Tuesday, December 21, 2010

Hijab Style

Dalam aku tengah mencari cari fesyen apa nak pakai untuk family day this weekend.. aku terserempak ngan satu website minah arab yang penuh dengan desingn baju baju dan cara cara mengikat tudung cara mereka... apa yang menarik dengan website nih .. macam macam benda ada.. cara cara nak make up (Arab style) design baju baju modern, jubah jubah yang sangat cantik dan macam macam laaaa ...
So sesapa yang baru nak berjinak jinak menyarungkan tudung mungkin boleh singgah ke website nih untuk cari idea... perlu di ingatkan ada sesetengah tudung tudung mereka yang tidak mengikut syarak syarak menutup aurat sepenuhnya .. jasi pandai pandai laa menilai yang mana elok dan tidak (terpaksa bagi amaran nanti korang babitkan nama aku plak sekali kat akhirat)

Hijabstyle (click jer kat sini)

Wednesday, December 15, 2010

Sesungguhnya perempuan yang baik hanya untu lelaki yang baik

Semalam pegi ceramah mingguan Dr Fatma Zahra .. kali nih Surah An-Nur. Ustazah kata surah nih antara surah yang paling penting especially untuk perempuan ...

Surah An Nur bilangan ayatnya sebanyak 61
semuanya diturunkan di madinah dan mempunyai hubungan dengan surah sebelumnya iaitu surah al mukminun

Surah An Nur ayat 1 :

Inilah surah, telah Kami turunkan dan Kami tetapkan segala hukum-hukum di dalamnya, dan Kami turunkan beberapa ayat yang terdang di dalamnya, mudah-mudahan kamu mendapat peringatan.

Huraian - ALlah menurunkan surah ini sebgai kurnia kepada hamba-hambaNya , kerana dia mengandungi beberapa hukum dan perintah yang dibebankan kepada mereka. serta diberInya pula ayat-ayat yang terang iaitu bukti dan keterangan mengenai perkara mentauhidkan ALlah yang sukar ditolak. Yang demikian itu supaya menjadi peringatan iaitu persiapan bagi diri mereka atau pengajaran yang mereka amalkan agar dapat hidup bahagia di dunia dan di akhirat.

Jika mereka mengetahui akan hukum-hukum tersebut dapatlah mereka mengenal ALlah yang membolehkan mereka patuh kepada perintah ALlah dan menyedari bahawa mereka tidak lain hanya sebagai hamba-hambaNya yang akan dikira segala amal baik sedikit mahupun banyak.

Dan apabila hal ini telah terlaksana, maka akan menjadi teraturlah urusan hidup baik dari individu mahupun masyarakat dan akan menhgasilkan manusia dapat hidup dalam suasana aman dan tenteram.

Sila click sini untuk membaca keseluruhan tafsir ayat An-Nurr ...


Apa yang lebih menarik Dr Fatma banyak menyentuh hal ehwal perwatakan dan cara pemakain kaum muslimat sekarang ini .. bebaju tapi berbogel .. tutup tapi terbuka ... dan bagaimana cara prang orang Yahudi menyerap masuk kedalam hati sanubari kita ...
Tapi apa yang lebih terkesan kat hati ini .. ialah kata kata Dr fatma..

"Sesungguhnya perempuan yang baik hanya untu lelaki yang baik" sekiranya sesuatu masalah itu muncul dalam rumah tangga .. katanya muhasabahlah diri kita sendiri terlebih dahulu .. adakah kita sudah cukup baik untuk mendapat dan mengharapkan yang terbaik dari pasangan kita ... dan sekiranya kita rasa pasangan kita tidak seperti yang kita harapkan, maka kita perlu ubah diri kita dahulu sebelum kita harapkan perubahan dari mereka... kata uztazah lagi  .. Allah maha adil .. Dia tidak akan menyeksa umatnya ... segala apa yang baik itu sekejap atau lama akan menjadi milik kita jugak ... sesungguhnya segala apa permasalahan itu adalah ujian atau pun balasan untuk kita kerana di sebalik itu sesungguhnya ada rahmat yang amat besar .... fikir fikirkan lah ....

Monday, December 13, 2010

Mengindam nak jungle trekking, mountain climbing and camping ....

Lama jugak tak masuk hutan .. semalam bila tengok anak anak aku dan anak neighbour camping (kat depan rumah neighbour). Terasa betul nak ikut serta dalam mana mana operasi trecking yang entah berapa lama aku tinggal ... kalau kaki aku tak patah 12 tahun dulu mungkin semua gunung gunung kat Malaysia aku takluki ... aku tengah cari kekuatan semula untuk involve balik dalam jungle tracking .. cuma mampu atau tidak ...
Tadi terbuka pulak web site nih perghhhh ... melelh air liur aku tengok water fall nih semua ... arghhhh ...

Water Falls In Malaysia

Saturday, December 11, 2010

35 tahun

Terima kasih Tuhan kerana memberi aku rahmat yang tidak terhingga sehingga aku masih lagi di sini .. hari ini ... pada usia yang ke 35 tahun ...
Pada mak dan ayah ... terima kasih atas segala pengorbanan aku dan membesarkan aku sehingga sekarang ...
Suami dan anak anak .. terima kasih atas kehadiran kamu sebagai pelengkap kehidupan aku di muka bumi ini ...
Abang kakak dan semua ahli keluarga dan juga rakan rakan .. terima kasih juga atas segala galanya .... atas doa dan ucapan birthday yang tidak putus putus...

Sunday, November 28, 2010

Weekend yang memenatkan ...

Weekend baru nih sememangnya hectic dan exhausted betul ... pagi pagi Isnin dah nak kena pegi Sekolah Kebangsaan .. Nayli ada Orientation Day .. sekali dengan placement test. Mak aku pun ikut sekali kebetulan mereka ada di rumah aku untuk sama sama menyaksikan Graduation Day adik Nayli. Dari pagi sampai laa pukul 12:30 kita orang berada kat sekolah tuh .. Nayli amik exam for 2 hours .. sementara para ibu bapa menyelesaikan segala urusan kemasukan ke Darjah satu .. taklimat ringkas juga di berikan kepada para ibu bapa.. dan sebagai penutupnya .. QA session ...

Pagi tu dalam pukul 6:00 pagi aku memang betul betul terkejut .. Aku baru aja nak kejutkan dia untuk bangun bersiap dan sembahyang subuh rupa rupanya .. dia bangun awal untuk menyambung ulangkaji nya untuyk Placement Test pagi itu.. terharu jugak aku ..

Pukul 7:00 aku terus ke sekolah .. Nayli .. hmmm.. dah tak hengat kat mak ayah dia dah .. asyik dengan kengkawan dia aja. tambahan pulak kesemua kawan kawannya merupakan kawan kawan dia semasa di Montessori.. bak kata sorang ibu .. biasala kalau Montessorians dah berjumpa mana nak ingat dunia..
Selesai exam .. aku dengar satu discussion  sekumpulan Montessorians :"Eh awak .. senang aja kan exam tadi ... macam makan kacang aja .. sambung Nayli.. " Iye laa tuh senang nanti ada banyak careless mistake .. over confident tingkah aku .. iye aunty senang aja .. sorang lagi mencelah .. aku tak kisah mana .. asalkan dia boleh jawab dan dapat terus belajar kat situ .. aku sudah bersyukur .. aku bukan seorang yang exam oriented ... aku mahu kecermelangan datang dari semua segi .. bukan hanya on paper aja .. hasil jangka masa panjang .. kanak kanak yang terlalu exam oriented nih kebiasaannya tidak begitu creative .. kebanyakannya bergantung terus pada buku buku sahaja .. tapi  bukan semua .. segelintir yang aku jumpa ...

Selesai satu pekara .. balik rumah selesai aja lunch.. aku terus hantar budak budak tuh ke sekolah menengah Putra Perdana... ada full rehearsal untuk concert akhir tahun dan graduation day Nayli yang akan berlangsung esok hari.

Esoknya pulak Graduation Day & PPICDC Montessori Concert 2010. Kemudian rush pulak hantar kakak untuk pertandingan Qalam Jamaei di sekolah agama. Malamnya pulak, hari penyampaian hadiah untuk kakak. Kakak dapat tempat kedua untuk pertandingan Khat dan tempat pertama pertandingan Khalam Jamaei dan juga hadiah appreciation sebagai ketua kebersihan. Kali ini markah kakak bayak menurun. Tempat pertama dalam kelas dan Best student Bahasa Arab yang di pegangnya 2 tahun berturut turut jatuh ketangan orang lain.Tak apalah .. usaha lagi untuk tahun depan.. perjalan ini masih panjang ... weekened nih memang sungguh penat tapi bila lihat kejayaan anak anak dalam acara acara yang mereka masuk tuh .. hilang perasaan penat ... aku sungguh bertuah punyai mereka....

Saturday, November 27, 2010

Punca Keguguran


Keguguran merupakan salah satu fenomena yang biasa. Bagaimanapun, keguguran merupakan sesuatu yang amat ditakuti bagi setengah-setengah wanita. Ada yang berpendapat, kalau boleh setiap kali mengandung, biarlah sehingga bayi yang dikandung selamat dilahirkan.

Ada di kalangan wanita mengandung dan mengalami keguguran berulang kali. Ikuti penerangan selanjutnya berdasarkan soal-jawab bersama Prof Datuk Dr. Hamid Arshat.
SOALAN: Jika seseorang wanita mengandung dan kemudian mengalami keguguran berulang kali, apakah ini merupakan sesuatu yang normal?

JAWAPAN: Wanita yang mengandung kemudian gugur, ia sebenarnya perkara biasa. Tetapi jika ia berlaku sekurang-kurangnya sehingga tiga kali berturut-turut, wanita ini mempunyai masalah dari segi kesuburan. Khususnya bagi wanita yang masih belum dikurniakan zuriat. Maksudnya setiap kali wanita ini mengandung, dia mengalami keguguran.

Keguguran yang berlaku biasanya wanita mengalami pendarahan. Pendarahan ini berlaku lebih banyak dari pendarahan haid. Namun ada juga yang mengalami pendarahan sedikit sahaja. Bagaimanapun, tak semestinya keguguran berlaku mengeluarkan darah.
SOALAN: Bagaimana pula yang dikatakan keguguran berlaku tanpa mengakibatkan pendarahan?

JAWAPAN: Jika pusingan haid seseorang wanita itu teratur, iaitu sebulan sekali, kemudian jika mengalami kelewatan haid seminggu misalnya, dia sudah boleh mengadakan ujian air kencing.

Jika ujian air kencing didapati positif, bererti wanita itu mengandung. Selepas dua minggu, doktor boleh melakukan scan ke atas kandungan wanita itu. Melalui scan tersebut, segumpal daging akan kelihatan dan di bahagian tengahnya ada denyutan jantung.

Tanda sedemikian akan kelihatan paling lewat sekalipun, dua bulan kandungan ia sudah boleh dilihat melalui scan. Namun, jika denyutan jantung itu tidak dapat dilihat sewaktu scan, biasanya , kandungan itu tidak dapat diteruskan.

Biasanya doktor akan memberi tempoh sehingga tempoh dua minggu lagi. Khususnya untuk wanita yang mempunyai pusingan haid tidak teratur.
Bukan semua orang mengalami pendarahan sewaktu keguguran. Ada kalangan wanita tidak mengalami pendarahan sebagai tanda dia mengalami keguguran. Contohnya, jika doktor melakukan scan, kandungan tidak membesar atau janin didapati tiada, walaupun tiada turun darah. Perkara ini menyebabkan orang percaya kandungan dimakan bunian.
SOALAN: Apakah tanda-tanda tertentu yang boleh menjadi petunjuk bahawa kandungan seseorang wanita itu kuat, atau tidak mudah mengalami keguguran?

