasib cam aku . Yang sentiasa sibuk berlari kesana kesini... kesuntukan masa tapi still mahu buat yang terbaik untuk keluarga..

Kalau nak senang biasanya dalam seminggu tuh mesti ada sekali atau dua kali menu cerial atau bijirin sarapan pagi ... macam koko crunch, honey star dengan fresh milk.. biasanya budak-budak memang suka.. bapak budak kalau tak suka suruh dia carik makan sendirik kat office nanti... "masakan"nih adalah masakan paling senang ... boleh di kreatif dengan letakkan potongan buah-buahan dan dengan itu dalam seminggu kita adalah masa yang lebih untuk tidur..

Biasanya masakan-masakan Mat Salleh paling senang... Nugget, Sausage, burger, kentang goreng (fries).. kalau rasa-rasa dah terbangun lambat keluarkan dalam peti ais dan goreng jer... boleh pelbagaikan dengan buh telur goreng ker ... atau buh kacang panggang ker atau buh roti bakar supaya lebih creative ...

Roti ... biasanya mesti ada kawan dia .... cam kalau letak sardine dah jadi sandwish sardine ... boleh jadi sandwish tuna, boleh jadi sandwish telur - sandwish telur plak boleh jadi sandwish telur rebus ngan mayo.. atau sandwish telur goreng... atau roti celup telur ... atau roti tuh boleh bakar kosong jer atau sapu sikit butter, jem, kaya, garlic butter... atau sandwish ayam ngan mayo (chicken mayo) pandai-pandai sendiri laaa...

Makanan segera dalam kotak atau dalam tin.. macam Mashroom Soup... maggie (sekali-sekala)... dan sekarang ada berjenis-jenis.. ada Chicken soup... Chicken soup with pasta .. dan entah apa-apa lagi ... ramai orang kata tak berapa bagus tapi bagi aku kalau sekali-sekala tak da hal punya laaa ...

Kuih tradisional ... tapi budak-budak sekarang nih tak berapa suka .. tak macam kita dedolu... ada kuih kaswi, kuih ketayap, jejemput (pisang, ikan bilis, bawang), kuih talam, kuih rumah tingkat dan entah apa-apa lagi kuih... Kebanyakan kuih nih boleh buat pada malam tuh.. senang jer ... macam kuih kaswi... bancuh-bancuh.. buh dalam loyang.. kukus... esok tinggal nak potong jer ..

Lagi ada makanan instant yang sedikit tradisional... macam donut, kuih pau, cucur badak, karipap, samosa, roti canai... dll.. semua nih kita cuma goreng ataupun kukuskan jer balik... senang kan...

Makanan yang sedikit complicated.. macam mee/nasik/bubur... nih boleh laa senaraikan untuk sebulan sekali... macam nasik lemak (sambal boleh buat hujung minggu - bekukan dan bila nak makan masuk jer dalam microwave), mee/meehoon/kuetiow goreng, nasik goreng (yg nih mudah sikit), mee/meehoon sup, spagethi goreng/spagheti bolognese (kuah boleh masak bebanyak masa hujung minggu - nak pakai perangat jer), nasik kerabu, nasik dagang... (adush .. kategory 2 - 3 tahun sekali ....leceh bib)

Sarapan ubi.. Kalau kat kedai korang ada jual ubi boleh buat ubi rebus cicah sambal tumis ikan bilis (sambal ikan bilis nasik lemak tuh buat lebih sikit), cicah madu, cicah kelapa campur garam atau kelapa campur dengan gula melaka, cicah manisan... sedap tuh ...

Pulut ... boleh jer buat pulut inti, pulut kuning dengan rendang (rendang masa raya yg dah dibekukan), pulut ngan ikan masin...

Telur ... boleh buat scramble egg, telur separuh masak ... telur goreng ngan ayam / sayur campur.. telur dadar buh sikit fresh milk...

Last sekali kalau dan malas atau betul-betul tak sempat tuh .. amik kunci keta .. gi aa kat warung-warung yang berhampiran... beli apa yang patut.. balik umah perangatkan terus boleh makan...

Nanti kalau ada masa aku post kan menu yg lengkap untuk breakfast-breakfast nih...

Thursday, January 10, 2008

Lagi Budak Hilang ..


Episode-episode sedih Nurin masih lagi terbayang .. aku rasa terlalu baru melihat kesedihan keluarga Jazimin ... Malaysia dikejutkan lagi dengan berita kehilangan Nini pulak ... adush .. berat sungguh hati aku bila melihat gambar-gambar adik Nini dan keluarga meraih simpati dan bantuan orang ramai untuk mencari gadis kecil ini....