JAWAPAN: Sebenarnya menilai kandungan kuat atau tidak, kalau wanita mengandung mengalami loya dan muntah lagi bagus. Maknanya hormon kandungannya itu tinggi, kalau tiada tanda, kadang-kadang kandungan boleh terancam, dan menghadapi banyak masalah. Jadi bagi wanita yang mengandung jangan pandang perasaan loya dan tiada selera makan sebagai sesuatu yang negatif.
SOALAN: Apakah faktor yang menjadi penyebab kepada keguguran?

JAWAPAN:

Faktor Pertama:
Sebenarnya kalau mengikut kajian, sebahagian besar wanita menganduang mengalami keguguran mungkin bakanya, iaitu kromosom atau gen ada mengalami kerosakan.

Tak semestinya menandakan baka di pihak suami atau isteri mengalami kerosakan, tetapi ketika di dalam proses percantuman benih dan telur berlaku kesalahan. Akibatnya benih dan telur bercantum akan rosak dan akan berlaku keguguran.

Jika setiap kali wanita mengandung kemudian gugur, baka suami atau isteri, akan dikaji. Kadang-kadang salah satu kromosom mereka abnormal. Jika ia berlaku, keadaan ini tidak dapat dibaiki.

Pasangan sedemikian tiada jalan lain selain mengambil anak angkat. Bayi tabung uji boleh dilakukan dengan menggunakan benih penderma, namun kaedah ini tidak dibenarkan dari segi undang-undang dan agama Islam.

Faktor kedua:
Mungkin juga penyakit dalam rahim yang sering dikaitkan endometriasis (rahimnya jatuh ke belakang), dan fibroid juga boleh menyebabkan keguguran berulang-ulang. Wanita yang mengalami penyakit endometriasis dan fibroid ini kadang-kadang mengalami keguguran biarpun usia kandungan sudah mencecah antara 4 hingga 5 bulan.
Faktor ketiga:
Jangkitan kuman pada darah wanita yang mengandung.
Wanita yang mengandung kadang tidak menunjukkan sebarang tanda penyakit atau kesakitan, kemudian mengalami keguguran.

Apabila darahnya diperiksa, darahnya dijangkiti kuman. Kuman pada darah itulah yang merosakkan kandungan. Antaranya seperti kesan beberapa jenis virus CMG, herpes simpleks dan rubela.

Begitu juga dengan sejenis parasit toksoplasmosis yang ada pada badan kucing boleh menyebabkan keguguran. Oleh itu bagi wanita yang sering mengalami keguguran dan memelihara kucing, perlulah sentiasa berhati-bati.

Biarpun kucing peliharaan itu dijaga dengan baik dan bersih, tetapi parasit itu tetap ada pada bulu-bulu kucing dan tidak kelihatan pada mata kasar.
SOALAN: Apakah langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan dari keguguran berulangkali ini?

JAWAPAN: Selepas pemeriksaan dilakukan, jika ujian mengesan virus dilakukan dan ia menjadi faktor keguguran, wanita itu perlu mengambil inisiatif untuk memperkuatkan ketahanan diri. Doktor boleh menasihatkannya untuk mengambil vitamin C dalam dos tinggi, dan multi- vitamin E.

Apabila seseorang mengandung sejak dari peringkat awal lagi, amalkan pemakanan berkhasiat, ambil juga asid folik dan vitamin yang disebutkan sehingga kandungan berusia tiga bulan.

Penting juga kalau boleh wanita yang mengandung diberi rehat tiga bulan, dari bekerja. Antara perkara menyebabkan keguguran ialah stress dari segi fizikal dan mental. Ada baiknya jika wanita ini berehat sehingga tiga bulan.
Mereka digalakkan berehat, banyakkan baring dan tenangkan fikiran. Di samping itu, jauhkan persetubuhan kerana adakalanya persetubuhan pada peringkat mengandung boleh menyebabkan rahim kuncup dan mengakibatkan keguguran.
SOALAN: Apakah ada kaedah lain untuk mengatasi masalah ataupun kaedah yang boleh dilakukan bersama rawatan yang diberikan secara moden bagi mengatasi keguguran secara berulangkali ini?

JAWAPAN: Ada setengah cara rawatan pesakit dimasukkan ke hospital, rawatan secara gantian darah protein untuk memperkukuhkan darahnya. Ada juga yang percaya bahawa peranan makhluk halus menjadi penyebab kepada keguguran dan kecacatan. Bagi wanita yang sedang haid memang tidak boleh melakukan solat dan membaca quran, ketika itu gangguan boleh berlaku, khususnya jin. Oleh itu ada baiknya wanita yang sedang haid digalakkan membanyakkan membaca selawat ke atas nabi.
Bagi wanita mengandung dan mudah gugur, sewajarnya memperkuatkan rohani dengan mengamalkan bacaan ayat Kursyi sambil memegang rahim hingga tertidur.

Tuesday, October 26, 2010

Kaum Luth AS

REPUBLIKA.CO.ID,JAKARTA--Perilaku seks menyimpang sudah terjadi sejak ribuan tahun lalu. Lihat saja ulah kaum Nabi Luth yang gemar melakukan homoseksual. Karena itulah, Nabi Luth AS diutus oleh Allah SWT di daerah Palestina di dekat Laut Mati, tepatnya di Sodom dan Gomorah, untuk mengingatkan kaumnya yang sesat itu.

Nabi Luth sezaman dengan Nabi Ibrahim AS. ''Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia, dan kamu tinggalkan istri-istri yang dijadikan Tuhanmu untukmu, kamu adalah orang-orang yang melampaui batas.'' (QS Asy-Syu'ara [26]: 165-166).

Berkali-kali Nabi Luth menasihati kaumnya agar meninggalkan perbuatan tersebut, namun semua itu tak digubris. Sebaliknya, mereka malah mengecam dan mencaci-maki Nabi Luth. Hingga Allah mengutus dua orang malaikat untuk bertemu dengan Nabi Ibrahim dan Luth. Ketika kedua malaikat itu menceritakan maksud kedatangannya kepada Nabi Ibrahim untuk memberikan kabar gembira akan kelahiran Ishak.

Lalu, kemudian disampaikan bahwa keduanya akan melanjutkan pertemuan dengan Nabi Luth. Saat ditanya Nabi Ibrahim maksud kedatangan mereka menemui Luth, kedua malaikat itu mengatakan bahwa mereka akan mengazab kaum Luth yang melakukan perbuatan menjijikkan tersebut. (QS Adz-Dzaariyaat [51]: 32, Hud [11]: 62-81).

Kisah diazabnya umat Nabi Luth AS terdapat dalam surah Al Anbiya [21]: 74-75, Hud [11]: 82-83, dan Al-Qamar [54]: 33-38. Kisah kehancuran umat Luth AS ini juga diceritakan dalam Perjanjian Lama.
Atas perbuatan kaum Nabi Luth tersebut, maka Allah menghancurkan umat tersebut dengan cara dijungkirbalikkan (yang atas ke bawah, dan bawah ke atas) lalu dihujani dengan batu belerang yang terbakar secara bertubi-tubi. Lihat surah Hud [11] : 82.

Selama ribuan tahun terkubur, kini jejak atau sisa-sisa kehancuran umat Nabi Luth berhasil ditemukan oleh para ahli arkeologi di sekitar Laut Mati. Awalnya, penelitian dilakukan oleh William Albright, seorang ahli purbakala pada 1924 di sekitar Laut Mati. Beberapa orang yang bersama William Albright mencari keberadaan sisa-sisa Kota Sodom dan Gomorah, hingga akhirnya mereka menemukan situs purbakala Bab-Edh-dhra (dibaca: Babhedra).

Keberadaan umat Nabi Luth di sekitar Laut Mati ini diperkuat dengan ulasan National Geographic edisi Desember 1957. Paul Lapp dan Thomas Schaub, melakukan penggalian kembali di sekitar Laut Mati pada 1967. Dan kemudian, penggalian diteruskan oleh Werner Keller, seorang ahli arkeologi asal Jerman di sekitar Laut Mati.

Sumber : Republika

Thursday, September 30, 2010

Karma ....

Aku tak tahu nak start post citer nih macam mana .. marah pun ada, sakit hati sedih pun ada jugak ..... dan nak tergelak pun ada jugak laaaa.... ok ok .. aku nak share jugak ...
Semalam ... balik dari makan makan ... laki aku gi laa isi minyak Wira ... Nabilah ngan hubby gi laa isi minyak kat luar ...
Cam biasa aku ngan Nayli dalm kereta .... Nayli pun start laa beramah mesra ngan aku ... memula tuh dia start kiss aku ...bertubi tubi ... pas tuh masuk bab dia puji .. "sayang laa mak .. saaaaayang mommy sangat sangat ... mommy nih baik . cantik .. kali nih memang aku tak expect langsung ada apa apa yang tak sedap di dengar keluar dari mulut dia.. lagi pun aku penat sangat hari nih dengan segala tugasan di office ...
kemudian dia kiss lagi aku ... aku peluk dia erat .... tetiba dia bersuara lagi ...." tapi .. gigi mak nih jongkong laaa ... " kata nya .. aku tersentak ..." ha ??? jongkong .. ??? "uish budak nih dah start dah ... ada laa ayat ayat berbisa yang akan keluar selanjutnya lepas nih tapi ... nak tergelak .. " jongkong ??? jongkong tuh apa ??"  tanya aku inginkan kepastian walaupun aku tahu apa yang sebenarnya yang ingin di sampaikan ...
"ala ...tuh yang macam ceritah limah tuh .. limah jongkong ... " aku dah semakin panas ... "jongang ... " jawab aku ringkas dan berharap perbualan itu hingga setakat itu sahaja .... "haa jongang ... tak cantik laaa ..." katanya bersungguh sungguh.
"ala.. tadi kata mak cantik .. " jawab aku ...
"ye laa gigi nih aja yang tak .. cuba mak tengok haa.. keluar aja ..." katanya tanpa rasa bersalah ... aku sudah panas... kurang asam punya anak ....
"abis tuh cam mana ???" tanya aku ...
"mak gi laa jumpa dentist .. mak tahu tak dentist tuh apa ???" tanya dia. "dentist ... ala dentist  tuh dr gigi laa mak ....
Aik .. yang tiap tiap tahun aku bawak dia gi jumpa dentist tuh .. dia siap tanya aku balik ... "Tahu laa... kan kita pegi check gigi tiap tiap tahun tuh kat Dr Nurul..." explain aku
"haa.. ye laaa tuu .. nanti dentist tuh tahu laa nak buat apa dengan gigi mak nih ..."
"nanti kalau dentist tuh cabut cam mana .. " tanya aku ...
"ala mak nih tu kan kerja dia .. dia tahu laa... nak buat apa... tak apa laa kalau dia cabut .. bukan sakit pun .. cam adik cabut gigi hari tuh tak sakit pun ...." dia cuba mengconfortkan aku.
aku senyap .. terdiam.. terkedu.. terbisu ... terkelu ... arghhh ... malehla nak layan lagi .. kang lagi panas .. uishhh ... kenapa laa anak aku sorang nih .. aku perlu beli insurans seumur hidup untuk mulut dia nih ...
sambil merenung jauh .. aku teringat akan hukum karma ... adakah ini karma untuk aku .. memiliki anak yang mulutnya laser cam aku jugak ..
arghhhh .. patut ke kalau aku luku jer budak nih .....

Tuesday, September 28, 2010

Kisah Nabi Musa belah Laut

Appy Springer BOULDER, Amerika Syarikat (AS) – Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.

Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.

Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.

Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.

Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.

Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.

Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami

Monday, September 27, 2010

Jadi driver for Raya Trip ..

Semalam Ahad .. aku jadi driver untuk anak aku dan kengkawan dia .. dia dah booked aku since before puasa .. actually kakak teringin sangat nak beraya dengan kengkawan dia .. tapi aku seperti biasa macam macam fikir .. teringat satu kes yang dia beraya umah orang tetiba kena rogol ... tak salah aku 2 tahun lepas ada satu kes kanak kanak yang beraya kat  ada salah stau flat nih pas tuh ada sorang jiran dia panggil masuk rumah pas kanak-kanak tu dirogol ... ciss .. kurang ajar betul laa pak cik tu...

dan banyak lagi kes kes lain yang buat aku meremang bulu roma bila anak anak aku mintak kuar jalan jalan dengan kengkawan ...

huishhh .. takut giler bila teringat citer tu .. so aku pun bermurah hati ... cakap ngan anak aku, yang aku willing to hantar kemana sahaja yang dia orang nak pergi nanti ...terpaksa laah aku jadik drebar ...

memula aku di arahkan mengambil semua kengkawan dia .. kemudian pergi beraya dari satu rumah ke satu rumah .. dalam list dia ada 12 rumah yang kami perlu visited .. tapi cuma ada 6 rumah aja yang boleh masuk .. kebanyakan tak ada rumah .. meybe dia orang semua ada open house kat mana mana tempat kot ..

Pukul 10 pagi dah start dah .. pukul 5 baru aku hantar balik budak budak tuh ... alhamdulillah laaa .. walau pun banyak rumah kosong .. tapi aku rasa anak aku cukup gembira dapat beraya rumah kawan kawan dia

Pesanan terakhir dari member anak aku is.. thank you very much auntie.... next year kita g jalan lagi ekk...

Sunday, September 26, 2010

Memenuhi undangan

Pergh .. semalam jer 7 open house .. kali nih we decided to attend all... rrrr.. sebelum sebelum nih ada jugak yang kita oarang pilih pilih pasal takut jammed laa.. pasal jauh laa.. dan rrrr... pasal dah penat ...
ada jugak orang yang tengok aku semacam bila aku citer aku attend all the 7 invitation .. bukan laa aku nak mentedarah pun tapi sekadar MEMENUHI UNDANGAN rakan rakan ... satu lagi pasalnya aku teringat ada ustaz kata tak baik tak pergi any invitation .... so kali nih aku bercita cita selagi tak ada aral melintang aku akan pergi walaupun sekadar amik attendance jer ... sebagai tanda appreciation kepada mereka yang menjemput dan jugak untuk menggembirakan hati tuan rumah .. tapi pergh .... memang laa penat giler ... start pukul 2:00 sampai laa 11:00 baru balik .... dan nih aku ada terbaca satu blog dari Brunei yang membincangkan pasal memenuhi undangan ..

Undangan nih bukan sahaja untuk makan semata mata .. tapi undangan nih more to menhwujudkan satu masyarakat yang mesra  dan mengeratkan silaturahim sesama kaum kerabat, jiran tetangga, sahabat handai mahupun masyarakat global. Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam bersabda maksudnya:

"Dari Abi Hurairah Radiaallahu Anha, Nabi Sallahu Alaihi Wasalam bersabda: Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka sambunglah hubungan silaturrahim". (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Manakala adab bagi orang yang menerima undangan pula ada lima iaitu:

Pertama: Tidak membezakan undangan, baik undangan tersebut datangnya daripada orang kaya ataupun orang miskin, kerana perbuatan itu dilarang dalam Islam.

Kedua: Tidak menolak sesuatu undangan hanya disebabkan alasan jauh.

Ketiga: Tidak menolak sesuatu undangan hanya kerana ia berpuasa, tetapi adalah lebih baik ia menghadirinya. Jika ia hanya berpuasa sunat, ia dibolehkan berbuka dan tetap mendapat pahala jika niatnya berbuka itu untuk menyenangkan hati dan mengembirakan tuan rumah. Tetapi jika ia berpuasa wajib seperti puasa qada, maka tidaklah boleh ia berbuka.

Keempat: Menolak undangan jika diketahuinya makanan yang dihidangkan dari barang yang syubahat dan haram, ataupun dimajlis itu diadakan berbagai-bagai kemungkaran seperti hiburan yang diharamkan oleh syarak, ataupun orang yang mengundang itu bersifat zalim atau fasik atau suka bermegah dan membesar diri.

Kelima: Janganlah hendaknya menerima undangan itu dengan niat untuk memuaskan kehendak parut, bahkan hendaklah ia memperbanyakkan niatnya dengan tujuan baik seperti mengikut sunah Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam, memuliakan tuan rumah, menjaga hati serta perasaan saudaranya dan sebagainya.

So kepada sesapa yang asyik ada alasan untuk menghadirkan diri ke mana mana open house ... harap harap jangan laa mengecewakan sahabat sahabat anda yang memang mengharap akan kedatangan anda ...

Wednesday, September 15, 2010

Selamat Hari Raya ....

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin ... semoga berjumpa lagi di Ramadhan akan datang dengan lebih penuh keinsafan dan dapat memnunaikan ibadat dengan lebih baik ...

Thursday, September 2, 2010

Maher Zain - For The Rest Of My Life with Lyrics



To my beloved husband ... happy 10th anniversary ... for the rest of my love ...i'll be with you ... Insya Allah ...

Happy 10 anniversary ...

Sudah 10 tahun ... hari ini 2 September 2010 ..genap. 10 tahun kami membina hidup bersama dan di anugerahkan 2 orang puteri yang cukup cantik dan sempurna.. dan aku amat amat bersyukur atas apa yang Allah telah berikan .. Selama 10 tahun bersama sama menghadapi segala ujian ujian dan mengecapi rahmat dan kebahgian yang Allah telah kurniakan bersama sama ... Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Perkahwinan yang ke 10 semoga perkahwinan kami kekal abadi dan bahagia dunia dan akhirat ... semoga Allah tetap memberkati dan terus memberi rahmat kepada perkawinan dan rumah tangga kami ...

Friday, August 20, 2010

Ayam masak kicap & telur bungkus

Semalam simple jer berbuka .. ayam masak kicap dengan telur bungkus ...

Jom aku bagi resepi :

Ayam Kicap
Ayam
Kicap
bawang putih
bawang merah
halia
Sos tiram
cili
kalau suka boleh letak bunga cengkih, buah pelaga, kayu manis dan bunga lawang

Goreng ayam macam biasa. Pas tuh goreng. Sementara tuh blend bawang merah putih dan halia. Tumis bahan bahan tadi bersama bunga cengkih, buah pelaga, kayu manis dan bunga lawang.Kemudian masukkan sos tiram.. pas tuh masukkan kicap.. greng sehingga pekat. Kemudian masukkan ayam yang dah di goreng tadi. Masukkan air . Masukkan tomato yang di potong kecik. Tomato nih akan hancur dan kuah dia rasa masam masam sket (ni kalau suka laa). Kacau sebati, tunggu masak masukkancili dan tomato potong (yg nih untuk hiasan.... siap...


Telur bungkus plak;
Daging cincang
Sos tomato
bawang besar 1 biji (separuh blend separuh cincang dadu)
bawang putih 2 biji kecik
telur
minyak sapi 1/2 sudu kecik
sayur campur (yg ada kcg pease, jagung and carrot tu)

Blend bawang putih dan bawang merah. Tumis, kemudian masukkan sedikit aja minyak sapi. Masukkan sos tomato. Kalau nak pedas campurkan sikit cili sos. Masukkan daging cincang tadi. Bila dah masak. Masukkan pulak bawang besar yg di potong dadu.dan sayur campur. Bila dah rasa.. angkat dan ketepikan dulu.
Kacau telur cam nak buat dadar. goreng besar besar kemudian letakkan daging tadi.. pas tuh korang bungkus .. siap..

Thursday, August 19, 2010

terkenang mereka

Sayu benar rasa hati ini bila terkenang mak dan ayah di kampung...  terasa amat rindu pada mereka berdua.. entah apa khabar mereka berpuasa kali ini .. apa juadah mereka  .. entah selera entahkan tidak ... entah larat entah tidak .. sebak sekali bila terkenang mereka berdua teruta setiap kali selepas berbuka .. fikiran akan sentiasa menerawang ke pangkuan mak dan ayah .... di saat begini ... harapan aku agar mak dan ayah sentiasa mendapat perlindungan Allah .. memperolehi rahmat dan kasih sayang Allah .. agar sentiasa sihat dan mampu meneruskan segala ibadat ibadat Allah ... itu aja yang mampu aku luahkan .. jasad anak ini hanya mampu bersama pada hujung minggu .. tapi hati dan doa sentiasa bersama kalian ... Insya Allah ...

Preteen ...

Kakak dah 9 tahun .. 30 July hari tuh genap dah umur dia 9 tahun .... menurut apa yang aku baca ... kanak kanak yang dah beusia 9 tahun dan ke atas are categorize as pree-teen. Patut laa aku tak dapat lagi any new letter dari  baby centre untuk kakak punya categories.. ropa ropanya she now falls under teen age group.. pergh ... besarnya dah anak aku .. dan dah tua laa sebenarnya aku nih kan.. dah ada anak dara .. nih antara link untuk persiapan mengahadapi anak anak dara yang dah meningkat remaja .. teenagers ..PRETEEN AND TEEN CHANNELS (click jer kat sini)

Wednesday, August 18, 2010

PUDING TRIFFLES



Bahan.
Swiss roll / kek gulung apa apa perisa...
1 tin fruit coktail
Jelly Kristal Nona - perisa apa apa - biasanya kalau kek strawbery aku akan guna perisa strawbery atau bluebery
1 tin susu cair + 1 tin air + 4 sudu gula pasir
3 sudu besar tepung kastad
Whipping cream / Nestle Yogurt / susu cair / ice cream - nih untuk topping biasa aku guna susu cair dengan ice cream vanilla.. sebab malas nak spray whipping cream kat atas dia... dan nak jimat

Caranya
Layer 1:
Potong swiss roll / kek gulung anggaran 1.5cm tebal..susunkan dalam acuan. Tuangkan Air fruit coktail...keatas swiss roll/ kek gulung ..sehingga lembab (basah). Ketepikan dulu..bolehlah masak kastad dengan susu cair.

Layer 2:
1 tin susu cair + 1 tin air + 4 sudu gula..dimasak atas api. (sambil masak tu..bancuk 3 sudu tepung kastad dengan 1/2 gelas air). Bila susu dah mendidih..kecilkan sedikit api..masukkan bancuhan tepung kastad..kacau..hingga bancuhan susu tadi menjadi likat. Tuang ke atas layer 1 tadi.


Layer3
sukat air panas mengikut arahan kotak jelly..bancuhkan jelly tersebut dengan air panas yang disukat, tunggu sejuk sedikit (masih dalam keadaan cair)..baru tuang ke atas lapisan ke 3 (buah-buahan)

Layer 4:
Bila jelly dah beku..sapukan Whipping cream OR Nestle Yogurt ke atasnya..kalau nak cantik lagi..taburkanlah buah strawberry atau peach keatasnya.

* kalau tak nak sapu whipping cream atau Nestle Yogurt letakkan buah buaan campur tuh atas layer Jelly Kristal masa Jelly tuh dah nak keras supaya nampak macam buah buahan tuh terapur kat atas jelly tuh... lepas tuh boleh laa makan dengan susu cair dan ice cream.... satu lagi aku tak suka buh kek so ada 3 lapis jer triffles aku.
Click sini .... Nih resepi aku yang dah aku ubah suai ..Puding Triffle ...

Ketupat Sotong

Teringat masa mula mula aku masak ketupat sotong ni.. masa tu memula kawin ...  kakak aku kata kalau aku masak benda nih sure laki aku suka.. pasal ketupat sotong ni sikit lebih kurang macam makanan kegemaran orang Kelantan laa... so aku pun apa lagi.. carik laaa resepi ketupat sotong nih dan banding bandingkan dengan resepi yang kakak aku dah bagi... sekali bila aku masak.. pergh... memang laki aku suka makan .. sekarang ni merupakan makanan kegemaran family terutama sekali adik Nayli... dan bila first time bawak gi umah ipar ipar aku .. dia orang pun baru teringat yang makanan nih sememangnya adalah makanan kegemaran orang Kelantan.. . Tapi harus diingatkan makanan ni adalah bukan di makan dgn nasi.. ianya adalah sebahagian dari desert atau minum petsng yer. Hehe .. amaran untuk mereka yg bukan berasal dari Kelantan ..hu hu hu... ni korang amik laa resepi dia ...