Aku sendiri terasa teramat malu bila kejadian yang sama berlaku berulang kali tanpa ada jalan penyelesaian... lama aku tidak melihat apa-apa progress di dada akhbar menceritakan kisah penculikan Nurin nih ... dan siri-siri penyiasatan Nurin telah seakan-akan di hentikan, sehingga semalam berita mengenai kehilangan adik Niny menyusul, barulah pihak tertentu kembali bersemangat dan meraba-raba semula kes yang sudah hampir 4 bulan senyap ini ...
Bagi kami, kami tidak pernah sekali-kali lupa akan tragedi menimpa adik Nurin...

Bukan hasrat aku nak salahkan sesiapa.. tetapi sebagai rakyat Malaysia nih.. aku sendiri terasa tercabar dengan kes-kes kehilangan kanak-kanak nih.. semakin hari semakin berleluasa ... semakin lama semakin berani... berita kehilangan kanak-kanak sudah menjadi berita yang acap kali kita dengari ... maaf ... aku memang tidak arif dalam bidang penyiasatan nih.. jadi bukan tugas aku untuk memberi ulasan bagaimana sepatutnya kes ini diselesaikan ....
Mungkin pihak berkuasa sendiri sudah mati akal.. atau pihak berkuasa sibuk dengan kes-kes yang lebih besar sehingga terlepas pandang dengan kes ini ... atau pihak berkuasa sudah tidak mampu atau layak membantu .. atau kes ini bukan kes besar yang perlu penelitian yang sewajarnya... entah aku tak berani memberi komen.. di khuatiri komen aku salah .. apa yang aku khuatiri sekarang ini berapa ramai lagi kanak-kanak yang akan menjadi mangsa...
Bukan masa untuk menyalahkan sesiapa sekarang nih.. mungkin apa yang kita boleh buat ialah bersama-sama mencari yup.. sama-sama mencari ... cukuplah selama ini kita hanya berharap kepada pihak berkuasa ... dan kita sudah tahu.. usaha itu memang tidak beroleh apa-apa kejayaan ... lessons learned ... make sure the same mistake will not repated in future .... cukup lah jangan biar sejarah berulang lagi...sedetik kita lambat nyawa adik Niny dalam bahaya .... sesiapa yang mampu mungkin boleh sama-sama turun kepadang mencari dan membantu..
Marilah kita sama-sama berdoa agar adik Niny selamat dikembalikan....

Tuesday, January 8, 2008

The Punisher

Hmmmm.. movie nih memang movie lama, tapi aku baru jer tengok hari tuh... bukan apa, sekarang nih dah ada port untuk pinjam DVD atu CD .. murah tuh... satu CD / DVD 3 hengget jer... untuk 2 hari 1 malam.. kalau cite tuh dah lama sikit 2 hengget jer .. lepas tengok .. boleh copy... so.. korang jangan terkejut kalau korang nampak aku rambut sudah tukar colour-colour merah hijau biru.. jual CD kat pasar malam satu hari nanti...

Ok sambung pasal The Punisher... citer nih memang best, dia mulakan citer dengan FBI agent Frank Castle yang tengah dengan jayanya menyelesaikan satu kes besar sebelum dia bersara dan cuba ingin memulakan hidup baru bersama isteri dan anak lelaki dia ... masa kes nih laa... dia dan pasukan dia telah menembak salah seorang anak seorang penjahat yang paling hebat kat negara tuh ... rrr.. lakonan John Travolta. Anak penjahat nih nak jadikan citer mati. John Travolta memang sedih atas kematian anak kesayangan dia tuh... dia dan isteri dia pun nak balas dendam atas kematian anak dia nih ... pergh.... ha lepas nih baru satart citer sebenar ...
Cerita nih bermula bila Frank Castle buat party kat rumah dia dan jemput semua ahli keluarganya dari mak ayah atuk nenek kaum kerabat semua datang. Dan John travolta telah mengarahkan orang-orangnya untuk melenyapkan kesemua keluarga Castle. Masa nih laa aku rasa part paling best bila Castle nampak dengan mata kepala sendiri ahli keluarganya dibunuh satu persatu... dan paling sedih bila dia cuba selamatkan anak dan isteri dia yang sedang melarikan diri.. dia orang kena langgar hidup-hidup tuh bib ...bila Castle sampai kat situ dia cuma nampak mayak anak dan isteri dia terbaring .... masa nih memang sedih ...
Castle yang disangka mati, telah bangun semula dan wanted to punish the murderers of his family. Dia kata apa yang dilakukan bukan atas dasar balas dendan tapi untuk mengajar (to punish orang jahat tuh ...Di sinilah cerita bermula... bila dia telah dengan penuh liciknya mengaturkan kesemua pembunuhan. Castle telah merancang bahawa kesemua pembunuhan itu akn dilakukan sendiri oleh John Travolta. Dia telah dengan sendirinya membunuh kesemua orang-orang yang dia percayai.. seperti isterinya sendiri dan kawan baiknya ...
Citer nih penuh dengan dendam tapi memang kesian bagi Castle tuh... hidup dia punah, musnah, hancur bila kesemua orang tersayang dia mati...

Monday, January 7, 2008

Pendidikan Percuma ... ada ker kat Malaysia nih ???

Ok Ok... aku tipu kalau aku tak amik pot dengan kekalutan pasal Yuran sekolah walaupun baru tahun nih anak aku ke sekolah... isu yuran sekolah nih dari awal lagi aku dah rasa tipu... kerajaan tak akan lakukan sesuatu yang merugikan pihak dia orang cam tuh jer ... aku tak kisah kalau apa dia orang nak kata, tapi aku kecewa bila apa yang dia orang kata tidak seperti yang dia orang lakukan .. (tapi benda tuh dah biasa....)

Aku masih ingat lagi kata-kata menteri pendidikan yang telah menawarkan satu PENDIDIDKAN PERCUMA (cuba klick dan baca sendiri) bagi semua pelajar diMalaysia... Malah dalam bajet 2008 juga ada mennyebut bahawa Malaysia adalah salah satu negara yang mengamalkan dasar pendidikan percuma kepada rakyatnya dengan pemansuhan yuran sekolah untuk sekolah rendah dan menengah.

“Langkah ini adalah ke arah pendidikan 100 peratus percuma,” katanya semasa membentangkan Bajet 2008 bertemakan Bersama Membina Negara dan Menikmati Kemakmuran di Parlimen di sini, hari ini (Utusan Malaysia Online).

Hehe... yuran sekolah tuh sebenarnya berapa sen sangat lee... yang dimansuhkan... aku tak nak komen pasal pembayaran cuma kalau korang teliti semula semua ulasan-ulasan orang yang tertentu pasti sama sekali tidak sama dengan apa yang terjadi.. yang berhormat.. rakyat Malaysia sekarang sudah semakin cerdik sudah tidak boleh di pusing-pusing dan diputar belitkan lagi.. kami sudah tahu mana yang betul dan yang mana yang berbau busuk ... tolong jangan ucapkan statement statement yang berunsur penipuan nih lagi ... cuba bercakap benar dan mungkin kami boleh terima apa yang cuba disampaikan.. (aku tetap tak boleh terima).

Sebenarnya aku memang tak salahkan sekolah atau penambahan yuran nih.. sebab sekolah sebenarnya cuba untuk lakukan yang terbaik untuk ibu bapa dan anak-anak didik mereka. Aku hari tuh pun dengan paksa rela bayar jer yuran tambahan yang dikenakan oleh sekolah... Tapi masalahnya kenapa kerajaan tidak memperutukan wang yang cukup untuk segala kemudahan di sekolah-sekolah... Sepatutnya government perlu peka dengan segala apa keperluan sekolah dan pelajar... ini adalah tugas kamu ... tolong sediakan peruntukan yang sewajarnya untuk pendidikan anak-anak kami...

"Abdullah berkata, bagi memperkasakan sekolah rendah dan menengah, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM30 bilion untuk Kementerian Pelajaran bagi menjayakan usaha menghasilkan modal insan berkualiti."

30 bilion ...??? aku tak tahu betul atau tak tapi walau berapa pun yang dilafazkan itu tidak terdapat dalam baget 2008 hari tuh.. peruntukan-peruntukan lain ada. Mungkin kerajaan kita lebih berminat dalam hal-ehwal lain macam yang Dr nih tulis.. korang baca aa sendiri nanti yek ...
Bagi aku... kita sepatutnya contohi negara-negara lain seperti di Jerman, Brunei, Jepun, US yang betul-betul menitik beratkan pembelajaran dalam sistem kerajaan. Sekolah-sekolah di negara-negara ini adalah percuma.. ada pulak elaun kepada ibubapa yang telah menyekolahkan anak-anak mereka untuk kemudahan mereka belajar. Even di peringkat universiti sekali pun kerajaan-kerajan mereka masih sanggup membiayai penuh pendidikan mereka. dan tahap pendidikan mereka memang tahp pendidkan yang memntingkan kemahiran dan kepakaran. Begitu juga para guru.. mereka terdiri dari golongan professional yang mana mereka adalah golongan yang mempunyai gaji teringgi.. dan hanya yang terbaik sahaja yang akan dipilih menjadi guru. Contohnya di Jepun, guru-guru akan menjalani pelbagai peperiksaan untuk menjadi seorang guru. Mereka akan betul-betul ditapis untuk hanya memperolehi guru yang betul-betul bagus dan terbaik. Tidak seperti di Malaysia. gaji guru cukup-cukup makan jer.. dah laa tuh .. jadi cikgu adalah the last choice.. kalau tak dapat cari kerja lain baru laa terpaksa jadi cikgu.. dan hasilnya guru-guru yang paksa rela dan mengajar ala kadar jer ... aku sedih betul dengan sistem pendidikan negara kita nih ... mungkin kerajaan boleh mengambil iktibar dan belajar dari negara-negara ini. Tapi itu semua bergantung kepada keikhlasan pihak kerajaan sendiri...
Cuba baca nih.. aku betul-betul tertarik dengan ulasan yang dia bagi (click dan baca blog nih.. ada banyak lagi post dia yang best) blog nih banyak membuka mata aku bagaimana kita yang tak berapa cerdik (tapi bukan bodoh) telah tertipu dengan ketidak pandaian kita sendiri. Tapi aku rasa Malaysian sekarang sudah lebih bijak berfikir dan mengkaji sendiri mana yang betul, mana yang tipu.. mana yang baik dan mana yang tidak sepatutnya terjadi ..