Bahan Bahan
Sotong dalam 10 ekor (kalau nak sedap pilih yang sederhana besar) kalau besar sangat pun tak best pasal nanti liat
Santan
Bawang merah dalam 2 bijik
Halia sikit jer sebesar jari kelingking
Halba dalam sejemput
Gula kerek (gula melaka)
sedikit garam
pulut
daun pandan

Cara :
Hiris bawang merah dan halia halus halus. Bersih kan sotong tanggalkan kepala dia dan simpan.Basuh pulut dan tapis/toskan. Masukkan/ sumbatkan pulut ke dalam badan sotong .. jangan penuh sangat lebih kurang 3/4 jer kedalam isi perut sotong tu.. kemudian amik kepala dia dan lekatkan balik dengan mencucukkan dengan lidi. Pas tuh amik santan kira rasa rasa cukup sampai terendam semua sutun sutun tadi. Masukkan gula melaka dan daun pandan, bawang, halia dan helba. Garam secukup rads.  Tutup kan periuk dan masakkan dalam 45 minute kot. Api tak perlu besar sangat. Bila kuah dia dah pekat dan dah sampai berminyak sikit boleh la angkat. Dah siap ... huhuhu best giler ..

Monday, August 16, 2010

Ayam percik untuk berbuka

Susah betul kalau bulan puasa nih .. tiap tiap petang nak kena fikir nak masak apa yang sedap untuk berbuka puasa.. kalau anak anak makan tak sedap sure frust .. kena suit selera anak anak dan selera orang besar .. itu yang susah nak buat .. resepi hari nih ayam percik kelantan .. yang warna putih tuh ..
Bahan bahan :

Ayam setengah ekor
Santan pekat
Bawang merah dalam 5 - 8 bijik
Bawang putih 3 - 4 bijik (yg kecik kecik jer)
Halia sebesar ibu jari
Serai 3 - 4 batang
Sedikit gula melaka (gula putih pun ok)
asam keping 3 keping
cili boh / cili mesin (kalau nak pedas buh banyak)
sejemput beras (petua untuk pekatkan kuah)
garam secukup rasa

Memula besihkan ayam. Kemudian potong besar besar sket. Blend semua bahan (kecuali asam keping dan ayam laa kan). Kalau ada masa da nak sedap lahi perap dengan bahan bahan kat atas tadi. Kalau tak der masa macam aku hari nih ... Blend semua bahan dengan santan pekat tadi. Masakkan atas dapur sekali dengan ayam... masukkan asam keping .. masak sampai kuah pekat ... bila dah hampir pekat dan rasa rasa aym dah masak angkat dan ketepikan ayam ... sambung pekatkan kuah sambil rasa cukup ker tidak .. sementara tuh bakar ayam tadi. Renjis renjiskan kuah ayam tadi... bila dah masak ... curah kuah percik kat atas ayam.. boleh buka puasa dengan sungguh menyelerakan ...

Mungkin Allah ingin sampaikan sesuatu pada umatnya .. mungkin satu ujian atau satu bala dan petunjuk.. sama sama fikirkan ...

Two Traders, Visitor Killed As Winds Blow Off Bazaar Ramadan Tents
JASIN, Aug 13 (Bernama) -- Two traders and a visitor were killed and 18 other people were injured when gale-force winds blew off almost all the 30 tents of the Bazaar Ramadan in the compound of the Jasin Stadium here Friday evening.

Jasin police chief DSP Che Suza Che Hitam identified the traders as "murtabak" seller Mahadi Mohamad, 40, of Kampung Gong Merang, Terengganu, and "cendol" seller Abdul Omar, 73, of Air Merbau here while the visitor as Muhammad Wahab, 49, from Kampung Rim, Jasin.

He said they were badly injured in the head when struck by the steel supports of the 20 ft by 20 ft tents in the incident at about 5pm.

Che Suza said Abdul died at the scene, Mahadi at Hospital Jasin and Muhammad at the Melaka Hospital.

He also said that three of the 18 injured people had been hospitalised, one at Melaka Hospital, one at Jasin Hospital and one at the Putra Specialist Hospital near here.

"The 15 others were given outpatient treatment at Jasin Hospital," he said.

A trader who escaped injury, Farim Rosli, 32, said the winds blew off almost all the 21 tents.

"The winds came all of a sudden. I managed to avoid being hit by the steel supports as the traders and customers ran for cover," he said.

"In my seven years of trading here, this is the first time I have experienced such strong winds," said Farim, who is from Kampung Air Merbau.

A customer, Fatimah Hassan, 32, said a crowd of people was busy buying food for breaking of the fast when the winds struck.

"There was panic as everyone ran for cover. I was almost hit by a steel support," she said.

Melaka Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Jasin Member of Parliament Datuk Ahmad Hamzah, Merlimau State Assemblyman Datuk Mohamad Hidir Abu Hassan and Sungai Rambai State Assemblyman Hassan Rahman visited the injured.

-- BERNAMA

Sunday, August 15, 2010

Kempen Seorang Sekampit Beras


Salam

Sukacita dilampirkan poster dan flyers Kempen "Seorang Sekampit Beras".

Kutipan sumbangan telah dimulakan dan dijangkakan agihannya untuk setakat ini kepada mereka di :

a) kawasan Jalan Kebun, Shah Alam
b) kawasan Gombak
c) kawasan Sungai Buloh.

Marilah sama-sama membantu mereka yang memerlukan. Sumbangan dan keprihatinan anda amat dihargai. 



Sila rujuk website Abim untuk maklumat lanjut ....  
"Seorang Sekampit Beras"

Coconut Shake

Sebab air coconut shake nih memang menjadi kegilaan anak sulong aku .. maka aku pun mencuba laa sedaya upaya untuk buat kat rumah .. hmmm .. resepi nih aku main belasah jer .. rasa rasa dan tengok dia orang buat kat kedai .. pas tuh aku risik risik sket kat member aku yg hubby dia bukak kedai coconut shake ... so aku rasa tahun lepas kot ...aku pun try laa buat kat rumah .. hasilnya .. bagi aku marvelous ..  dan tadi bila anak aku request nak beli coconut shake mak cik dengan bangga nya .. cakap .. uish tak yah beli laa coconut shake tuh .. biar mak buat aja .. huhuhu ..ok ok .. resepi untuk buat cocounut shake nih ..

Coconut .. kelapa muda dalam 3 biji asingkan air dan isi kelapa muda nih
ais cream vanila - jgn banyak sangat pasal nanti rasa ice cream jer tak rasa kelapa
susu pekat manis sedikit
air batu

Cara :

Air kelapa muda tuh korang asingkan air dan isi dia ... kemudian mesin isi kelapa dengan ais cream dan ice tadi ..masukkan susu pekat manis sesedap rasa ..kalau nak manis buh banyak.. tapi ingat ice cream tadi pun dah manis dah nanti terover manis plak ... kemudian masukkan air kelapa muda tadi... agak agak jgn cair sangat nanti tak sedap .. kalau nak senang blend sekali dengan isi kelapa dan ice cream dan ice tadi .. tak yah byk kerja ... dah siap .. gila senang .. dan memang sedap ..

Tuesday, August 3, 2010

Adush .. abang perWIRA ku .. kenapa laa begini nasib mu ...

Tadi cam biasa .. selesai salam ngan anak anak aku .. aku terus masuk kereta untuk ke office .. malas cam biasa laa.. waktu pagi pagi cam nih apa yang lebih sedap adalah duduk di dalam selimut tebal ...
sambung balik cerita .. pagi nih kereta seperti biasa banyak ... aku terus melewati kawasan perumahan aku dan memasuki tol yang baru bukak setengah setengah belakang umah aku tuh ... bayar tol 2.50 .. aku terus meluncur laju .. hubby mintak tolong peratikan kadar prestasi kereta tuh setelah di repair ... aku pulank bab bab kereta nih barghal sikit .. yang aku tahu .. selagi dia boleh berjalan maknanya tak rosak .. kalau dia berenti tersengut senggut maknanya rosak .. simple as that .. aku kurang peka dengan kereta ... malah dengan apa benda sekali pun ..

Sampai kat tol Salak Selatan tuh aku bayar tol dan terhenti akibat jam ... namun masih berjalan jalan siput .. tiba tiba hubby call ... "kat mana" tanya dia .." "dah sampai office ker belum .." "Belum baru pukul berapa tanya aku balik .. kat jalan Tun Razak nih .. jammed .. " jawab aku selamba. Pas tuh dia tanya lagi  "awak tak tengok ker ada minyak tumpah kat simin depan umah tadi .. " "Ha !!! "aku tekejut ..  "awak gostan keta tak nampak ker ada minyak tumpah kat situ ???" "rrrrr... tak perasan laa pulak .." "huh !!!! jawabnya seperti benar benar marah dengan kesengalan aku ..."haa.. okla okla gud luck laa...." dia letak telefom  "erk !!!" dan aku pulak terkebil kebil macam cicak telan kapur ... rrrrr .. minyak apa yg tumpah ?? apa akan jadi dengan keta nih kalau ada yang bocor .. sempat tak aku sampai office .. banyak betul soklan soklan yang berlegar legar .. aku yang bebal nih meneruskan perjalanan ... rasa macam macam .. pepundi aku mula rasa penuh .. seperti biasa ... peluh peluh sejuk mula terbit ... tapi aku berpandukan instinct .. aku tarik nafas .. hmmm.. jantung aku tak berapa bedebar .. aku yakin kereta nih akan sampai di KLCC ... jammed semakin hebat bila aaku berada di penjuru Jalan Tun Razak ... kereta semakin tak berjalan .. kalau lama stuck maknanya minyak tuh akan terus mengalir .. mengalir tanpa henti .. dan kereta ini sudah pasti akan berhenti .. apa perlu ker aku ke stesen minyak .. atau aku perlu terus yakin dan tawakal aja ...

Perjalanan aku kali ini penuh dengan teka teki .. aku rasa seperti hendak aja aku ke sungai Kelang kejap kejap tuh dan humban kan perWIRA aku nih .. buat permainan ikan .. kalau boleh berbuat begitu sudah pasti inilah sumbangan terbesar aku terhadap ikan ikan di sungai kelang itu .. pasti 7 keturunan ikan itu akan mengingati jasa aku .... manusia pertama yang menghadiahkan kereta sebagai taman permainan mereka..

Tapi kesian pulak .. sudah lebih 10 tahun dia berjasa pada aku dan suami aku .. dia cuma demam .. aku perlu faham.. aku betul betul sayang lagi dengan dia ..arghhh.. abang perWIRA ku mengapala begini nasib mu .. lepas satu satu .. tak putus putus sengsara mu ini .. dan ko heret pulak aku sekali .. cissss...

Lampu isyarat menandakan sudah dekat aku di KLCC .. Wahai perWIRA ku .. tolong laaa sampaikan aku di Parking KLCC .. bantu laa diriku ini Ya Allah ... aku mohon agar tuhan dapat perkenankan doa aku ..