Cuna baca nih plak ... Koleksi Berita Isu yuran Sekolah

Sendiri pikir laaa.. cakap pun tak guna jugak ...

Friday, January 4, 2008

First Day at School ...



Semalam hari pertama Nabilah masuk sekolah kebangsaan.. dan macam biasa sapa yang mengelabah ...??? akulerr mak dia ... adush ... Nabilah ok jer... Excited giler dia ... Pasal kawan baru ... memang aku tak pernah risau... communication skill dia memang excellent... dia memang senang dapat kawan baru .. dan member masa Montessori pun dah ada ramai cuma tak ramai yang satu kelas dengan dia .. .First day nih pun dia dah boleh buat cam rumah sendiri jer ... berlari kesana kesini... dah tak nampak dah mak ngan abah dia yang gubra semacam ... maklumlah.. anak pertama masuk sekolah ...
Aku.. macam semua mak ayah kat luar sana... harapan memang tinggi menggunung untuk anak aku.. Semoga dia menjadi seorang yang berguna dunia dan akhirat. Berjaya dan cemerlang dalam apa sahaja yang dia lakukan ...

Tuesday, January 1, 2008

Mee Kung Fu .. haaiyyaa...



Hmmm ... pagi tadi masak mee kungfu.. dah lama sangat aku tak masak... resepi nih pun aku main belasah jer .. oleh kerana dari college lagi aku dah memang suka sangat makan mee kungfu nih.. so .. aku try buat .. dan resepi dia seperti biasa aku main belasah jer... entah aku rasa macam ok jer .. sedap...

Untuk Mee
Mee kuning
Kicap manis (masin pun boleh jer)

Untuk Kuah
Dalam 1/2 inci halia (sikit jer)
dalam 5 - 7 bijik bawang putih (agak-agak aaa kan)
ayam, sotong, udang ikut suka
fish ball
Putik jagung
Carrot
1 kiub ayam
telur 1 - 2 bijik
Lada putih / lada sulah (pepper)
1 sudu tepung jagung

Memula tumbuk / blend halia dan bawang putih. Tumis macam biasa. Pas tuh masukkan ayam, sotong, udang dan fish ball. Masukkan air dan masukkan semua sayur yang di potong (potong ikut suka aaa) dan kiub ayam. Tunggu sampai semua lauk pauk tadi masak dan masukkan sayur. Bila sayur dah masak, masukkan telur kacau. Bila dah semua dah masak, masukkan tepung jagung yang dah dibancuh untuk pekatkan dia. Bubuh sikit lada putih. Kalau ada minyak bijan bubuh 2 - 3 titik... jangan banyak nanti memang tak sedap.
Mee pulak lepas basuh gaulkan dengan kicap. Panaskan minyak dan goreng mee tadi. Goreng cam tuh jer... tak yah buh garam ke apa ker ...

Cili jeruk.



Potong cili hijau
bubuh air panas jangan banyak sangat, sekadar nak celurkan dia jer... sikit jer tau.. Air panas tadi tak yah buang campurkan sekali dengan cuka, garam dan gula. Kalau korang makan ajinomoto.. buh aa sikit.




Cili api potong kicap...



Potong cili api hijau tuh... bih air panas sikit jer. Buh minyak bijan dalam 2 titik. Buh kicap. Seeloknya kicap manis tapi kicap masin pun boleh... dah siap...





Cara menghidang... buh mee dan buh kuah yang tengah panas-panas tuh atas dia... cili tadi bubuh aa dalam bekas kecik supaya sapa yang nak pedas boleh makan. Mudah jer kan dan semua orang boleh makan budak kecik pun boleh makan sebab tak pedas langsung.