Alhamdulillah aku sampai dan parking dengan selamat .. aku terus keluar kereta dan periksa minyak yang bocor .. nampak menitik kuat juga ..  pergh lajunya detik hati aku .. kalau cam nih by the time aku balik 6.30 kang mahu kering kontang ... macam mana nak buat nih ... perlu ker aku takung minyak nih ... atau aku siap siap beli minyak nih agar boleh buat spare kekalau injin aku mati nanti ...
arghhhh .. hampir aku terbaring baring memeriksa kereta itu .. aku tak peduli apa orang kata .. yang penting aku perlu settle kan maslah aku ini ... dalam aku mencari cari jawapan ...tetiba datang sedikit kepadaian yang tuhan anugerahkan ke atas diri aku ketika itu .. aku terfikir .. rrr... rrrmmm... cam bukan minyak jer benda yang menitik kuat nih .. aku cuba capai .. aku sudah mula menerap kat parking lot tuh untuk memeriksa keadaan di bawah kereta itu ..... nih air nih ... laaa.. apa laa sengal sangat ko nih .. detik aku sendiri .. tu air air cond laa bingap ..memang laa menitik kuat .. adush letih betul laa.. aku bercakap seorang diri .. monolog dalaman .. yang menitik tuh kat depan .. minyak warna merah ... hmm.. tak la banyak sangat ..

Terbongkok bongkok aku memeriksa minyak tuh .. aku buat report kat hubby .. cuma aku takkan bagi tahu la .. kebingapan aku sebentar tadi .. aku perlu control macho .. agar tidak di perkotak katikkan oleh suami sendiri .. malu beb kalau dia tahu ... setahun pun belum tentu habis aku dikutuk dia ... kemudian hubby suh carik tempat check minyak .. memula tuh gubra gak tak jumpa .. heheh .. biasa laa aku kan ... lelama aku jumpa dan boleh laa sukat .. aku kata banyak lagi .. rasa rasanya sempat 6.30 kang ...

so petang lepas kuar opis.. benda pertama yg aku lakukan ialah .. check minyak tuh .. nampak gaya banyak lagi dan hubby kata sempat sampai .. aku cuma tawakal ... dan alhamdulillah .. aku selamat sampai kat rumah ... aku tahu Allah akan tetap menolong hambanya .. walau pun hambanya ini sedikit sengal (tahap gaban)

Monday, August 2, 2010

No turning back

Hari nih dah Isnin .. sekarang payah betul nak bersantai .. banyak betul kerja .. kadang kadangaku memang dah tak terdaya nak teruskan hidup sebagai wanita berkerjaya .. duduk rumah jaga anak bersantai.. menhabiskan masa dan duit laki dengan bersantai ke SPA .. ke salun alun .. bershopping .. atau buat kerja kerja amal .. atau berekreasi .. panjat gunung ... go kart .. water rafting ... camping .. involve dengan photographing... atau melancong ..baik dalan mahupun luar negara ... atau ke Palestine .. GAZA bersama sama badan badan amal macam MERCY .... atau .. atau ... uishhhh .. best betul laa kalau bayangkan benda benda cam tuh ... apa apa sahaja activity yang boleh aku lakukankan .. asalkan tidak ke office ...
Sejak aku amik alih Manpower contract .. hidup aku huru hara betul .. kalau dulu cabaran yang aku perlu lalui ialah sama ada barang yang aku ingin purchase akan sampai tepet atau sebelum waktunya ... boss aku pun cukup suka bagi aku order barang barang super urgent . pasal aku memang suka akan cabaran itu .. aku akan pastikan se,ua item delivered safely before time yang sepatutnya .. credit untuk diri aku sendiri .. walaupun tak ada sapa yang puji ..
Tapi sekarang tidak lagi .. setiap akhir bulan aku terasa seperti aku perlu amik cuti .. deal with humans are really complicated .. banyak mulut .. banyak kerenah .. tempat aku sekarang macam counter aduan masalah .. complaint department .. beratur .. staff staf contract 3rd party datang cerita masalah company thrd party dia orang .. aku pun tak faham ...
Sepatunya lepas contract award aku should not involve any more .. nih they drag me in lagi .. cipan betul ... tapi nak wat cam mana .. angan angan aku tadi cuma angan angan .. aku perlu kerja .. kerja dan kerja ... tak perlu berangan yang indah indah .. saat bersantai was a history for me .. there will no turning back ....

Thursday, July 29, 2010

perWIRA aku buat hal lagi ....

Semalam puasa, jadi aku plan balik awal sket dari biasa.. so that aku boleh berbuka kat rumah ... perjalan dimulakan macam biasa .. very smooth .. tak ada masalah .. cuaca pun sememangnya cantik jugak .... cuma jammed seperti biasa kat jalan Tun Razak .. lepas aja Tun Razak .. aku pecut .. pecut .. dan pecut lagi .. kadang kadang meter menunjukkan 140 .. kadar pemanduan biasa aku di Highway.. tapi kadang kadang terlepas ke 150... laju .... dalam keadaan kereta aku di pandu laju itu fikiran aku menerawang .. berangan .. angan angan yang sungguh menyeronokkan ... dan dalam keadaan kereta aku laju tuhhh ... kadang kadang terasa macam nak jadi pelumba F1 pulak ... sure best ... koya betul ..

Aku memang tak ada masalah langsung hari tuh.. aku pecut lagi.. amik lap .. pergh best giler ... sampai aja kat tol booth menuju Putrajaya yang 2.50 tuh .. seperti biasa aku turunkan super window aku .. aku capai duit "perghh .. keta sapa laa bau hangit giler nih " detik hati aku .. aku cium lagi .. giler kuat .. aku naikkan power window aku .. aku mahu terus jalan .. tiba tiba... tiba tiba aja  kereta aku mengerang .. mengeranag seperti orang sakit .. dia memang tak boleh berjalan ..bukan tak mahu .. dia langsung tidak mahu bekerjasama dengan aku ... oh perWIRA ku .... dia stuck .. dia mengerang lagi ...kali nih lagi kuat bila pedal minyak aku tekan habis kelantai kereta.. aku cuba lihat gear .. ok .. aku dah tukar gear D .. aku tengok lagi gear cam tak caya .. cepat cepat aku ketepikan kereta aku .. sebelum kereta nih mampus keras kat situ plak ...arghhhh .. perWIRA aku buat hal lagi ... hampeh betul ..

Aku parking .. dan cuba jalankan kereta tuh .. aku masuk gear paling rendah .. gear reverse nampaknya semua sama jer .. cam mana nih .. adushhh ... seperti biasa .. pilihan yang aku ada ialah ..  kena panggil rescue

Aku capai hand phone Sony Ericson aku .. aku tidak risau sedikit pun .. laki aku akan datang dengan segera .. macam citer Superman yang selalu tolong selamatkan awek dia bila awek dia dalam kesusahan .. aku menekan nekan hanpon mencari nombor hubby aku .. dan dengan confident nya jugak aku pun dial laa number hubby .. dua tiga kali aku try tak lepas .. aik .. apa kejadah haramnya nih ... aku dah terasa ada sesuatu yang tidak begitu baik .. segala urat saraf aku sudah mulai tegang .. six sense aku sudah menyalakan lampu kecemasan .. petanda yang tidak baik sedang berlaku dalam kotak zone aku itu sekarang .. aku cuba check balance credit aku.. aku cukup yakin yg balance aku pasti banyk ... cuma .. cuma ... expiry date aku cam mana plak ...
Aku baca bismillah ... selawat dua tiga kali .. sambil terasa senak dibahagian pundi pundi aku ... aku tekan .. arghhhhh .. memang telahan aku tepat .. credit aku expired ... rasa berpinar sekejap .. segala gala anggota badan aku terasa amat berat .. ginjal ginjal aku juga turut terhenti seketika .. cam mana nih ... cam mana nak call hubby ... cam mana nak dapat rescue... cam mana nih .. nak tolak keta aku nih ... perlukah aku turun dan menolak kereta aku seorang diri dengan harapan ada jejaka jejaka hensem datang menolong .... otak aku ligat berpusing .. berpusing sehingga ianya sendiri pun stuck sama seperti kereta aku ...

Aku cuba guna kuasa psychic aku .. aku seru dan cuba bayangkan hubby aku .. penuh tekun .. konon konon message itu akan sampai ke telinga dia .. aku seperti ahli sihir jahat cuba menggunakan kuasa aku ... aku mohon aagar dia boleh call aku .. itu aja.. dalam lima belas minute jugak aku cuba cara itu ... tapi nampaknya aku gagal .. hampa .. mungkin hati aku tak tenteram .. mungkin itu sebab utama message hati yang aku hantar melaui gelombang gelombang bumi tuh tak kesampaian ... koya lagi ...

Aku macam dah tak ada cara lain .. hanya satu cara ... aku perlu dapatkan budak budak tol tuh .. aku cuba reka dan hafal dialog yang aku akan cakap .. pasal aku tahu dalam keadaan gubra cam nih biasanya lidah aku pasti akan berpuntal puntal ...kelu .. kelu dek malu .. malu tahap cipan ..

Tetiba aku nampak cab .. idea aku telah di diversekan ... ok aku try sapu cab nih dulu .. aku tahan .. cab itu mencicit berhenti nampak lambaian aku (bab mencicit tuh aku tambah nak sedapkan citer) "rrr ... uncle ada credit tak .. kereta saya rosak .. kredit phone expired plak ..." kata aku penuh dengan perasaan sayu agar uncle cab tuh boleh tolong ... "alamak tak ada laa.. kalau nak suh pak cik tolong hantar kat rumah boleh laa.. pak cik nak g puchong perdana nih ... " kata pak cik yang aku ingatkan uncle cina ... "rrrr ... atau saya pinjam phone pak cik nanti saya bayar .. saya nak suruh hubby saya call balik jer ...." aku cam ragu ragu .. mana laa tahu dia kedekut tak nak bagi pinjam phone dia ... takut aku kebas ..."mintak maaf laa memang betul credit pak cik habis .. " katanya ikhlas nak menolong "tak apa laa pak cik ... terima kasih bebanyak ..." jawab aku hampa..

Aku terus ke toll both .. dengan control ayu .. aku ketuk pintu booth tuh .. aku senyum bila pintu itu dibuka ... senyuman yang paling manis ... sambil control ayu lagi ... "adik .. boleh tak akak mintak kredit .. rr .. maksud akak .. akak bayar .. rrr ... akak nak pinjam phone hand phone .. rrrrmmm .. atau phone office .. rrr.. apa apa aja laa.. asalkan akak boleh call husband akak ... nanti akak bayar balik ... akak cuma nak call husband akak ... " aku dah agak dah sure ayat aku tunggang tebalik .. tak leh nak control macho .. hampeh tul ... malu giler aku dibuatnya .. terasa panas ketik ketiak aku tahan perasaan malu tuh ..

Aku tarik nafas ... tarik dalam dalam "sebenarnya keta akak rosak .. tak leh jalan .. pas tuh phone akak plak dah expired .. nak call husband akak nak suh tarik keta ..." pergh lega .. akhirnya dapat jugak aku cakap dengan mudah .. tertur dan penuh dengan nilai nilai murni orang Malaysia..

"Ala kak ... kat sini tak leh bawak phone ... " arghhhhh .. hampeh tol .. "ha !!! tak leh bawak ... rrrr.. rrmm rrrrmmm cam mana ek .. " jawab aku cemas laa jugak ... "cam nih aa kak saya pangil toll track tarik keta akak nih ek .." kata adik cun toll both tuhh...  "ehhhh ... tak yah tak yah .. husband akak boleh tarik ..." panic aku .. kalau panggil trak .. mahu RM200 ke RM300 .. uishhh .. mana nak byor duit keta nih lagi .. nk bayor trak nih lagi .. pitam makcik ..

Dia try call toll tract tuh mintak opinion .. dia kata "akak nih haa.. nak pinjam phone nak cll laki dia.. keta dia rosak .." org toll track tu pun sama jugak .. "nanti abang amik tarik jer laa.. " secepat kilat aku cakap "tak yah laa bang .. saya nak call husband saya jer ...boleh ker kalau abang tolong call kan husband saya ...??? tanya aku selamba ... kemudian terdengar suara perempuan lain dari arah belakang .. "hmmm berapa no phone hubby tuh .. " aku terus bacakan .. dia mintak nama aku ...

tak sampai berapa minute .. laki aku call.. Nak tergelak pun ada .. bila dengar suara laki aku yg cemas tu.. aku pun explain kat dia .. dia kata tunggu situ nanti dia cari jalan ... nak tergelak bukan apa .. pasal memang betul betul cam filem hidustan .. masa tuh laa plak henpon aku tuh buat hal .. cipan betul ...

Aku plak terus g solat Maghrib .. selesai solat dan mohon permudahkan urusan ... hubby call .. dia tanya sama ada dia boleh U turn kat toll tuh .. aku siasat .. nampak gayanya hampa ... hubby hilang idea ... aku pulak terus masuk dalam kereta untuk terus sambung makan biskut dengan air masak .. lapar gilerr beb ... puasalaa katakan .. tapi aku tahu pasti Allah akan tolong ...

Aku terus mencuba .. aku start engine lagi .. aku try masuk gear rendah .. aik boleh jalan plak...
Aku still mencuba teknik psychic aku tuh ... untuk bagitahu hubby yang keta boleh jalan .. arghhh gagal lagi .. saluran telepathy aku kali nih tak sampai .. ada gangguan ..
Lama aku menunggu last last dia call .. aku terus jer cakap keta boleh jalan ... aku drive keta tu penuh dengan perasaan cuak .. tapi instict aku tak laa plak rasa takut sangat ...

Alhamdulillah .. aku selamat sampai kat umah ... malam tuh jugak aku suh laki aku tolong tukarkan line prepaid aku ke line supplementary under dia.. perghhhh ... cam hindustan betul...

Sunday, July 25, 2010

apa jadi ngan blog aku nihhhh

apasal laa pulak blog aku nih buat hal nih ... asal semua post yg aku post tak ada paragraph nih .. sambung terus non stop ... adush letih laa.. mentang mentang laa aku dah lama tak post apa apa tetiba bila post citer semalam .. dia buat hal plak .. nanti aku try repair balik .. nih mesti gara gara aku tukar design blog ni .. kacau kacau ..

Saturday, July 24, 2010

Shut down and Reformat

Kalau hidup nih macam komputer kan best .. anytime bila rasa bosan dengan kehidupan yamg kita lalui sekarang nih, anytime aja kita boleh shut down .. kemudian kalau rasa dah tak sanggup dah nak melalui kehidupan kita sekarang, anytime pulak kita boleh reformat ...


Sungguh indah kalau kita dapat di berikan peluang untuk memilih apa yang kita inginkan .. apa yang kita idamkan .. dan apa yang kita perlukan dalam kehidupan ini ..


Memang betul kadang kadang tuh ada masanya kita rasa terlalu bosan dan jemu dengan kehidupan yang kita lalui tiap tiap hari .. kadang kadang terasa seperti kita inginkan zaman kita dulu dulu .. zaman kanak kanak .. zaman remaja .. dan zaman dahulu kala ... di mana pada masa itu tak banyak commitment dan tak banyak masalah .. hidup hanya kita aja ..untuk diri kita aja .. dan kebahagian hanya untuk kita nikmati sendiri .. tanpa perlu memikirkan tentang orang lain ... dan tak perlu fikir tentang benda lain ...


tu laa.. kalau dalam hidup nih ada semua button kat dalam komputer alangkah seronoknya hidup inih .. kalau nak balik pada zaman dulu dulu boleh aja tekan button seach .. cari balik kehidupan lampau yang sungguh menyeronokkan ..


Atau kalau sudah bosan dengan kehidupan sekarang .. tekan aja button delete .. boleh delete aja program yang kita tak nak ... peristiwa peristiwa yang menyakitkan hati.. menyedihkan dan apa apa suasana yang tak menyeronokkan ..


Kalau rasa rasa dah penat .. dah tak larat .. kita mintak diri nih shut down buat sementara waktu .. kemudian on kan balik .. I wish ...


Tapi tu laa... tu la namanya kehidupan .. hidup dalam reality .. bukan mudah .. kadang kadang kita kat atas .. kadang kadang kita kat bawah .. kadang kadang kita gembira dengan apa yang kita ada dan kadang kadang kita rasa kita tak perlu apa yang kita ada sekarang kerana dulu lebih indah ...


Complicated .. tapi itu laa.. apa yang Allah dah sediakan itu semua adalah yang terbaik .. apa yang kita inginkan kalau bukan di sini .. insya Allah akan kita dapat di Sana nanti ... ada benda yang Allah jadikan adalah untuk kemudahan kita di dunia dan akhirat .. kenapa perlu kita pertikaikan .. kenapa kita perlu sangsi dengan janji Allah ...


Usaha dan tawakal .. itu aja yang manusia seperti kita ini perlu lakukan .. kadang kadang apa yang kita rasa baik itu mungkin tidak baik untuk kita di sisi Allah .. terima seadanya .. kerana segala galanya ada hikmah ...

Sunday, July 4, 2010

Drumstick / kepak ayam BBQ

Makan makan hari tuh ramai yang tanya resepi untuk marinate ketiak ayam tuh (wings) dia org kata sedap (ehem ehem ) so nih sesapa yang terasa nak buat BBQ dan guna resepi tuh nah amik ... kalau nak buat BBQ jangan lupa ajak aku pasal hanya aku jer boleh rasa kesedapan ketiak ayam tuh ye laa nak tahu menjadik ker tidak (alasan untuk dapat makan BBQ)

16 sudu besar sos tomato (guna heinze tomato sos lagi sedap kalau tak guna apa apa pun ok jer)
16 sudu besar sos Worchetershire (korang gi carik kat Giant ker Jusco ker sure ada)
9 sudu besar madu
100 gm gula perang (ikut suka korang sebenarnya - nih nak bagi manis dan cantik)
2 sudu sos tobasco (tibasco sauce yang buat makan ngan spaghetti tu) tapi JAKIM kata tak halal so jangan bubuh laa ek .. nanti aku pulak besubahat ...
garam dan lada hitam secukupnya

Korang campur semua bahan dan perap.. lagi lama lagi best

Saturday, July 3, 2010

Brownies

Baru nih makan brownies kat office .. sedap giler lembut jer .. so aku pun apa lagi mintak l;aa resepi kan ... tapi aku buat baru nih tak berapa lembut .. dan aku tahu apa salah aku ... nanti aku bagi tips cam mana nak sukat ..

100g butter
1 cawan gula
1/2 sudu teh garam
2 biji telur
1 sudu teh essen vanilla
5 sudu besar serbuk koko (make sure 1 sudu tuh jangan mumbung .. memang bestul betul rata)
10 sudu besar tepung (sukatan tepung nih pun jangan penuh sangat satu sudu .. make sure jangan mumbung biar tepung tu rata jer kalau tak nanti beownies tuh akan keras.. )
chocbits / chips
almond flakes

Kacau butter dan gula sampai kembang, gebu dan ringan .. masukkan garam
masukkan telur satu per satu dan essen vanilla
masukkan serbuk koko dan tepung satu persatu dan kacau sampai sebati
masuk choc bits / chips tuh
masuukan dalam acuan / loyang dan taburkan almond flakes
bakar selama 30 - 35 minute (175c)

Pas tuh boleh makan dengan ice cream .. dan curahkan chocolt cair atas dia.. pergh .. wa cakap luuuu ... memang la mengancam ...

Jumpa kengkawan lama dan makan sampai lebam

Baru nih buat makan makan ... lama tak jumpa kengkawan .. riang betul hati nih .. rasa tak sabar gila nak tunggu hari tuh .. cuma mak cik terpaksa control pasal takut if anything happen sure aku frust menunggeng .. so ...hari seblum kejadian .. hari Jumat tuh .. lepas office .. aku sanggup sengsorang gi Giant beli barang barang untuk masak esok .. malam tuh aku dah start masak air .. pasal nanti esok senang semua air dah masak cuma masukkan oren jer.. dan buat caremel

Pagi esoknya .. pepagi dah bangun pasal kaka kena pegi sekolah .. lepas hantar kakak .. aku start laa operasi memasak .. tu npun dah lambat .. pukul 10 baru nak kopek bawang .. hubby pulak ada tugas lain .. dia aku tugaskan untuk beli barang barang untuk BBQ ...

Lepas kopek bawang .. aku start masak nasi.. kali nih nasik kerabu pilihan kengkawan .. aku start buat kuah tumis .. santan dalam 2 kilo setengah .. sambil sambil tuh .. aku buat pencuci mulut .. buat cheese kek, puding roti, agar agar dan brownies yang baru jer aku dapat resepi dia ...
Hubby dan bebudak plak .. aku suh dia marinate barang barang bakar .. aku bagi resepi dan dia orang ikut sebiji sebiji apa yang dah aku tulis.

Alhamdullilah semua berjalan lancar .. pukul 12 Mbab dah sampai .. dapat lah dia merasa masakan aku semuanya kecuali BBQ .. kul 4 petang kebanyakan dah sampai .. kami start BBQ petang tuh jugak pasal banyak aktivity untuk malam tuh ...
Bila semua dah sampai dan dah makan .. kami start berborak dan yang paling best ada kuiz .. soklan soklan kuiz tuh kita org create berdasarkan segala peristiwa masa matrix dan UIA .. pergh kesimpulan citer memang sungguh seronok .. bukan senanang beb nak kumpul dan buat bising cam no body business .. huhuh .. to all .. terima kasih bring back all the memories .. really appreciate it ... dan yang penting seronok gila wooo..

Friday, July 2, 2010

Happy Father's Day

Opppsss.. dah lupa nak wish semua bapak bapak Happy Father's day ...

Untuk ayah .. terima kasih atas segala kasih sayang dan teguran yang ayah berikan ... segala penat lelah membesarkan kai semua .. hasil dari titik peluh ayah jugak laa kami adik beradik semakin berjaya dalam kehidupan kami masing masing ...

My hubby ... thanks being a sporting daddy .. huhu .. adik ngan kakak kata .. you are the best abah they ever had ...

Monday, June 21, 2010

50 years wedding anniversaries

Upacara ini lah upacara paling penting bagi keluarga kami tahun lepas... sejak awal lagi perancangan telah di buat .. meeting bebrapa kali dan pembahagian tugas telah di rancang dengan sungguh teliti agar semuanya berjalan lancar ... semua ada tugas masing masing ...

Sekali seumur hidup kami .. dan aku mahu ianya perfect ...3 bulan sebelum kejadian .. aku mulakan dengan mencari hotel yang agak selesa tapi mampu untuk kami adik beradik belanjakan untuk acara gemilang gemilang ini ... banyak jugak quotation aku kumpulkan ..setelah technical dan commercial evaluation di lakukan .. aku uslkan pada YB YB (abang abang aku) .. bila mereka setuju .. aku booked ..

Kemudian aturcara majlis pula aku perlu sediakan .. aku mahu ianya menjadi satu acara yang akan di ingati sepanjang umur keluarga kami .. teruta emak dan ayah .. aku mahu mereka rasa mereka di sanjungi dan gembira dengan apa yang kami uasahakan itu ...

Selesai dengan upacara majlis yang sekejap di tambah ... ditolak .. aku beralih dengan menyediakan kad jemputan yang bagi aku amat kelas... aku mahu semua VIPs (abang abang dan kakak aku) dan VVIP (emak dan ayah) gembira mendapat undangan dari balaci cam aku nih ... ciap create kad jemputan .. aku postkan .. semua dapat ...

Kemudian .. aku fikirkan pula hadiah dan hantaran untuk mak dan ayah .. kami adik beradik setuju sebulat suara untuk menghadiahkan ayah Jam tangan dan mak kerongsang emas ... manakala kepala hantaran adalah cicin emas untuk mak dan suasa untuk ayah ...di samping bunga telur sebagai tanda adat ulangtahun perkahwinan mereka ...

Selesai dengan itu .. masuk pula acara pantai dan acara pada malam itu ... aturcara malam itu sungguh formal .. dimulakan dengan paluan kompang apabila mereka melangkah kaki masuk ke ruang dewan itu ... bacaan doa, bacaan al-quran, ucapan mak dan ayah, ucapan wakil adik beradik, upacara sarung cincin, upacara potong kek, persembahan slide gambar gambar keluarga, persembahan dari kanak kanak dari setiap ahli keluarga, acara cabutan bertuah .. dan acara kemuncak hadiah hantaran jam dan kerongsang emas untuk mereka..

Semua ahli keluarga sememangnya sporting dan bekerja sama .. ada yg jaga lampu (dengan lampu suluh) ada yg jaga muzik .. ada yang tukang tutup lampu (agar effectnya lebih mengancam)..

Selesai malam itu .. esok lepas breakfast .. ada upacara pantai .. macam macam .. hampers dan hadiah ... adik beradik yang sponsor.. aku sponsor door gift yg berupa mug ada tulis 50 yrs anniversary, pinggan untuk adik beradik aku dan botol air untuk kanak kanak...

Lepas lunch .. baru upacara penyampaian hadiah untuk pemenang acara pantai ... kemudian sementara menunggu balik .. acara bebas .. mandi kolam dan sebagainya ...

Secara keseluruhannya hari itu adalah hari yang paling berharga buat kami sekeluarga. Untuk mak dan ayah hanya itu sahaja yng mampu kami berikan untuk kalian berdua... ketahuilaa.. bahawasanya kami amat amat menyayangi kalian berdua ...

Tuesday, June 15, 2010

Fruit tartlet

Aku dah tak ingat aku amik resepi nih kat mana ..

THE SHELL
Ingredients :

(A)
200g butter
100g icing sugar
1/4 teaspoon vanilla essence

(B)
1 egg

(C)
420g flour
1 tablespoon milk powder

Method :

1. Beat (A) till soft. Add in B and continue beating till well mixed.
2. Add in (C) to form a soft and smooth dough.
3. Take a bit of dough and press it onto the tart casing.
4. Poke the base with a fork. Bake for 12 minutes or till golden brown. Remove from oven and let it cool.

Note : Tart shells must be kept in an airtight container.

CUSTARD FILLING
Source : Rinn

Ingredients :

2 tablespoons flour
2 tablespoons custard powder or cornflour (I used cornflour)
8 tablespoons sugar
2 cups (500ml) fresh milk
2 eggs
2 tablespoons butter

Method :

1. Mix flour and custard powder/cornflour in a pot and add 2 tablespoons fresh milk. Stir to mix.
2. Add in egg and mix.
3. Add in balance of the milk.
4. Cook on low fire and stir continuously till the mixture is smooth and not lumpy.
5. Once the mixture thickens and shiny, it's ready. Remove from fire and allow to cool. Ready to use.

TO ASSEMBLE :

1. Pipe the custard into the tart shells. I used a piping bag with a star nozzle to do the trick.
2. Arrange the fruits of your choice.


akak wat separuh adunan di atas, dpt lebihkurang 28 biji mini tart..

Filling Tart Telur

Bahan Filling (zlinda@myresipi) :-
  • 1 cawan susu segar
  • 4 biji telor
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar tepung kastad
  • 1/2 sudu teh esen vanila
Cara Menyediakan:-
  1. Pukul telor dengan gula hingga sebati.
  2. Masukkan bahan lain kesemuanya. Kacau hingga sebati.
  3. Tuang ke dalam acuan tart tadi.
  4. Bakar dalam oven hingga masak.

    Yummy ....

Friday, June 4, 2010

Kuah durian

Kuah durian nih paling best makan dengan roti.. kalau kat sebelah Terengganu nun dia orang makan dengan pulut .. dia orang panggil pulut durian .. kalau kat sini pulut durian kita makan asing asing dengan santan, gula melaka, durian dan pulut ... so ada kelainan sikit..
So... kuah durian nih kalau ada kerajinan boleh jugak makan dengan roti jala.. tapi mak cik maleh laa nak menjala ... nih resepinya

Durian dalam lima ulas
Santan sebungkus
Gula melaka / kerek
Daun Pandan
sedikit garam

Massakkan durian tadi dengan santan, gula melaka dan daun pandan.. masak sampai durian tadi bercampur dengan kuah tadi ... bila dah mendidih dan dah berbau durian masukkan sedikit garam .. tarra dah siap .. sungguh senang dan lazat ...

Thursday, May 27, 2010

Detik detik wafat Rasulul Allah SAW

Berkata Ibnu Mas’ud: “Rasulullah saw ketika mendekati ajalnya, beliau mengumpul kan kami semua di rumah Siti ‘Aisyah. Kami berkumpul, dan beliau memandang memperhatikan kami semua tanpa kata, sehingga kami semua menangis menderaikan air mata. Lalu beliau baru bersabda:

”Selamat datang untuk kalian semua, mudah-mudahan kalian di belas kasihi oleh Allah Ta’ala. Saya berwasiat supaya kalian bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya, karena sungguh sudah dekat perpisahan di antara kita, telah dekat pula waktunya kembali kepada Allah Taala yang menempati Surga-Nya. Kalau sudah datang ajalku, maka supaya Ali yang memandikan aku, Fudlail bin Abbas yang menuangkan air, dan Usman bin Zaid membantu mereka berdua. Kemudian kafani aku dengan pakaianku saja manakala kamu semua menghendaki, atau dengan kain Yaman yang putih. Ketika kalian sedang memandikan aku, letakkan aku di atas tempat tidurku di rumahku ini, yang dekat dengan liang kuburku nanti. Setelah itu kalian keluar sejenak meninggalkan aku. Pertama kali yang menshalati aku adalah Allah Azza Wa Jalla, lalu malaikat Jibril, malaikat Israfil, malaikat Mikail, malaikat Izrail beserta pembantu-pembantunya, kemudian dilanjutkan oleh para malaikat semua. Sehabis itu kalian masuklah dengan berkelompok-kelompok, dan lakukan shalat untukku. Mendengar itu, seketika para shahabat menjerit histeris, menangis sambil berkata Wahai Rasulullah, engkau adalah utusan untuk kami, menjadi kekuatan jamaah kami, selaku penguasa yang selalu memutusi perkara kami kalau tuan sudah tiada, lalu kepada siapakah kami mengadukan semua persoalan! Rasulullah Saw bersabda : ‘Sudah aku tinggalkan untuk kalian jalan yang benar di atas jalan yang terang benderang, juga aku tinggal dua penasehat, yang satu pandai bicara dan yang satu pendiam. Yang pandai bicara yakni Al Qur’an, dan yang diam saja ialah kematian Manakala ada persoalan yang sulit bagi kalian, maka kembalikan kepada Al Qur’an dan Sunnahku, dan andaikan hati keras seperti batu, maka lenturkan dia dengan mengingat mati.” (Al Hadits)

Sehabis berwasiat demikian Rasulullah saw jatuh sakit tepat bulan Shafar selama 18 hari. Para shahabat sering menjenguknya. Dan penyakit yang diderita sejak pertama sakit sampai akhir hayatnya hanya pusing kepala.

Rasulullah saw terutus hari Senin, pun pula meninggal pada hari Senin. Tepat hari Senin sakit Rasulullah Saw semakin parah, dan sewaktu adzan shubuh, dia (Bilal selesai Adzan kemudian berkemas-kemas datang menghampiri pintu Rasulullah Saw seraya meng- ucapkan Salam.

”Assalamu Alaikum, Ya Rasul!”

Dari dalam Fathimah putri Rasulullah saw menjawab salam Bilal. Kemudian Fathimah berkata kepada dia:

”Rasulullah saw tengah sibuk dengan dirinya.”

Bilal pun kembali ke masjid tanpa memikirkan dan memahami Fathimah. Tatkala shubuh semakin terang (Rasulullah saw belum jua datang) kembali Bilal menghampiri pintu Rasulullah saw dan mengucapkan salam seperti yang pertama. Rasulullah saw mendengar suara Bilal, (Bilal dipanggil menghadap), kemudian Rasulullah bersabda:

”Masuklah wahai Bilal: ’Sesungguhnya keadaanku sangat sibuk mengurusi diriku sendiri, di mana penyakitku rasanya semakin bertambah berat. Maka suruhlah Abu Bakar agar (menjadi imam) shalat berjama’ah dengan orang-orang yang hadir.’

Kemudian keluar seraya menangis dengan telapak tangan diletakkan di atas kepala sambil mengeluh: ”Wahai nasib, susah, sungguh, putus harapan, telah putus hilang sasaran tujuan, andaikan ibuku tidak melahirkan aku …’. Bilal pun terus memasuki rnasjid sambil berkata: ‘Hai Abu Bakar, sesungguhnya engkau diperintah Rasulullah saw (menjadi imam) shalat berjama’ah dengan yang hadir, karena beliau sibuk mengurusi dirinya sendiri yang dalam keadaan sakit.”

Tapi ketika Abu Bakar melihat mihrob masih kosong dengan tidak hadirnya Rasulullah Saw, karena tidak tahan din langsung menjerit dan pingsan. Spontan ributlah kaum muslimin yang ada, sampai-sampai Rasulullah saw mendengar ribut-ribut itu.

”Ya Fathimah, ada apakah dengan jeritan itu, dan kenapa disana ribut-ribut!” Fathimah menjawab: ”Keributan itu karena kaum muslimin sendiri, sebab engkau tidak ada.”

Maka saat itu Rasulullah saw memanggil Ali dan Fadlal bin Abbas. Kemudian heliau bersandar (dipapah) keduanya masuk masjid, lalu shalat bersama-sama mereka 2 rakaat fajar pada hari Senin itu. Ba’da shalat kemudian beliau menghadap ke belakang kepada mereka, dan bersabda: ”Wahai kaum muslimin, kalian itu masih dalam pemeliharaan dan pertolongan Allah Taala. Untuk itu bertaqwa-lah kepada Allah dan taati Dia, sesungguhnya saya ini akan meninggalkan dunia, dan hari ini adalah hari pertamaku di akherat dan hari terakhirku di dunia …” Kemudian beliau bangkit dan pulang ke rumahnya. (Hadits masih panjang, dan sampai di sini masih shaheh).

Dari tempat yang ghaib Allah memerintah kepada malaikat pencabut nyawa:

”Engkau turunlah menemui kekasih-Ku dalam bentuk yang paling baik. Lakukan dengan cara halus ketika mencabut ruhnya. Kalau dia memberi izin, masuklah. dan kalau tidak diizinkan, jangan masuk dan pulanglah.”

Malaikat mautpun turun dengan rupa seperti orang badui dari gunung. Depan pintu dia berucap:

”Mudah-mudahan keselamatan terlimpah untuk kalian wahai penghuni rumah Kenabian dan rumah sumber Risalah, apakah saya diperbolehkan masuk?” (Sampai di sini hadits masih shaheh).

“Wahai hamba Allah.” jawab Fathimah. ”Sesungguhnya Rasulullah sedang sibuk karena penderitaan sakitnya.” Tapi malaikat maut itu kemudian mengulangi salamnya (seperti salam yang pertama khusus kepada Rasulullah):

“Mudah-mudahan keselamatan terlimpahkan untuk kamu wahai Rasulullah, dan juga untuk penghuni rumah Kenabian.”

Rasulullah mendengar suara malaikat maut ini kemudian bersabda (kepada Fathimah):

“Wahai Fathimak siapa orang yang ada di pintu!”

“Orang badui Ya Rasul”, jawab Fathimah. “Dia mernanggil-manggil dan sudah aku terangkan bahwa Rasulullab Saw sedang sakit, :api kemudian dia memanggil ketiga kalinya. Dia memandang tajam padaku sampai gemetar tubuhku, takut hatiku, dan tulang sendiku terasa bergetar seakan-akan satu sama lain mau lepas. Wajahku menjadi pucat.”

Rasulullah saw bersabda:

”Fathimah, tahukah engkau siapa dia?”

”Tidak tahu”, jawab Fathimah.

Kemudian Rasulullah saw bersabda:

“Dia itu melaikat maut yang memusnahkan semua kenikmatan, yang memutuskan segala nafsu syahwat, yang memisahkan pertemuan, dan menghabiskan semua rumah, serta dia yang meramaikan kuburan.” (Hadits Shaheh)

Mendadak Fathimah menangis keras, lalu berkata: “Aduh! Sungguh kelak akan celaka, karena adanya kematian Nabi yang terakhir. Menjadi musibah besar karena wafatnya untuk orang-orang yang bertaqwa. Mereka terputus dari pemimpinnya yang suci, yang juga merupakan penyesalan bagi kami semua sebab sudah berhentinya wahyu dan langit.

Sesungguhnya saya sudah terhalang tak mendengarkan perkataan engkau, juga tidak lagi mendengarkan salam engkau sesudah hari ini.”

Sabda Rasulullah saw:

“Tabahkan (hatimu) Fathimah, sebab sesungguhnya hanya engkau di antara keuargaku yang pertama berjumpa dengan aku.” (Hadits shaheh, dan ada juga mengatakan tidak shaheh).

Lalu Rasulullah saw bersabda kepada dia:

“Wahai malaikat maut, masuklah!”

Malaikat itupun masuk seraya mengucapkan salam: ‘Assalaamu’ alaika, Ya Rasul! Rasulullah saw menjawab: ‘Waalaikas-sallaam wahai malaikat maut …, engkau datang untuk berkunjung atau untuk mencabut nyawa!”

”Saya datang untuk berkunjung dan juga mencabut nyawa”, Jawab malaikat maut. “Itu kalau tuan mengizinkan, kalau tidak, saya akan kembali pulang.”

Sabda Rasulullah saw

”Wahai malaikat maut, di mana engkau meninggalkan malaikat Jibril!”

”Saya tinggalkan di langit dunia.” Jawab Malaikat Maut. ‘Dan para malaikat di sana baru berbelasungkawa terhadap dia.”

Tidak lama kemudian malaikat Jibril turun. dan duduk tepat di sisi kepala Rasulullah saw, Rasulullah saw bertanya kepada dia:

“Apakah engkau sudah tahu kalau ajalku sudah dekat!”

“Benar, Ya Rasul.” Jawab malaikat Jibril.

“Maka beritakan kepadaku (Rasulllah saw) akan Kemulyaan yang menggembirakan aku di Sisi Allah Ta’ala.”

“Semua pintu-pintu telah terbuka.” Jawab Jibril. “Dan para malaikat sudah berbaris menanti kehadiran Ruh-mu di langit. Pintu-pintu surga telah terbuka, dan bidadari- bidadari sudah bersolek menanti kehadiran Ruh-mu.

Sabda Rasulullah saw:

“Segala Puji bagi Allah wahai Jibril, berilah aku kabar gembira mengenai umatku kelak di hari kiamat.”

”Saya beritahukan …,“ Demikian jawab Jibril. “Bahwa sesungguhnya Allah Ta’ala telah berfirman:

“Sesungguhnya sudah AKU larang semua Nabi masuk ke dalam surga sebelum engkau memasuki lebih dulu. Dan AKU larang semua umat sebelum umatmu masuk lebih dulu.” (Hadist Qudsi)

Sabda Rasulullah saw: ”Sekarang sudah puas hatiku dan hilang pula kesusahanku.” Selanjutnya Beliau bersabda: ”Wahai malaikat maut, mendekatlah kepadaku.”

Malaikat maut pu mendekati Rasulullah saw dan mulailah mencabut ruh beliau. Ketika sampai diperut Beliau bersabda:

“Wahai malaikat Jibril … alangkah pahitnya rasa sakaratul ini…” Tapi Jibril memalingkan wajahnya dari pandangan Nabi Saw. Nabi Saw berkata: ”Jibril … apakah engkau tidak senang melihat wajahku!” Jibril menjawab: ”Wahai kekasih Allah … siapa kiranya orang yang sampai hati melihat wajah engkau, dan engkau dalam keadaan sakaratul maut.“

Dari Annas bin Malik ia. ia berkata: ”Ketika ruh Nabi Saw sampai di dada, beliau bersabda: ”Aku berwasiat kepada kalian, agar kalian memelihara shalat, dan apa-apa yang menjadi tanggungjawabmu …” (Kata Annas ra.) : ”Masih saja beliau, mau mewasiatkan dua perkara ini, sampai perkataannya putus.“ (Hadits Shaheh).

Kata Ali ra.: “Sesungguhnya Rasulullah saw manakala menjelang ajalnya, kedua bibirnya bergerak-gerak dua kali, kemudian saya mendekatkan telinga, saya mendengar beliau mengucapkan perlahan-lahan, ‘Ummatku … ummatku …’. Maka hilanglah ruh Rasululullah saw pada hari Senin Rabiul Awal.

Diriwayatkan ketika Ali ra. membaringkanjasad Rasulullah untuk dimandikan, mendadak ada suara dari salah satu sudut rumah mengatakan: “Jasad Muhammad jangan engkau mandikan, sebab dia sudah suci dan disucikan …“ Karena suara itu ada rasa ragu dalam hati Ali. Katanya: “Siapakah engkau sebenarnya, sebab Nabi saw itu sudah berwasiat kepadaku agar aku yang memandikan …”.

Dari arah lain tiba-tiba berseru, “Mandikan dia wahai Ali, sesungguhnya suara tadi suaranya iblis terkutuk karena dengki terhadap Nabi Muhammad. Dia bermaksud agar beliau masuk ke kuburan tanpa dimandikan.

“Semoga Allah membalas kebaikan untukmu, karena engkau memberitahukan bahwa tadi itu suaranya iblis. Lalu engkau siapa!” Suara itu langsung menjawab: “Saya adalah Nabi Khaidir yang ikut hadir dalam janazah Nabi Muhammad saw.”

Kemudian Ali melanjutkan memandikan jasad Nabi Muhammad, sementara Fadlal bin Abbas dan Usman bin Zaid hagian menuangkan (sesuai dengan wasiat Nabi saw), Jibril pun datang membawa pengawet berupa obat dari surga. Mereka mengkafani dan menguburkan beliau dalam kamar Siti Aisyah pada tengah malam Rabu, ada yang mengatakan malam Selasa.

Setelah ‘Aisyah berdiri dekat kuburan Nabi Saw sambil berkata:

‘Wahai orang yang belum pernah memnakai pakaian sutra, belum pernah tidur di atas ranjang yang empuk; ialah orang yang pergi dari dunia, sementara perutnya belum pernah kenyang oleh roti sekalipun dan gandum yang kasar. Wahai orang yang memilih tidur di atas dedaunan korma dibanding tidur di atas ranjang … wahai orang yang tidak tidur sepanjang malam, hanya karena tukut siksa neraka Syair. Seumpama dunia ini kekal bagi semua orang, pasti Rasulullah saw pun akan kekal abadi.”

Allahumma shalli alaa Muhammad wa alaa ali Muhammad …..

Kisah detik-detik kematian Rasulullah saw terjadi setelah haji Wada’ yang memperoleh wahyu terakhir (lihat Surah Al-Maidah:3). Tapi ada yang mengatakan tidak terakhir, sebab ada ayat lain yang turun sebagai hadits kenabiannya; ada yang mengatakan ayat itu dari Surah Taubah:128-129.

Setelahnya ada yang mengatakan 21 hari, ada yang mengatakan 80 hari, dan ada yang mengatakan tinggal 50 hari Rasulullah saw hidup, kemudian wafat, di mana masa hari perbedaan pendapat kecil bermula dari perbedaan ayat terakhir turun. Namun yang umum adalab Surat Al-Maidah ayat 3, sebagai hakikat penyempurnaan agama Islam. Yang jelas setelah ayat (tatkala Haji Wada’) selang beberapa hari-hari yang dimaksud di atas kemudian Rasulullah saw meninggal dunia, persis sebagaimana rincian hadits di atas. Wallahu A’lam Bishshawaab ….

Monday, May 10, 2010

Selamat Hari Ibu ....

Selamat Hari Ibu ... macam biasa itu aja yang mampu kita luahkan atau ucapkan untuk emak kita ... hadiahkan mereka barangan berjenama termahal di dunia juga masih belum cukup dapat membalas kasih sayang mereka ...

Tahun nih sibuk betul anak anak dara aku siapkan kad ucapan hari ibu sejak dari awal bulan lagi.. kelakar pun ada .. setiap kali aku nak masuk dalam bilik dia orang ... setiap kali tuh aku kena tunggu kat luar pintu selama 3 minute pasal budak budak tuh nak sorokkan benda benda yg dia org tengah prepare untuk aku ...

So apa yang aku dapat tahun nih ialah ... hand made mother's card from both ... sebatang pen (dia kata untuk aku sign semua kerja aku kat opis) and aku tak tahu nak describe apa.. satu kotak kertas bentuk love yang berbau sungguh wangi .. dan bila rasa rindu kat dia org kat opis .. aku pun cium benda tuh ... cool eh ..

Untuk mak aku... just a simple dinner and breakfast ... hadiah pun simple jer kali nih .. set mug ngan jug yg bagi aku sgt cantik.. tu pun idea dari kakak .. dia bekenan sangat mug tuh pasal gambar bunga dan yang penting ada tutup.... sebab dia selalu jer nampak air masak mak aku tak bertutup lepas minum .... dan anak anak aku .. aku bagi chance dia org buat kek sendiri kat dapur .... aku bagi resepi .. dia org sukat dan aku tengok aja ..... kali nih ramai tak balik.. so tak berapa meriah mana pun .. tapi yang penting ada something yang boleh buat mak aku gembira ...

Pada ibu ibu di luar sana.. happy mother's day .. taniah menjawat jawatan paling penting seumur hidup ... selagi hayat di kandung badan .. selagi itulah jawatan itu akan di bawa terus hingga ke akhirat ....

Sunday, April 4, 2010

Lauk Pengantin



bidan terjun ... tapi hasilnya memang kelas.. macam hiasan kat hotel hotel jer.. apa yang mengkagumkan kita orang ialah kita orang menghias lauk pauk nih lebih kurang dalam masa sejam lebih ... balik dari Tesco lepas beli lauk pauk tuuu .. terus masak .. potong ... hias ... dan... TARAAAAA....inilah hasilnya .... hasil dari titik peluh aku dan ipar ipar ku sekeluarga .. semua amuk bahagian dalam acara menghias lauk pauk nih .. hubby pun tolong potong tembikai dan cili besar hijau tuu

tima kasih banyak banyak pada semua yang telah membantu mencantikkan dekorasi makanan pengantin nih .. apa yang penting kerja sama....

so lepas nih ada sesapa nak order ... aku charge giler giler punya .. bukan senang nak buat beb ...

Saturday, April 3, 2010

Best buy World - Malaysia

Owh aku lupa nak war warkan satu website barang barang branded tapi dengan harga yang murah ..macam SKII, Clinique, Estee Lauder, Lancome, Chanel, ShiSeido, Dior dan banyak lagi brand brand lain ... web nih banyak jual barang barang macam kosmetik. make up, perfume, bags, accessories, fitness stuff dan macam macam lagi.. bra ngan panties pun ada beb ..... tapi kebanyakannya kecik kecik kira cam barang barang sample tapi dia orang jual dengan harga yang murah dan berpatutan .. ketulinan barang tersebut pada pendapat aku ... memang tulin ... aku rasa laa kan ... so far aku dah dua kali order barang kat sini .. service dia ok .. barang akan dihantar terus kat rumah korang atau kat opis.. depends pada delivery address yang korang letak .. so sesapa terasa nak pakai branded item tapi pocket memanjang jerk belubang .. boleh la gi tengok website nih.. Baik punya promotion ..

* rrrrrmmmm ... ello brader bestbuy .. gua dah promo lu punya website tak boleh ker kasi gua satu barang free.."

click sini : BestBuy World - Malaysia